Sunday, August 20, 2017

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, langsung hazaf kan Bromo dari ingatan. Cewah. Drama sangat. Tapi betul lah, lately, Bromo memang salah satu tempat femes yang orang semua nak pergi. sampai harga tiket pun untuk bajet style mcm aku, aku rasa tak berbaloi. Sebab dalam kepala, aku dah sampai Bromo tak kan tak visit Suroboyo, nak juga tahu mitos pertempuran antara ikan dengan buaya yang agak femes tu. 



tapi lek lek je lah. Ada rezeki sampai juga nanti,  ni bajet takat Penang je

Thursday, August 3, 2017

Cinta itu tidak boleh di pelajari, ia akan datang semulajadi





Hari ini, aku sedar dan aku percaya. Dalam hidup kita, tiada istilah 'bodoh' apatah lagi saat membicarakan hal-hal yang melibatkan soal hati dan perasaan. Hati, perasaan dan perhubungan itu bukan hal yang bodoh atau remeh tapi suatu proses dua jiwa untuk melihat dunia ini lebih jauh. Proses  mengenali personaliti dan identiti, menghayati bahasa tubuh, menghargai kasih

Wednesday, August 2, 2017

Program Bicara Karya : Kompilasi Travelog : 7 Benua


20 Julai 2017

Just remember that sometimes, the way you think about a person isn’t the way they actually are."— John Green, Paper Towns



Okay aku tahu cerita ni dah basi tapi takpe lah, aku nak share jugak. Haha. Aku berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta bagi program Bicara Karya: Kompilasi Travelog: 7 Benua  pada 20 Julai 2017. Aku dapat tahu program ini pun,

Review Arkitek Jalanan , Teme Abdullah



"Kau dah tumbuh sayap dah pun. Tapi kau takut nak terjun dan terbang. Kau perlukan tolakan keyakinan oleh seseorang"






Tajuk: Arkitek Jalanan 
Penulis : Teme Abdullah 
Penerbit: Iman Publication 
M/s: 330 




Review: 

Beberapa kali aku menolak perasaan ingin tahu keistimewaan buku Arkitek Jalanan ini. Tak ubah seperti aku mula-mula membeli Pelukis Jalanan. Waktu itu, aku masih belum bersedia untuk membaca buku tersebut walaupun aku sudah beli. Sama juga dengan Arkitek Jalanan ini. Aku fikir Teme Abdullah juga seperti  penulis yang aku rasa hanya disebabkan 'terkenal' di media sosial, punya pengikut yang ramai seperti penulis -penulis yang ada kebanyakkan sekarang. Rata-ratanya akan menulis sesuatu yang acah-acah deep. Semua benda nak deep

Tuesday, August 1, 2017

Tempahan Squareprints di dearmoments





Hai gais, malam ni aku nak kongsi dengan korang tempat paling best untuk print gambar-gambar korang yang terperam dalam handphone, Dslr, GoPro dan memacam lagi itu. Aku dah lama usha satu ig shop ini, korang cari dearmoments. Diorang ini base dekat JB. Perkhidmatan diorang ni memang cool gila. 

Aku dah lama usha dearmoments ni sebenarnya, aku nak print gambar-gambar travel aku jadi square so that aku boleh ja la nak lekat dekat dinding tanpa ragu-ragu. heh. Tapi asyik bertangguh je lah sebab risau. Risau lah kalau aku dah order tapi dapat produk yang tak bagus. Bukan murah aku nak melabur tu.haha Pesen kedekut

Review Dr. Alpha Male, Anjell





Aku tak pasti nak review karya Anjell yang terbaru ni macam mana. Bukan tak best ke apa tapi ia lebih kepada cerita cinta antara student dengan pensyarah. Walaupun ia terjadi  selepas peristiwa yang tak best berlaku kepada Hazel tapi still aku rasa slow sikit dengan cerita Anjell kali ini. Nampak biasa macam cerita-cerita yang lepas. Tak tahu lah. Mungkin aku je lah yang tak mendalami betul betul cerita ni. Plot dia dah biasa di ketengahkan dan ada yang longgar sikit. Mungkin Anjell try untuk ketengahkan apa itu 'alpha male'. Ada tapi tapi tak banyak. Cuma dialog dan watak  yang di olah boleh bikin tertarik untuk meneruskan pembacaan. Gaya bahasa yang santai memang dah jadi trademark Anjell. Ok mungkin point dia pada beberapa bab yang berlaku ketika kuliah, siapkan fyp dan sebagainya mampu buatkan pembaca teringat zaman belajar dulu. Tapi aku sangat berharap Anjell akan buat cerita tentang Dheo pulak lepas ni. Dheo punya aura boleh tahan, lain macam. 

p/s: review kali ini pendek sikit sebab aku dah lama peram, jad ada benda yang aku patut tulis, aku dha lupa. Ni lah orang cakap, kerja jangan bertangguh. huhu. 






Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...