Reviu Buku: Rosyam Nor : Impian Jutawan Budak Setinggan



"Penderitaan didalam kehidupan ditempa oleh manusia yang menolak takdir dan tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada, bagi aku, suratan kehidupan perlu di terima seadanya, barulah langkah menuju kehadapan tidak dibebani dengan hati yang berat dengan bebanan perasaan. Ternyata setiap kesengsaraan memberi makna yang besar dalam kehidupan"

Once aku dah habis baca, aku cakap "oh patut lah dia betul-betul menjiwai watak bila berlakon." 

aku bukan fans rosyam pun tapi seingat aku, aku dibesarkan dengan lakonan-lakonan dia. setiap kali dia berlakon aku teruja. haha sebab dia kalau berlakon mesti macam menjadi je. Dia ada Aura apatah lagi kalau berlakon scene scene keluarga miskin. Betul betul sedih. Betul betul memberi kesan

seolah-olah dia guna saja segala pengalaman dia menjadi anak setinggan ke dalam lakonannya. No wonder lah boleh grab banyak award. 

bila aku baca cerita dia memang menginspirasikan! cerita dia yang menapak satu per satu untuk menjadi siapa dia sekarang,  dari anak setinggan yang dikenali sebagai legau, sampai boleh bawa brand sendiri Rosyam Nor. Kisah kehidupan dia di setinggan betul-betul memberi motivasi pada kita untuk lebih berjaya, dalam apa jua bidang. Selagi mana kita menerima keadaan kita, bersyukur tapi ada matlamat, usaha, tawakal, untuk mengubah, berhijrah dan sentiasa percaya yang rezeki untuk kita berjaya tetap ada walaupun ambik masa yang lama. 

bagi aku kisah Rosyam Nor membuka mata aku untuk lebih berusaha. Kadang-kadang aku cepat give up dengan apa yang aku buat. Rasa insecure dengan apa yang aku buat, apatah lagi cepat rasa down bila orang keliling tak support. Tapi percayalah, hidup kita kita yang pilih untuk pilih jadi lebih positif atau sebaliknya. 

cuma aku tak suka sangat cara penulisan dia, a bit draggy. aku rasa ada part yang tak perlu ada dan cara penulisan dia agak boring tapi aku okay je lah bila baca the whole perjalanan cerita dia. 

lastly, aku respect! 

"Ternyata setiap takdir yang di tulis di awal kehidupan aku merupakan persediaan untuk aku memikul tanggungjawab dan watak sebenar di dalam kehidupan."

.
Aku beli buku Rosyam Nor: Impian Jutawan Budak Setinggan ni dekat Rosyam Mart. Masa itu aku cari barang dapur dengan parents aku. Masa dekat kaunter ayah aku nampak buku ni display dalam rak. Dia  tanya aku  "Nak tak?"

haha aku macam " haaa boleh je." sebab ayah bayarkan so, sauk je lah. haha :p
.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich