Baju Melayu Hijau Serindit, Syud


Hari tu aku ada minta tolong kawan kawan untuk cadangkan tajuk novel. Untuk aku baca dan review. Sebab ramai jugak yg DM suggest suruh baca baju melayu hijau serindit so, aku pilih untuk baca baju melayu hijau serindit dulu
.

tapi kena cari preloved punya sebab dah tak reprint kan. Itu lah siapa suruh dulu tak beli 😂 padan muka. Thank you @norsyahirahshahrir sebab cadangkan novel ni 🌸
.
Baju Melayu Hijau Serindit ni karya syud tahun 2011. Penerbitan @jemari_seni. Aku pernah baca karya syud macam Teja Aulia , Tentang Dhiya dan Vignette. Aku suka dua dua. Best! 😍 Memang kena dengan taste aku lah
.
So Baju Melayu Hijau Serindit pun sama! Aku suka sebab cerita dia simple tapi ada manisnya. Jalan cerita tak berat tapi bila baca terbuai buai ( sebab smooth je time baca ) Time baca je mesti ada part yang aku tergelak gelak. Kelebihan syud yang aku perasan sejak aku baca TA & Vignette dia tak perlu dialog yang cheesy utk aku ‘feel’ cerita pacai dengan wardah ni. Cukup dialog yang simple dan selamba, sesuai dengan deskripsi di belakang novel ni “ syud selalu menulis dengan bahasa yang segar dengan gaya memikat” ♥️
.
kombinasi watak pacai dan wardah saling melengkapi walaupun banyak perbezaan dan seperti biasa aku suka kalau cerita yang berkaitan dengan family bonding. Memang extra marks aku bagi haha . “Syud selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan jodoh tidak ke mana!”
.
Overall, aku suka baju melayu hijau serindit sebab dia simple dan manis :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich