Review Novel : Mungkinkah Dia, Anis Ayuni







*Spoiler alert*

Sinopsis:
Di petik dari Goodreads.

Biarpun tiada janji syurga mahupun janji bahagia, namun Nisa tekad dalam hati, ingin setia dalam berkasih. Meskipun, haruman cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan diri Nisa terasa dipinggirkan, namun Nisa tak mahu biarkan ikatan cinta putus di tengah jalan. 


Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pulak kita yang belum buat apa-apa persediaan.



Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?



Nisa langsung tak hiraukan Naufal walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.


Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.

Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.

Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri. 

-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-

Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya? 



***

Review:

Mungkinkah Dia ini merupakan novel ke 13 dari penulis kegemaran aku, Anis Ayuni. Ia bertemakan cinta. Mengisahkan tentang suka duka dalam dunia percintaan sepasang kekasih. Sesekali dunia percintaan juga mampu menjadikan hidup seperti roller coster. 

Kisah yang mentengahkan watak utama iaitu Nisa yang mempunyai karakter menarik. namun berhadapan dengan beberapa konflik antaranya konflik bersama teman lelakinya Qashfi yang sekejap okay, sekejap tak. Dalam masa yang sama, tanpa sedar Nisa mempunyai 'secret admirer' hanya disebabkan mereka pernah bertegur sapa di kiosk money changer. Lamaran Ryo di Tokyo membuatkan Nisa rasa serba salah untuk menolak namun dia tetapkan hati kerana janji nya bersama Qashfi. Disebabkan karakter Nisa tidak dikategorikan sebagai wanita yang terlalu 'mengikuti' Qashfi, insiden penangkapan khalwat Qashfi dan Delia, kawan baik Qashfi menjadi titik tolak Nisa untuk menarik diri dari percintaannya bersama Qashfi. 

Dalam cerita ini,  aku cenderung untuk menyukai watak sampingan si Naufal. Karakter yang ditonjolkan adalah berani mengejar pilihan hatinya. menyukai kucing, Selain dari di deskripsikan sebagai seorang yang tenang dan bekerja sebagai tukang buat batu,, dia juga seorang yang puitis! haha 


Naufal seorang traveller yang gilakan aktiviti scuba diving. Dalam cerita  ini, Anis Ayuni berjaya menarik pembaca dengan penceritaan terperinci mengenai cantiknya sebuah secret beach di El Nido, Palawan. 

Sejujurnya, Mungkihkah Dia ini antara novel yang sangat sangat ditunggu setelah sekian lama tiada baby baru dari Anis Ayuni. Excited tapi setelah beberapa hari membaca, aku rasa sedikit terkilan kerana macam ada yang kurang rencah menjadikan naskhah ini naskhah pertama yang tidak menepati citarasa aku. Mungkin perjalanan cerita di awal bab yang perlahan buatkan aku rasa, lambat sangat. Monolog yang terlalu banyak oleh Nisa. Konflik penangkapan khalwat antara Qashfi dan Delia terlalu mendadak dan tidak sempurna. 

Boleh dikatakan novel ini, aku mampu habiskan kerana watak Naufal dan karakter Nisa yang tidak terlalu melihat putus cinta sebagai satu halangan untuk membuka peluang kepada orang lain. Keseluruhannya, aku suka novel ke 13 ini tapi bukan pada semua aspek :) Apa apa pun, lain orang, lain pendapat kan. 

so if you guys dah beli, just keep reading ok?  Selamat membaca! :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Switzerland : Makanan halal di Switzerland

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Switzerland : Zurich