Trip Umrah 2019 : Every second is of infinite value ❤



Every second is of infinite value




13 tahun yang lepas,aku melaksanakan umrah dalam keadaan tidak seratus peratus memahami dan menghayati. Lebih kepada ikut ikutan. Mungkin faktor umur, mungkin faktor kematangan dan aku yang tidak bersedia. Pengalaman pertama yang lalu mengajar aku untuk lebih bersedia dari fizikal, mental, spiritual dan emosi. Alhamdulillah , kali ini aku dikurniakan rezeki untuk kembali menjadi tetamu-Nya sekali lagi dalam keadaan yang lebih bersedia, lebih berilmu dan lebih matang. Tetapi tetapi aku berasa takut, risau dan berdebar-debar sebelum ke sana. But alhamdulillah everything went well. 


Alhamdulillah ala kulli hal. Selesai trip umrah lewat 9 November 2019 yang lalu. Gambar ni merupakan gambar umrah pertama kami sekeluarga di bawah bimbingan Ustaz Mohd Khusyairi. Kami bergerak dari Madinah lebih kurang jam 2 petang dan bermiqat di Bir Ali untuk berniat ihram. Dari Bir Ali ke Makkah mengambil masa lebih kurang lima jam. Setiba di Makkah, Checked in di Al Marwaa Rayhaan by Rotana Hotel, 50 meter dari Masjidil Haram. Berehat dan bersiap sedia untuk melaksanakan umrah,  tawaf, saie dan bertahalul dan berakhir sekitar jam 12.30 malam waktu Saudi. Alhamdulillah Allah telah memudahkan urusan kami satu keluarga besar. Moga umrah kami satu keluarga,di terima, Insya-Allah. Dan semoga kami dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamuNya lagi. Ameen. 

Disclaimer: I do have my own spiritual journey on this trip but it's too personal to share. maybe some other time dan bila hati aku terbuka, i'll share it okay. hehe. 


Jadi, aku nak ringkaskan supaya korang boleh dapat view secara menyeluruh tentang trip umrah kali ini. Hopefully it will help you yang akan menjadi tetamu-Nya especially buat kali pertama. So ayah decided untuk pergi umrah satu family besar dengan menggunakan perkhidmatan Felda Travel di bawah bimbingan Ustaz Mohd Khusyairi. Highly recommonded! Jangan lah tanya lagi. "Kak tirah pergi umrah backpackers ke?" Sebab sudah terang lagi bersuluh, aku pergi dengan travel agent hehe plus aku rasa ibadah things, kena ada guider yang bertauliah tapi okay je kalau korang nak buat cara backpackers. Yang penting, korang tahu apa yang korang nak kena buat. Tapi kalau korang nak pergi backpackers style, aku suka suggest untuk follow tuan Muhammad Amiruddin dekat facebook sebab sangat aktif berkongsi tentang selok belok Madinah dan Makkah.

-
1. Tentatif 

Aku tak mampu nak berkongsi setiap hari apa yang aku buat selama 10 hari, 4 hari di Madinah dan 6 hari di Makkah tapi aku akan ringkaskan ikut tempat dan juga tips-tips yang berkaitan. Again, enrty ni fokus untuk yang first timer buat umrah okies?

30 Oktober 2019 

  • Flight from Kuala Lumpur - Madinah (Transit di Riyadh) 

31 Oktober - 3 November 219 (Madinah )
  • Makam Nabi Muhammad S.A.W
  • Saqifah Bani Saidah 
  • Masjid Al-Ghamama 
  • Tazkirah/Persoalan wanita : di perkarangan Masjid Nabawi 
  • Masjid Quba'
  • Jabal Uhud
  • Kebun Tamar 
4 November - 9 November 2019 (Makkah) 
  • Umrah pertama (Miqat di Bir 'Ali)
  • Umrah kedua (Miqat di Ja'ranah) 
  • Umrah ketiga (Miqat di Hudaibiyah) 
  • Tawaf sunat 
  • Jabal Thur 
  • Jabal Rahmah 
  • Kompleks Masjid Baru 
  • Zamzam Sabeel 
  • Gua Hira'  *optional
  • Restoran Hasyi (Nasi unta) *optional
9 November 2019 
  • Flight from Jeddah to Kuala Lumpur 

-

2. Tips sebelum ke Madinah dan Makkah (Umrah) 

Okay, suka untuk aku kongsikan tips atau perkara-perkara yang perlu korang alert sebelum pergi umrah sebagai langkah persediaan. 4 persediaan yang merangkumi fizikal, mental, spiritual dan emosi. Benda-benda basic je tapi ramai yang take it for granted. 

Physically
1. Exercise (berjalan kaki)
Di Madinah dan Makkah, paling sikit korang jalan kaki adalah lebih kurang 10 ribu langkah dan paling banyak adalah 22 ribu langkah, ni based on pengalaman aku lah. Boleh check guna apps Health okay. Aku nasihatkan untuk yang selalu jenis lepak dekat library, buat thesis, duduk je, kena buat brisk walk setiap hari. Kurang-kurang 1 jam sehari. Ni cerita nak train yourself untuk tidak mengah berjalan kaki ziarah, buat umrah, tawaf sunat, ulang alik masjid belum lagi cerita nak hiking Gua Hira' ya gais.

2. Do revision
Pergi kursus umrah. Dapat/beli buku panduan, buat revision basic things kalau rasa banyak sangat perkara kena cater relaks jangan rasa urusan umrah ini satu benda yang terlalu complicated sampai hilang keseronokaan dan kemanisan dalam melaksanakannya. Dan jangan terlalu laid back sampai tak rasa apa-apa.


Ni gambar aku ambil selepas balik dari Makkah, time dengar talk Dr. Ahmad Rostam (psikiatris HSB) tentang suicide.
Ni notes seminggu sebelum aku ke Madinah dan Makkah, simple notes ja tapi penting untuk remind kita. dan dua hari sebelum pergi sana, aku dan family tengok youtube, how to dress properly, how to buat umrah, ni semua untuk tambah dan yakinkan kefahaman kita ya, benda sekarang semua ada dihujung jari, just cari yang autoriti dan wallah, enjoy the show. hehe. 

Mentally 
Always train your mind to see the good things in everything. Aku tahu kadang-kadang sukar, tapi just try. Ia akan bantu korang untuk menghadapi sesetengah cabaran dekat sana. Aku kena bersetuju dengan sesetengah perkara, when it comes to habluminallah habluminnas. Nak jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah, we can do. But, nak jaga hubungan dengan manusia dan environment di sekeliling kita terutama di Madinah dan Makkah, hehe sejenis ujian yang will make us stronger, more sabr than before. Anything negative yang pop up, try to change in positive okay.

Spiritual 
Bila korang dah tahu exact date untuk pergi umrah. Selalu tajdid (perbaharui) niat. Kita nak ke sana untuk umrah. Sebab sometimes ada je thoughts or distraction yang akan menjauhkan kita dari tujuan utama. Anything can be. Solat taubat dan solat hajat. Mohon dipermudahkan segala urusan kita sebelum, semasa dan selepas.

Emotionally 
Bila ada perasaan takut, resah, gusar. It's okay ya gais. Atleast, kita tau urusan yang kita nak buat ni bukan main-main. One of my good friends said "Alhamdulillah, kalau kau rasa takut dan risau. Maknanya dengan perasaan macam itu kau akan lebih bersedia. Kalau kau tak rasa apa-apa langsung tu yang kena hati-hati." It would be very subjective ya tentang perasan seseorang. Interpretasi tak kan pernah sama.

-
3. Apa yang korang boleh buat untuk manfaatkan masa seoptima mungkin.

Masjid Nabawi 

(My favourite picture, Masjid Nabawi selepas Subuh 💕 Lawa dan cantiknya langit tak kan pernah sama, tengok dengan mata sendiri jauh beza dengan gambaran yang terakam privasi)


-
Masjidil Haram 


The least we can do untuk manfaatkan masa di Madinah dan Makkah, dengan menjadikan ulang alik ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebagai rutin harian yang menyeronokan, menggembirakan . Just prepare yourself untuk ke masjid dua atau satu jam awal sebelum azan. Tapi depends on your kemampuan. Aku suka untuk kongsi perkara-perkara yang boleh dilaksanakan di masjid terutama untuk ex-students sis yang ramai jugak nak ke Madinah dan Makkah dalam masa terdekat. Macam yang aku pernah kongsi, aku pernah ke Madinah dan Makkah waktu sekolah menengah dan pengalaman cukup berbeza. I just want my student know, yang umrah ini betul sesuatu yang mungkin memenatkan, tetapi pasti ia suatu yang menyeronokkan dan menenangkan. Perkara-perkara yang sekurang-kurangnya korang boleh buat, tapi kalau korang boleh buat lebih banyak lagi, good for you: 

1. Baca doa masuk masjid
2. Solat tahiyatul masjid
3. Niat iktikaf 
4. Solat sunat taubat/hajat etc.
5. Zikir/Doa/Bacakan kiriman doa 
6. Solat fardhu (berjemaah) 
7. Solat sunat rawatib 
8. Solat Jenazah 
9. Solat Jumaat (just grab a chance ya kaum hawa)
10. Sadaqah /hadiah (Sama ada korang nak beli sendiri tamar etc dan distribute bila ada gap time solat atau korang boleh order packed food dekat Menara Safwah area DSaji. Ada banyak variasi packed food dan juga range harga, sama ada nak distribute sendiri atau nak minta tolong diorang pun boleh

Selain tujuan utama, umrah dan manfaatkan masa di masjid, kitorang juga di bawa oleh tour leader /mutawif untuk melakukan umrah sebanyak tiga kali, in his defence adalah kerana, kita manusia, tidak sempurna, mudah mudahan, dengan buat tiga kali umrah, menutupi kelompongan yang ada dan ibadat umrah di terima, Insya Allah. Kitorang juga di bawa untuk tawaf sunat, ziarah sekitar Madinah dan makkah, aktiviti tazkirah dan tahlil. 
-
Seterusnya, antara gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa di Madinah dan Makkah atau korang boleh cari hashtag #spiritualjourneyMY di instagram. Alhamdulillah so far tak ada siapa lagi yang guna, so untuk memudahkan korang dapat tips yang aku tak kongsi dalam entry ni, korang boleh usha dekat sana okay? 

-
View masjid nabawi, dan burung-burung berterbangan,sejenis terapi minda

Masjid Nabawi : waktu paling favourite adalah waktu selepas subuh, sementara tunggu dhuha, langit dia MasyaAllah. Tips: 6.10 pagi keluar dari masjid untuk tengok payung terbuka.


View Masjid Quba' dari dalam bas 


Aku tak makan tamar sehinggalah aku tergerak hati untuk rasa Ajwa dan aku rasa Ajwa is perfect tamar for everyone haha

Jalan-jalan cari AlBaik dekat Souk Al-Khalil, tapi tak ada rezeki haha

 Receiver paling da bomb. Mudah bila mutawif kau provide this receiver sebab kau akan lebih fokus untuk tawaf dan saie'. 
 #Framing. Aku saja belajar dan cuba framming. 

 Rooftop di Masjidil Haram 

Breakfast di Al Marwaa Rayhaan by Rotana Hotel (American Coffee dia terlalu bagus untuk di jelaskan dengan kata-kata weh :")
Masjid Hudaibiyah 
Reminder: Umrah dan Haji 
scenery dari Gua Hira' aku ada cerita dekat Gua Hira' tapi kalau korang nak tahu just go to my instgaram haha

Wajib : Cari Dakwa Bookstore di Abraj 
(will share about this dekat bookstagram : athirah_bookstagram )

4 jam sebelum sampai Kl, Enjoy your Life menemani aku dalam flight 

Aku rasa entry ini tak panjang pun cuma gambar je yang banyak. Hopefully membantu korang! Aku akan sambung menulis insyaAllah bila thesis aku dah selesai. InsyaAllah lepas ni sebulan ya aku kena hibernasi. hahaha  So before aku stop,

Thank you Ustaz Mohd Khusyairi dan Hadi, (Pakej Zahabi Kush) dari Felda Travel kerana banyak membantu dan menguruskan keluarga besar kami dari sebelum pergi, semasa di Madinah dan Makkah  sampailah tiba di Malaysia. Semoga Allah merahmati dah memudahkan urusan kalian kerana memudahkan urusan kami. Mutawif, tour leader yang friendly, chill je dan mesra jemaah, sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk keselesaan jemaah, menguruskan ziarah tambahan di sekitar Madinah dan Makkah, aktiviti tahlil, tawaf sunat dan tazkirah untuk kami manfaatkan masa di Madinah dan Makkah. Bagi pihak keluarga besar, kami sangat menghargai bimbingan dan passion ustaz dan hadi dalam mengendalikan pakej umrah kali ini. For those yang sedang mencari atau nak survey pakej umrah, you gais boleh follow ustaz di facebook. Highly recommended! (hashtag not paid review, honest review ehe)



4. Ubat-Ubatan 
Bawak ubat-ubatan yang diperlukan ya gais. Panadol, balm, minyak angin. Anything yang korang perlukan. Bawak saja tapi kalau tak kisah nak beli dekat farmasi sana pun okay je.

5. Local
Usually, kalau dekat kedai makan, kedai baju kita jarang deal dengan Arab, kita selalu akan deal dengan Bangladeshi, Indian, Pakistan. Friendly reminder : berhati-hati dengan keramahan mereka, berhati hati dengan duit semasa jual beli.

6. Dobi?
Ada. Tapi aku fikir kalau tidak terdesak kau basuh je lah dekat hotel. Madinah kalau dobi: 1 kilo, 15 ke  20 riyal. Makkah, kebiasannya, dobi dia kira satu satu  baju dan harga dia boleh tahan. haha. Tapi ada je dobi 1 kilo 20 riyal. Harga tu depends dimana korang stay. (Aku ada cerita pasal dobi tapi nanti nanti lah aku cerita. haha)

7. Currency  

*bergantung

1 MYR = 0.899451 SAR
1 SAR = 1.11179 MYR

8. Shopping 

shopping is not a priority tapi sambil menyelam minum air itu mesti. selalu orang kita akan cenderung untuk beli kurma dan abaya la untuk souviner kan. So untuk kurma,  kitorang beli siap-siap di Madinah. (Di mana pun, tour leader korang bawak untuk beli kurma, just think itu lah tempat yang affordable untuk beli.)

untuk abaya. Korang boleh baca post asing. TIPS BELI ABAYA DI MADINAH DAN MAKKAH

Aku harap entry ini membantu korang first timer yang akan ke Madinah dan Makkah, umrah. Semoga urusan korang dipermudahkan. Ameen. Moga mendapat umrah yang maqbul. InsyaAllah.


Thanks for reading gais! ❤

Love,
Athirah Amri

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Switzerland : Zurich