Review : Arluna , Rin Ahmad




Sebelum aku review, aku nak bagitau yang novel ni aku pinjam dari perpustakaan awam negeri Perlis. Ada dua faktor kenapa aku pilih untuk pinjam, satu aku tak ada duit. Lol sebab yang kedua dekat Perlis ni dah tak ada jual Arluna setakat yang aku duk cari ni la. So okay ni review memang dari hati dan aku tak fikir nak ubah ayat bagi gramatis ke apa ke
.
Aku baru je baca Arluna sedangkan Arlunaa diterbitkan pada tahun 2014. Ada yang DM kata masih relevan atau tak, for me masih relevan, cuma dari segi kematangan cerita berbeza kalau nak bandingkan dengan novel Rin Ahmad yang latest macam Love Lila, Devilish Delilah
.
Untuk aku yang dah baca beberapa novel Rin Ahmad yang latest, aku merasakan Arluna punya plot very straightforward. Memang tema cinta. Terjumpa dan terjumpa dan terjatuh cinta - kahwin
.
Cuma kekuatan cerita Arluna ni pada Watak Arluna tu sendiri. Kalau baca novel- novel Rin Ahmad, watak heroin selalu di angkat dengan imej punya ilmu, punya tarikan, punya kelas tersendiri, punya prinsip dan Rin Ahmad tak jadikan watak heroin selemah lemah manusia
.
Johan? Come on. Mesti yang pernah baca, Suka dengan Johan. Johan ni pada aku bukan lah seorang yang mulut manis. Tapi dia tahu nak handle Arluna which is dia tau lah nak ‘tackle’ wanita dengan cara gentle
.
Atau dengan kata lain. Novel ni banyak berkaitan psikologi ketertarikan lelaki dan perempuan. Pada aku, aku suka baca something yang related to psikologi manusia. Bila aku baca aku relate dengan apa aku belajar
.
Tapi setiap kali baca aku ada satu masalah. Masah dia bila aku lebih jatuh cinta dengan watak sampingan 😂 macam Raziq. Mungkin penulis boleh buat novel tentang Raziq pula 😂
.
Overall Arluna masih relevan untuk di baca 👍🏻 okay. Dengan ini tinggal satu novel Rin Ahmad yang belum di baca iaitu Untuk Semua Dosaku. Wuh nak kena tgk dekat library ada ke tak 😂 .
Review ditulis setelah discuss pasal Arluna dengan jayanya bersama @watie_bookstagram 😆
.
#athirah_review #bookreview #bookreviewer #bookblogging #blogger #bookstagram #bookstagrammer #Malaysia #Arluna #Kakinovel #malaysiabookstagrammer

Comments

Post a Comment

Thank you!

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich