Tuesday, August 1, 2017

Review Dr. Alpha Male, Anjell





Aku tak pasti nak review karya Anjell yang terbaru ni macam mana. Bukan tak best ke apa tapi ia lebih kepada cerita cinta antara student dengan pensyarah. Walaupun ia terjadi  selepas peristiwa yang tak best berlaku kepada Hazel tapi still aku rasa slow sikit dengan cerita Anjell kali ini. Nampak biasa macam cerita-cerita yang lepas. Tak tahu lah. Mungkin aku je lah yang tak mendalami betul betul cerita ni. Plot dia dah biasa di ketengahkan dan ada yang longgar sikit. Mungkin Anjell try untuk ketengahkan apa itu 'alpha male'. Ada tapi tapi tak banyak. Cuma dialog dan watak  yang di olah boleh bikin tertarik untuk meneruskan pembacaan. Gaya bahasa yang santai memang dah jadi trademark Anjell. Ok mungkin point dia pada beberapa bab yang berlaku ketika kuliah, siapkan fyp dan sebagainya mampu buatkan pembaca teringat zaman belajar dulu. Tapi aku sangat berharap Anjell akan buat cerita tentang Dheo pulak lepas ni. Dheo punya aura boleh tahan, lain macam. 

p/s: review kali ini pendek sikit sebab aku dah lama peram, jad ada benda yang aku patut tulis, aku dha lupa. Ni lah orang cakap, kerja jangan bertangguh. huhu. 






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...