Saturday, June 17, 2017

Review : Akhawat Pakai Hoodies, Inche Gabbana



Tajuk: Akhawat Pakai Hoodies 
Penulis: Inche Gabbana 
Penerbit: Penerbitan Wahai
M/s: 320 

"Kerana akhirnya Akhawat itu seorang perempuan juga!"



First time aku tengok buku ni aku terus cakap "Cool gileh cover dia" Haha. Cool apa, perempuan pakai hoodies? Ke tak? Okay okay kalau tak, takpe je. Tak yah buat muka.Tapi bagi aku cover dia yang simple tapi lek lek ini la yang buat kan aku teruja nak beli dan nak tahu isi dalam dia. Belek sikit sikit, aku tengok macam oh, ni pasal perempuan. so aku rembat yang ni je ah masa pbakl2017 hari itu, walaupun sistor yang jaga booth Penerbitan Wahai itu cakap,
ada pakej lagi murah kalau aku beli berapa buah buku tah, lupa. tapi ya lah, aku jenis yang aku tak kan beli kalau aku tak rasa nak beli. heh

sebulan lebih gak lah aku peram buku ini, sebab bagi laluan dekat buku/novel yang lain. tapi alhamdulillah, habis juga baca akhawat pakai hoodies ni masa nak balik Tg Malim hari itu. Dr LRT Gombak, aku dah start baca. Sampai Kl Sentral, tunggu KTM, boleh tahan berzaman, baca lagi. Stuck dekat Sg Buloh. baca lagi, sampai la ke Tg. Malim dan sambung baca lagi bila esoknya nak balik Kl semula.

dan aku rasa itu lah Trip paling 'nerd' dan 'berilmu'  yang pernah aku lalui. heh. dah la tulis banyak pun tak guna kan. so baca lah review dekat bawah. 

Review:

Aku baca artikel- artikel dalam APH ini, nak juga tahu pandangan seorang lelaki terhadap 'perempuan'. dan setiap artikel yang ditulis, ada yang aku setuju, ada yang tak. tapi kelebihan penulis ini menyampaikan ilmu dengan cara paling lepak dengan bahasa yang santai, jenaka yang jenaka tapi ada gak la yang macam hambar tapi tetap buat kan aku nak terus baca lagi.

bila baca APH ini satu benda yang terlintas dekat otak aku masa itu, APH:Sejenis peringatan mesra untuk perempuan. Sebab bila  aku baca, ada artikel yang buat aku kagum, buat aku senyum, buat aku rasa kena perli rapat, buat aku terkesan, buat aku rasa malu, buat aku rasa nak fight untuk kejar cita-cita aku dan macam-macam lagi la yang aku rasa. 

baca APH ini macam kita duduk atas kertas graf, ada satu titik, yang bila kita rasa hapy dengan apa yang penulis tulis kita naikkan titik itu, kalau kita rasa down dengan apa yang disentuh oleh penulis, kita turunkan titik tu ke bawah. 

dan sampai akhir, kertas graf itu, ada naik turun naik. ๐Ÿ’ฌ

Dalam APH ini juga ada 23 artikel, semuanya menarik untuk dibaca tapi yang paling best ialah:

๐Ÿ’“ Nama saya mak cik Hidayah 
๐Ÿ’“ Menjadi Mizz Nina 
๐Ÿ’“Banyak Habuk Masuk Mata 
๐Ÿ’“Menjadi Maryam 
๐Ÿ’“ Here come The Baldis!
๐Ÿ’“ Perempuan will always be perempuan 

dan paling penting, aku jumpa apa yang aku cari selama ini. selama ini aku selalu tanya. kenapa sesuatu penghijrahan itu tidak kekal lama. tak kira la penghijarahan itu kecik ke besar ke yang aku nak tahu sangat, kenapa susah nak kekal? Serius, benda ini aku cari dah lama, atau mungkin ada yang dah jelaskan tapi aku yang terlepas pandang, tapi bila baca APH ni, alhamdulillah aku jumpa key-word dia. 

aku just nak cakap, tak rugi la kalau korang beli APH ini. Buat hadiah untuk diri sendiri ke, jadikan motivasi ke. ah tak kesah la. 

beli je. 

kalau tak baca sekarang, esok-esok boleh baca juga. haha



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...