Mitos-Mitos Geny Y : Is it True? , Amirul Eqhwan


Mitos-Mitos Gen -Y: Is it True?

Buku pertama yang aku baca pada tahun 2020 dan buku pertama aku reviu. Aku tertarik untuk mendapatkannya sebab cover dia yang ringkas. Selain cover yang ringkas, aku sendiri tertarik nak tahu apa itu gen-y dengan pemahaman yang mudah dan mitos-mitos gen-Y terutama di tempat kerja. Aku ambik masa lebih kurang tiga hari untuk membaca dan menghabiskan Mitos-mitos Gen-Y: Is it true? yang ditulis oleh saudara Amirul Eqhwan.

Dalam Mitos-Mitos Gen Y - Is it True? Terdapat 188 bab yang di garapkan dengan ringkas, padat dan matang oleh penulis. Garapan dan olahan penulis terhasil daripada pengalaman-pengalaman beliau sebagai gen-Y yang bekerja dengan Gen X dan baby boomers. Kelebihan penerbitan Komrad Buku ini juga terserlah melalui kematangan penulis untuk memberikan pendapat dan pada aku, penulis berjaya memberikan pandangan terhadap mitos-mitos Gen-Y di tempat kerja dengan seimbang. Seimbang ini kalau aku boleh jelaskan adalah ada mitos yang penulis setuju ia adalah sekadar mitos dan ada juga mitos yang sebenarnya bukan mitos.

Jadi kalau korang nak tahu apa mitos yang sekadar mitos atau mitos yang sebenarnya bukan mitos, korang terutama Gen-Y kena dapatkan Mitos-Mitos Gen-Y: Is it True? di kedai buku berhampiran. okay. Secara keseluruhan, aku suka dengan gaya penulisan dan olahan saudara Amirul Eqhwan. Semoga ada buku baru yang menyusul.




Comments

  1. wow..banyakknya buku-buku... kita pun suka juga membaca..next time boleh jugak review buku2 kt blog daripada tak ada apa cerita nak share, kan... happy blogging athirah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you!

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich