Review : Pearl (Shirod Shukri)


To be honest, tiga bulan juga aku tak menulis review. Ya Allah bila dah tiga bulan aku tak menulis,susahnya nak mula menulis balik walhal nak tulis review saja. bukan nak menulis novel pun. Tapi kalau aku duk menunggu idea dan ayat ayat bombastik, makin berlambak la review yang pending. 

so malam ini aku cuba okay. hopefully readers dapat membaca dan excited sebagaimana aku excited semasa membacanya. 

Macam aku cakap before, aku dah stop menulis review tiga bulan lepas disebabkan kekangan tugasan dan exam. Jadi untuk clear kan keadaan yang sebenar, aku dah baca Pearl tiga bulan lepas lagi, percaya atau tak, sehingga sekarang Pearl menjadi favourite aku kalau ada masa senggang. Idk why, tapi plot cerita dekat dengan aku. 

Boleh dikatakan aku suka keseluruhan tentang novel Pearl. Dari kulit buku, isi didalam dan kulit belakang. Bagi aku cerita Pearl ni simple tapi tetap "matang" dengan konflik yang tersendiri. Watak Pearl dan Rayn yang mempunyai sisi yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai falsafah yang berbeza tentang sebuah kehidupan dan paling penting dalam Pearl, kau akan ditekankan untuk sentiasa menghargai  dan menyayangi diri dan fikir untuk diri kita sendiri and suprisingly aku suka ending dia. Suka gila!-  "Love yourself."  💕



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich