Thursday, July 6, 2017

Review : Kerana Kasih, Aisya Sofea


Tajuk: Kerana Kasih 
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
M/s: 471




Buang emak buang saudara, KERANA KASIH aku turutkan. 


Pertama sekali, sewaktu aku membeli Kerana Kasih, aku tak baca pun sinopsis di belakang novel tersebut. Aku beli novel ke-15 yang di tulis oleh Aisya Sofea ini kerana NAMA Aisya Sofea itu sendiri yang terkenal dengan cerita-cerita yang sangat dekat dengan jiwa, meninggalkan kesan dan sangat deskriptif apabila mengeksperikan perasaan dan menjelaskan gerak - geri setiap watak. 

Dan ketika aku mula membelek sinopsis sebagai persediaan awal membaca, aku fikir cerita ini cerita yang biasa-biasa.  Dengan tagline yang seolah-olah mengajak kita membelakangkan keluarga hanya kerana cinta, sejujurnya aku rasa perkara tu sangat tidak berbaloi. 

Cinta dan kasih seorang lelaki hendak dibandingkan dengan cinta dan kasih seorang ibu? 
Mustahil!

Sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana Cinta?
Mengarut!

Secara peribadi, memikirnya saja sudah buat aku menggelengkan kepala. Mengeluh keras. Mustahil tapi tak mungkin juga akan berlaku sekiranya ada perkara -perkara yang mendesak. Kerana Kasih cuba membawa kita berdepan dengan situasi yang dialami oleh Min dan Kimi serta kakak-kakaknya yang lain.

---

Aku mengambil masa lebih kurang lima hari, suatu masa yang agak panjang untuk menghabiskan cerita ini disebabkan kekangan masa (baca: raya kan sebulan) Sepanjang perjalanan aku membaca cerita Min dan Kimi, Zila dan Ghafar, Kak ngah dan Nazri serta watak seorang 'Emak' baru aku faham kenapa tagline sebegitu yang dipilih oleh penulis. 

Cerita yang aku fikir akan berakhir dengan sebuah cerita picisan sebenarnya menjadi cerita matang dan terselit banyak pengajaran kepada anak muda hari ini yang menjunjung cinta seorang lelaki tanpa memikirkan kepentingan restu keluarga. 

betul. 

dalam cerita ini ada sisi yang tidak elok untuk watak seorang Emak dan anak-anak. Emak boleh mempunyai sifat melindungi tapi emak tak boleh ada sifat TERLALU melindungi. Emak boleh ada sifat takut anak menjauh, tapi Emak tak boleh ada sifat TERLALU TAKUT anak menjauh. Emak boleh meletakkan garis panduan untuk anak-anak memilih  pasangan, tapi Emak tak boleh KAWAL jodoh anak-anak sebab ia berbalik pada sesuatu yang sudah termaktub di luh Mahfuz. 

kelemahan di sisi seorang emak dalam cerita ini  tak menjadikan emak itu salah seratus peratus, sebagai anak, kita mungkin tak tahu apa yang sebenarnya  emak nampak disebalik larangan dia untuk anak anak tidak memilih pesangan dari luar Malaysia, yang tidak boleh posting ke luar negara. mungkin pada dia, kalau anak-anak pergi tiada siapa yang akan menjaga dia. 

Mungkin juga seorang emak akan menjunjung pepatah "Orang tua lebih banyak makan garam" makanya, dia lebih mengetahui segala-galanya. tanpa mengetahui dalam hidup kita sentiasa ada pasang surut. turun naik. dan tidak semestinya kalau ada sejarah yang tidak baik berlaku kepada orang lain, hal tersebut akan berlaku juga pada kita. 

---

dan apabila selesai membaca cerita ini. ternyata terlalu banyak pengajaran yang boleh kita perolehi. Salah satu pengajaran penting, bahawa restu dan penerimaan ibubapa terhadap pasangan kita sangat PENTING. Perkahwinan itu proses kehidupan yang sangat panjang, proses mengenali antara satu sama lain yang tak kan pernah berhenti, kita bukan mahu hidup dengan pasangan kita dua tiga bulan , tapi lebih lama dan kalau boleh sampai syurga. 

mana nak dapat semua itu kalau awal-awal lagi keluarga tak memberi restu. 

Namun aku juga tidak membantah  tindakan Min dan Kimi, juga tidak menggalakkan tindakan kak ngah dan nazri dkerana ternyata bukan salah mereka seratus peratus, pada pemikiran aku, aprinsip yang dipegang oleh emak mereka yang menekan dan membuatkan mereka cuba bangkit dan hanya bertegas dengan keputusan mereka. Kalau mereka tidak bertegas, kehidupan mereka kemungkinan akan berakhir  menjadi sepeti kisah perkahwinan zila dan Ghafar. 

Dalam satu hal, kita mungkin sering lupa, sesuatu yang kita fikir baik buat kita, belum tentu sesuai untuk kita, dan sesuatu yang kita benci itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu tak pernah salah. DIA lebh mengetahui baik dan buruk untuk setiap hambanya.

Kisah Min dan Kimi serta Emal mengajar kita untuk berbaik sangka dengan setiap yang berlaku, sentiasa  berlapang dada menerima takdir-Nya , berusaha untuk memperbaiki  sesuatu menjadi lebih baik dan mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap kejadiaNya.

Kesimpulannya, jalan cerita yang diketengahkan di dalam Kerana Kasih ini menepati citarasa aku dan setiap cerita di setiap bab melengkapi antara satu sama lain, ibaratnya, penulis menimbulkan isu tetapi tidak membiarkan ia terkontang kanting tiada jawapan. Setiap konflik mempunya solusi yang baik. Sungguh cerita ini membuatkan kita muhasabah tentang peranan, kasih dan sayang anak dan ibu. 





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Izinkan Kupergi (Damya Hanna)

Review: 2004, tahun permulaan aku berjinak-jinak dengan hobi, membaca. Thank you penerbitan alaf21 kerana telah menerbitkan novel...