Tuesday, August 1, 2017

Tempahan Squareprints di dearmoments





Hai gais, malam ni aku nak kongsi dengan korang tempat paling best untuk print gambar-gambar korang yang terperam dalam handphone, Dslr, GoPro dan memacam lagi itu. Aku dah lama usha satu ig shop ini, korang cari dearmoments. Diorang ini base dekat JB. Perkhidmatan diorang ni memang cool gila. 

Aku dah lama usha dearmoments ni sebenarnya, aku nak print gambar-gambar travel aku jadi square so that aku boleh ja la nak lekat dekat dinding tanpa ragu-ragu. heh. Tapi asyik bertangguh je lah sebab risau. Risau lah kalau aku dah order tapi dapat produk yang tak bagus. Bukan murah aku nak melabur tu.haha Pesen kedekut
memang macam ni. 

So hari itu, aku kuatkan semangat haha untuk buat tempahan. Korang boleh je nak dm ke nak emel ke, insya-Allah diorang cepat je  reply. Aku hari itu buat tempahan melalui emel. formal la sikit. Selain dari cepat reply emel customer, diorang ini akan jawab je soalan soalan dari kita walaupun soalan aku cam bodoh sikit, tapi diorang jawab gak. haha. Customer keennn. Haha

Aku buat squareprints ni sebab sayang lah, dah ambik gambar memacam tapi duk peram dalam phone, dalam laptop sampai ke sudah. Dah tak jadi apa lah. Bukan ambik gambar tu sebagai kenangan kita ke? Kenangan yang tak mungkin akan berulang. Ya lah, ingat sennag nak pergi satu tempat tu berkali-kali? Kalau aku cop duit aku tak kisah snagat heh. 

 Ok. patah balik cerita pasal service dearmoments ni, alhamdulillah aku terima squareprints aku dalam tempoh yang dia mention kan sebelum ini dalam emel. Masa tu aku dekat Perlis, kena pergi temuduga so tak dapat lah nak tengok la la tu. Jadi lepas dua hari baru aku dapat tengok and yada yada.

Kualiti gambar dia memang terbaik noks! 

Jauh beza dengan kualiti yang aku buat dulu. D-I-Y la cerita dia memang tak kan sama la kan. HAHA  Pesen kedekut macam aku payah sikit lah nak melabur tak tentu pasal. 

Kualiti gambar, kualiti kertas dia bagus, packaging pun cool je, and siap dapat dapat diskaun lagi untuk next purchase, haih puas hati sungguh la aku ni pun.



Korang yang dah lama cari tempat untuk buat tempahan squareprints boleh usha Ig : dearmoments 
Selain squareprint, diorang juga ada menawarkan khidmat print photobook, klasik print. Semua gambar korang boleh print bukan gambar kornag travel saja, gambar hari raya hari itu pun boleh, gambar graduation ke, gambar kahwin ke. 

aku rasa aku puas hati dan akan buat tempahan lagi dengan diorang. Harga aku rasa okay la kot. Rm 28 untuk 25 keping squareprints (termasuk postage) Okay la see you nanti nanti pulak hokey?

p/s: review tidak berbayar 

11.45 pm
1 Ogos 2017
Athirah Amri

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...