Review Buku : Camp De Calais, Izzat Ibrahim



Tajuk: Camp De Calais 
Penulis: Izzat Ibrahim 
Penerbit: Must Read
M/s : 182 


“Hampir setiap malam beliau akan cuba untuk lari ke England... Setiap hari dan setiap masa, beliau terus berfikir dan mencuba melalui pelbagai cara dan jalan... Tetapi A’laaa masih terkandas disini
.
Satu ranah seribu kisah : camp de calais bagi aku cukup sempurna dengan cerita pengalaman- pengalaman penulis menjadi sukarelawan di Kem Calais
.
Kem Calais yang merupakan kem pelarian ini hasil inisiatif pasangan suami isteri , Encik Jamal dan Puan Sofinee yang telah menempatkan pelarian yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Terbit Rasa kagum dengan usaha murni mereka sekeluarga 🌻
.
susunan kisahnya bermula dari awal pembabitan penulis ke UK untuk membantu ahli keluarganya dan dalam masa yang sama mendapat peluang untuk menjadi sukarelawan, pada aku menjadi sukarelawan di luar negara itu merupakan peluang besar bagi jiwa jiwa yang suka kan aktiviti kebajikan .

Kisah menjadi sukarelawan dalam jangka masa yang panjang di dapur di kem pelarian calais, perancis, membantu khususnya kerja kerja didapur, aku kira bukan satu keputusan yang dibuat dalam beberapa saat sementelah mengetahui tanggungjawab dan keadaan yang jauh beza dari kebiasaan yang menuntut sebuah keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dan kisah kisah seterusnya menyentuh pengalaman penulis bersama sukarelawan lain yang turut datang dari pelbagai negara
.
pertama kali aku baca berkaitan sukarelawan membantu pelarian dan sekaligus membuka mata aku tentang keadaan yang berlaku di camp de calais. Melalui pembacaan aku, pelarian pelarian di kem calais ni punya satu cita cita yang sama iaitu membebaskan diri mereka dari menjadi pelarian
.
We need to inspire Muslims to open their eyes towards difficulties that others faced. It is not about the job that we do, but being there with them.”
.
Bagi aku, buku ni sesuai untuk semua lapisan generasi apatah lagi Individu yang mahu menjadi sukarelawan kerana dalam beberapa bab terakhir didalam buku ini ada disertakan perkara atau hal hal yang penting untuk menjadi sukarelawan di luar negara
.
P/s: thanks for the book bos! 📖🌻

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich