Wednesday, August 2, 2017

Review Arkitek Jalanan , Teme Abdullah



"Kau dah tumbuh sayap dah pun. Tapi kau takut nak terjun dan terbang. Kau perlukan tolakan keyakinan oleh seseorang"






Tajuk: Arkitek Jalanan 
Penulis : Teme Abdullah 
Penerbit: Iman Publication 
M/s: 330 




Review: 

Beberapa kali aku menolak perasaan ingin tahu keistimewaan buku Arkitek Jalanan ini. Tak ubah seperti aku mula-mula membeli Pelukis Jalanan. Waktu itu, aku masih belum bersedia untuk membaca buku tersebut walaupun aku sudah beli. Sama juga dengan Arkitek Jalanan ini. Aku fikir Teme Abdullah juga seperti  penulis yang aku rasa hanya disebabkan 'terkenal' di media sosial, punya pengikut yang ramai seperti penulis -penulis yang ada kebanyakkan sekarang. Rata-ratanya akan menulis sesuatu yang acah-acah deep. Semua benda nak deep

Sungguh aku tak faham. Benda deep ini tak payah acah-acah, kalau menulis dengan penuh kejujuran dan penghayatan, pembaca sendiri boleh rasa deep ke tidak.

Mula-mula aku ragu ragu juga nak beli, tapi melihat ramainya pengikut Teme Abdullah memberikan feedback yang positif buatkan aku rasa kena beli. Bila dah beli, masih ragu ragu nak mulakan pembacaan, sebab pengalaman membaca golongan penulis yang menulis kerana pengikut nya ramai ini amatlah tidak berbaloi. 

Twitter memang memainkan peranan untuk menggesa diri sendiri untuk mula membaca Arkitek Jalanan, apatah lagi setiap kali aku skrol TL twitter, Tweet -tweet feddback tentang buku Teme ni semuanya menarik perhatian aku. 
.
.
.
Aku ambil masa tiga empat hari juga untuk selesaikan pembacaan. Bukan kerana tidak seronok atau tiada mesej didalam buku tersebut tapi sebab aku sayangkan penulisan Teme Abdullah. Haha. Dari bab pertama sehingga ke bab akhir, aku hadamkan betul-betul. Sebab setiap satu bab punya mesej tersendiri. 

Aku yakin Teme Abdullah lebih muda dari aku, tapi penulisan beliau sangat matang. Ayat demi ayat mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Aku tak perlu berikan details kerana aku tahu semua orang mengenali Teme Abdullah. Rata-rata penceritaan yang di ketengahkan didalam buku ini merupakan pengalaman Teme sendiri, dan bagi aku itu satu kekuatan dan kelebihan buku ini. Teme menulis sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Hidup realiti! Pahit, manis semuanya di bukukan supaya mampu menjadi pengajaran, menjadi garis panduan, memberi inspirasi kepada kita, pembaca.

.
.
.

Aku langsung tak malu untuk mengakui bahawa buku Teme Abdullah ini juga yang menguatkan lagi azam aku untuk sambung belajar. Aku kira buku ini sangat sesuai untuk semua.orang. baik yang sedang berkira-kira untuk menyambung pelajaran, baik yang sedang 'down', baik yang mahu meningkatkan motivasi, memperbaiki diri, buku ini highly recommended untuk korang. Ada masa-masanya, kita perlukan seseorang yang tidak mengenali kita untuk bagi semangat untuk keluardari comfort zone. Dan aku sangat setuju dengan pendapat dia tentang 'menggunakan agama untuk kepentingan diri' (bab: Pelukis Jalanan)

.
.
.

Terasa masa berjalan terlalu pantas, apabila membaca buku Teme Abdullah ini sebab dalam kita menghadam ayat-ayat dia, kita terhibur dengan kisah Teme dan sahabat baiknya. Lengkap dengan quotes yang menginspirasi kan. Dan setiap satunya meninggalkan kesan kepada pembaca. 

"Orang boleh bercakap, Tetapi engkau yang menentukan, Engkau yang berjalan" - Teme, Arkitek Jalanan

P/s: Jangan pernah berhenti menulis wahai Teme Abdullah.💪🏻👍🏻




Sinopsis:


To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ' belajarlah kerana Allah' setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...



Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.

Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.



Tapi sebenarnya kan...
Aku tak pernah faham pun maksud 'belajar kerana Allah' tu.


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...