Review Novel: Hingga Tiba Saat Itu, Farisya Natasya



"Mampukah dia bertahan?"







(Spoiler Alert)

Hingga Tiba Saat itu merupakan novel ketiga Farisya Natasha dengan penerbitan Karya Seni selepas Shhh...I Love you dan Hanya Itu Pintaku. Farisya Natasya juga mempunyai beberapa buah novel lagi melalui terbitan Idea Kreatif. Aku mengikuti perkembangan penulisan Farisya Natasha dari Dia... Pelengkap Hidupku sampai lah Hingga Tiba Saat Itu. 

HTSI ini baru lagi diterbitkan, dalam sebulan dua macam itu. Jadi, masa baru mula-mula aku nak beli itu agak sukar jugak lah nak cari. Merata aku cari dari Popular Setapak Central, Mph Nu Sentral, Hasani Setapak Sentral. Mph Melawati Mall last-last sekali aku dapat beli dekat Kinokuniya KLCC juga. 

Aku tak ambil masa yang lama untuk habiskan HTSI. Tapi sepanjang aku baca aku belum nampak dia punya Wow factor buatkan aku turn off. dan aku ambik masa untuk aku baca balik dan hadam betul-betul.

sebelum aku buat analisis, aku rate dekat goodreads 3 bintang tapi bila aku hadam betul-betul baru aku nampak apa yang cuba di sampaikan oleh Farisya Natasya. Something yang belum pernah di highlightkan dalam penulisan Farisya Natasha. Aku tukar terus rate kepada 4 bintang. Nampak tak pemahaman dan keseronokan kita bila memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis boleh mengubah rate novel tersebut? 

haha okay tak payah nak beriya sangat, aku teruskan dengan reviu Hingga Tiba Saat Itu. 

*****

Hingga Tiba Saat Itu ni ada beberapa episod berlaku di Turki. Okay part ini aku tak komen sangat sebab aku suka kalau ada penulis yang memvariasikan latar belakang cerita. It reminds me a lot lah tentang kecantikan bumi Turki. Cerita kali ini aku sifatkan ia sebagai melankolik berbanding cerita cerita Farisya Natasha sebelum sebelum ini. 

"Pada aku, isu yang diketengahkan oleh penulis adalah isu yang berat apabila Farisya Natasha membawa isu penceraian, dan watak utamanya menghidap anxiety disorder dan telah melalui beberapa episod kehilangan. Ringkasnya, Arash merupakan seorang duda yang mempunyai anak lelaki, Fayad dan telah kehilangan seorang isteri. Dalam pada masa dia cuba membaiki kehidupannya, dia bertemu dengan seorang gadis yang tinggal sebelah rumahnya, Eshal. Konflik berlaku apabila sekali lagi Arash melalui episod kehilangan Fayad setelah berkahwin dengan Eshal. dan dari situ Arash mula melalui beberapa symptom anxiety disorder. Dan kegagalan Arash dalam mendapatkan rawatan yang sebetulnya menyebabkan dia kehilangan Eshal melalui episod penceraian."

Walaupun pada dasarnya aku bangkitkan isu penceraian, kehilangan dan anxiety disorder merupakan isu yang berat tapi penulis telah mengembangkan isu-isu berkenaan dengan santai yang pada aku bagus tetapi kalau penulis menguatkan beberapa episod Arash mengalami simptom anxiety disorder dengan lebih jelas, mungkin aku akan lebih 'merasai' dan cerita Hingga Tiba Saat Itu ni lebih 'sedap' dan meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca. Sebab aku tak nampak dengan jelas situasi mana yang boleh menjadi triggered kepada Arash. Okay mungkin pada flashback yang di cipta oleh penulis di beberapa bab yang akhir.

Kelebihan HTSI ini pula, aku lihat dari segi point  yang diketengahkan oleh penulis dalam memberi highlight kepada gangguan kebimbangan yang melampau. Anxiety disorder. bila aku analisis balik, penulis cuba membawa situasi seseorang yang menghidap anxiety disorder, yang pola pemikiran dan tindakan  terganggu sehingga ikatan perkahwinan Arash dan Eshal terlerai. Tapi dalam episod seterusnya, penulis membawa solusi kepada Arash dengan mengetengahkan cara merawat anxiety disorder melalui medication, terapi (CBT - Cognitive Behavioral Therapy) dan juga senaman/riadah yang konsisten melalui flashback dan bab -bab semasa.

Keseluruhannya, aku suka cerita HTSI ini selain dari ia bersifat matang, penulis juga menyentuh isu-isu psikologi seperti anxiety disorder, treatment yang diperlukan di tambah dengan konflik episod kehilangan. Latar belakang beberapa bab yang divariasikan dengan baik. Teknik flashback dan current situation yang mudah diikuti dan rentetan bab yang tak messy. 

Buat penulis Farisya Natasha. Tahniah untuk baby baru ini. semoga terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti 💕



Comments

Post a Comment

Thank you!

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich