Sunday, July 9, 2017

Review : Backpack Pusing Jerman & ... Belanda | Denmark | Sweden | Republic Czech | Austria ( Normi Nas)





Review Travelog
Tajuk : Backpack Pusing Jerman &... Belanda|Denmark| Sweden | Republic Czech|Austria
Penulis: Normi Nas
Penerbit: Kasi Terbit
M/s: 219 

Setelah berkurun tak membaca travelog, akhirnya Backpack Pusing Jerman &... Belanda|Denmark| Sweden | Republic Czech|Austria telah berjaya membuatkan aku kembali mengembara walaupun hanya melalui aksara-aksara yang ditulis kemas oleh saudari Normi Nas 
.
Pengalaman mengembara Normi Nas secara solo ke Jerman dan lain lain negara hampir sebulan pada bulan Ramadhan membuatkan aku kagum dengan kekuatan mental dan fizikal
saudari Normi. Walaupun ada hari hari nya dia mengambil rukhsah tetapi kebanyakkan harinya dia tetap menjalankan ibadah tersebut. Bayangkan berpuasa untuk jangka masa yang lebih panjang dari biasa? Allahu, puasa dekat Malaysia pun paksa diri untuk tahan. Apatah lagi berpuasa sambil mengembara dengan cuaca dan suhu yang sentiasa berubah ubah. Fuh Salute!
Dengan penggunaan ayat yang mudah dan santai langsung membuatkan pembacaan aku semakin laju. Tidak bosan, mungkin juga disebabkan gaya penulisan Normi Nas ini ala ala diari.
.
Jerman, Belanda, Denmark, Sweden, Republic Czech & Austri, semuanya diceritakan seperti diari. Dengan siapa, insiden yang dihadapi, berlaku diwaktu dan ditempat sekian sekian, membuatkan travelog ini lebih deskriptif. Bagi aku, travelog ini sesuai untuk backpacker yang pertama kali nak kesana. Kak Normi banyak juga selitkan panduan-panduan yang berguna dalam travelog ini.
.
Sejujurnya aku tak menjangkakan travelog ini akan berakhir dengan satu keputusan yang dibuat secara drastik oleh Normi Nas tentang kembaranya yang seterusnya. Mungkin kalau Normi Nas relax sedikit, mungkin keputusannya berbeza. Kalau nak tahu keputusan apa yang Normi Nas buat, korang kena beli travelog ini dan baca ok? ✌🏻
.
Selain dari pengalaman yang diceritakan, travelog ini juga disertakan dengan jadual perbelanjaan Normi Nas ketika mengembara. Hampir lengkap perbelanjaan nya. Jadi, korang yang memang dah lama nak ke Jerman dan negara negara lain dengan bajet yang terhad, korang boleh beli travelog ni ok? :) 
.
Selamat Hari Raya Korang🌸

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...