Trip Umrah 2019 : Tips beli abaya di Madinah dan Makkah



Don't dress for fashion, dress for yourself  


[Travels]

TIPS BELI ABAYA DI MADINAH DAN MAKKAH


(Shopping abaya is not a priority, tapi sambil menyelam minum air tu mesti) Heh.


Semalam aku saja letak poll dekat instagram story sama ada nak tips atau tak untuk beli abaya especially untuk oyang nak pi Madinah dan Makkah dalam masa terdekat. 100% vote for yes termasuk lah lelaki. Lelaki ada juga yang vote maybe nak tips supaya boleh beli untuk yang tersayang ehe.


Aku tak terus beli, aku akan survey dulu. survey dari segi design dan harga dan waktu survey aku akan collect name card pekedai yang ada abaya yang aku minat. Benda ni penting untuk orang yang cerewet dan juga berprinsip untuk spend -money-wisely supaya puas hati dan tak menyesal di kemudian hari. haha. Ni cuma basic tips dari aku melalui sedikit pembacaan, pemerhatian dan pengalaman aku di sana.


Apa yang korang kena tahu sebelum beli abaya yang beraneka design?


1. Body Shapes.


Kena tahu body types/shapes masing-masing. Now pergi google, tengok sama ada korang apple shape, pear shape, glass hour shape atau ruler/banana shape. Pada aku keempat-empat jenis ini ada keunikan dan kelebihan tersendiri. 🌸

*Pada aku, glass hour dan banana shape boleh pilih mana-mana jenis abaya. Tapi pear shape kena elak beli umbrella double panel.


2. Jenis-jenis Abaya


Basic abaya dia ada tiga jenis, umbrella double panel (princess), A-line dan juga straight cut. Benda ni kena tahu supaya korang tak salah pilih abaya sebab umbrella ada cutting dan bahagian bawa memang gaya princess, A-Line ada cutting juga but minimal. Kalau pear shape nak pakai umbrella juga, iya silakan. But for me, dia akan nampak tak balance.


3.Harga dan design


Rata-rata orang yang aku tanya, mana murah. Ramai akan kata Madinah. Betul tapi kenapa murah? Sebab design abaya not really up to date. ehe. Aku masuk beberapa kedai di Madinah, aku cuma jumpa dalam 10 design, ada la dua design yang latest. Tapi pada aku murah tak murah, Makkah lagi murah


Personally, kalau korang jenis tak kisah pasal design dan fashion abaya, korang sebenarnya dah boleh start beli di Madinah. Tapi sejujurnya aku tak suggest beli di Madinah. If nak beli juga, just cari ala-ala mall nama Bin Dawood.


Aku suggest beli dekat situ, sebab design lebih up-to-date dan lebih affordable. Tapi again, kalau tak kisah design latest tak latest, korang boleh je beli dekat kedai-kedai berdekatan area hotel korang. Pandai-pandai lah tawar.


Aku suka untuk suggestkan beli abaya di Makkah. Exact place dekat Menara Safwah atau aku panggil Menara DSaji 😂 sebab itu port Malaysian lepak minum teh tarik, pekena makanan Malaysia
Di Menara Safwah itu, korang boleh dapatkan abaya dari yang biasa-biasa sampai la luar biasa. sekarang tgh trend butterfly gais. haha. Dari range harga 60 riyal - 150 riyal. Even kalau korang nak beli yang lelong pun, di Makkah lagi lawa dan boleh dapat dalam 25 riyal. Dah boleh bawah pi mesjid dah.

-

Macam mana nak tahu size abaya sesuai atau tidak?


Culture manners.


JANGAN TRY abaya di dalam kedai ya. Ni suatu kepantangan.


Korang chill. Pilih satu size yang selalu korang pakai, beli dan bawak balik ke hotel, try dan kalau terbesar atau terkecil, korang boleh tukar esoknya itu. Tapi untuk kepastian, selalu tanya pekedai. "Boleh tukar tak kalau tak muat". Usually diorang memang kasi untuk tukar.

-

Macam mana nak tawar menawar? Kami tak tau Bahasa Arab.


🧕 Hampa relaks ja la. Depa can speak Malay very well you know. Pengalaman aku. Aku dah lama tinggai Bahasa Arab. Memang tak ingat. Tapi dalam kepala memang dah nak redah


"Kam riyal?" Baru nak tanya."Adik, kakak pilih-pilih... murah ada diskaun." HAHA
-
So itu saja tips untuk beli abaya. Ringkas bukan? Haha. Make sure tahu body shape korang, tahu jenis abaya yang sesuai, dan know yourself la sama ada, korang jenis suka yang fashionable atau asal abaya je, then you can buat pilihan untuk beli abaya. Jaga culture manners, dan relaks, depa cakap melayu ja nak tawar menawar.


sekian tips beli abaya. Hopefully membantu!


P/s: i will make a short caption untuk instagram sebab instagram ada limit perkataan. Haha.


#Tipsbeliabaya #Makkah #Madinah


Love,Athirah Amri

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich