Wednesday, June 7, 2017

member aku nak bertunang, aku chill je dulu




mana satu F? Haha


tengah malam semalam, aku dengan member aku, F ada balas balas whats app. Dah lama juga since aku sibuk dgn freelance job hari itu, dia sibuk dekat court. Kami duk sibuk bincang nak buat trip pergi Bromo, tapi tiket mahal gak. Macam tak berbaloi sangat kalau nak pi pun. Cadangan lain, pergi Jogja. Since aku dah pergi Jogja tahun lepas, dia takut la aku tak nak join. Aku kata aku insyaAllah boleh nak join kalau tempat yang dia orang nak lajak tu bukan tempat yang aku pernah pergi. Jogja berlambak kot attraction dia kan. so aku harap, dia plan untuk pergi tempat-tempat yng aku tak pi lagi la. haha

dalam duk sibuk bincang sana sini, tiba-tiba dia balas whats app aku

'habes time hujung ogos itu hang tak boleh?' 

'tak boleh. aku ada family trip, kalau tarikh itu kita pi jugak berapa lama ja kita dpt spent time dekat jogja?'

'dak-dak ni bukan pasal trip. ni pasal aku aku bertunang.'

dia hantar whatsapp itu tengah malam, sahur esok tu baru aku baca balik. lama juga aku tenung whats app dia tu. berkali kali aku fikir nak percaya ke tidak. haha

(aku jenis cepat excited sebab itu aku selalu terkena dalam geng aku. haha tapi kali ini aku biarkan diri aku tenang setenang air dilautan.heh)

kita ikut je rentak F ni.

aku kenal dia macam mana (walaupun tak kenal gila-gila). F bukan jenis yang fikir kawin dulu, kalau ikutkan dalam group aku itu memang semua jenis ada cita-cita yang lebih penting nak capai dari cita-cita nak kahwen.  unless jodoh dah ada, lain cerita. haha (ya aku tau umur kami semua dah boleh nak kawen) tapi goals masing masing tak sama. so lek je lah. Aku bernasib baik gak duk dalam group ni. haha tak ahh presure asyik nak cerita pasal kawen saja.

sebelum aku reply whats app dia, aku gigih tanya F square, dia cakap bukan F nak bertunang orang lain.

haha. see. aku dah kata. tak daknya si F ni nak bertunang.

'okay aku tau dah sapa nak bertunang 😛' (walaupun aku tak tau siapa ja yang nak bertunang tu)

wei aku serius la aku yang tunang

aku masih follow the flow. heh relax ja. kasi tenang haha 'haha okay aku percaya, so dengan siapa ja hang nak bertunang?'

'bla bla bla'

sampai satu tahap, aku dah nak tergelincir. haha nak percaya gak. "hang bagi serius sikit boleh?" 

'bla bla bla.." 

Kalau orang lain dah bertunang, aku takle bertunang?

aku dah gelak-gelak dah. soalan aku haram nak jawab. ' lagi bagus, lagi senang, aku boleh attend dua dua majlis kalau tarikh dekat. kalau kenduri hang 26/8 okalah aku boleh datang' 

aku respect dekat F ni  sebab jalan cerita dia boleh tahan smooth ja,  jalan cerita dia boleh buat cerpen. heh.

'tak kenduri pon. kecik-kecik ja. kan baru tunang. kenduri tahun depan la lepas aku abeh chambering...tapi kalau hang free, boleh mai ok la."

"aku boleh ja nak mai.."

end up, F whats app aku balik " Haha. Tirahh. Terhibur aku dengan hang ni."

waktu ini aku dah agak dah. tepat tekaan aku. takdek maknanya F nak bertunang bagai. Eh jangan la salah sangka, aku bukan kata sebab dia tak laku ka apa. tapi aku kenal  F ni, dia seorang yang memang ada cita-cita dia, yg skrg dia tengah struggle gila nak dptkan. tapi kalau betul pun, aku okay ja. jodoh bukan boleh tahan, bukan boleh sekat. kalau nak mai, dia tetap mai jugak.

aku kata kat dia" aku dah boleh agak la F, siapa yang nak bertunang sbnrnya tapi sajalah kot-kot ada plot twist ka. aha

'aku saja saja ja nak lawak lawak manja dengan hang. lama tak lawak-lawak manja dengan hang.' 

bila fikir balik, betul gak. aku dengan F dah lama tak menyembang melawak manja manja gitu. sebab dedua pun sibuk. last sekali, masa aku minta tolong dia check kerja aku.

aku gelak sambil reply: sokay sokay F. Lawak itu okay ja. Manja tu belum sampai lagi. Skeri gak ahh aku pun. haha

tunang kawen, bukan benda main-main, lagi lagi keluar dari mulut hang. tu yang macam hmm nak caya ka dak tah. haha 

aku berdekah ketawa. aku syak dia pun dekat shah alam buat benda yng sama. "nampak sgt tak dak potensi" 

"takpa takpa, cuba lagi >.<"


moral of the story: kalau kita dpt berita yang entah kan betul, entahkan tidak, kita kena tenang tenang saja ok?  dan cuba cari kesahihan dia. Lek lek ja. haha. Jgn tunjuk sangat keterujaan nak tahu sesuatu.

aku share dekat sini sebab aku rasa susah nak cari moment macam ni. bila masing masing dah busy gila.

Huhu.
12.10 am
7 Jun 2017
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...