Wednesday, June 14, 2017

2+1





"Akak happy sangat tengok Asha sekarang. Kerja pun makin baik. Lepas ini, kalau ada projek, akak dah tak payah cari orang lain, boleh terus bagi Asha je."  Ayat panjang lebar dari Kak awal buat Asha terdiam. Rasa takut untuk menerima pujian tersebut. Terlalu awal untuk dia terima pujian dari seniornya yang sorang itu. 

"Banyak lagi yang saya kena belajar kak. Tapi okay lah, masa mula-mula dulu rasa bodoh, sekarang dah rasa macam tak bodoh sangat." Balas Asha sambil tersengih. 

Kak Nawal tergelak. "Merendah diri sangat." 

Sebetulnya, Asha langsung dia tak rasa bangga. Malah dia rasa takut. Takut kalau expectation orang tinggi sangat tetapi pencapaian kerjanya masih di tahap biasa-biasa lagi. Tapi dia tetap cuba menyelesaikan tugasan nya sehabis baik. 

Keupayaannya menguruskan persediaan sebelum program, masih lagi belum mencapai tahap Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Heh. Cuma apa yang dia boleh katakan, sepanjang bekerja di bawah kak Nawal, dia belajar banyak sangat selok-belok mengurukan persediaan program. Tapi kalau diberikan program lagi untu diuruskan, rasanya dia tak boleh terus terima. Dia ada cita-citanya sendiri. Dia terima kerja freelance ini pun sebab dia baru saja berhenti dari menjadi pembantu guru tadika. 

Hampir dua jam mereka meeting, update beberapa perkara sebelum berbincang untuk mengambil team baru bagi membantu urusan pada hari program nanti. "Akak ada contact beberapa orang volunteer yang nampak berminat nak bantu kita, nanti kalau dah confirm, akak text Asha ya." 

"Beres kak." 

Mereka sama-sama menikmati hidangan masing-masing. Sesekali Asha dan Kak Nawal bersembang kembali tentang cerita-cerita ketika mereka di fakulti yang sama. Sebenarnya, Asha sendiri rasa kagum dengan pencapaian kak Nawal. Walaupun kerja menguruskan projek ini bukan bidang sebenar kak Nawal tapi sebab tahap konfiden wanita itu tinggi dan sentiasa positif dengan setiap apa yang dia buat, membuatkan Asha rasa nak tabik spring berkali-kali. Power betul. Bekerja sendiri, tidak terikat dengan mana-mana pihak, gaji pula boleh tahan mahsyuk, siapa saja yang tak nak kan? Tapi dia mahu kah menjadi seperti kak Nawal? 

Entah lah. Dia ada cita-citanya sendiri. Buat masa ini, dia nak cuba bekerja apa -apa saja. Dia tak kisah kalau kawan-kawannya yang lain pandang lekeh pada dia. Apa yang dia tahu, dia gembira dengan pilihannya. 

"Oh ya. Dah habis program kita ni nanti, akan ada satu majlis lagi tau." Kak Nawal senyum tapi senyum itu dapat ditafsirkan dengan senyum malu-malu sedikit. Asha geleng tak faham snagat. Jangan kata nak bagi aku handle satu projek lagi. Program lagi dua bulan nak jadi ini pun, aku dah macam orang gila. 

"Akak jangan cakap saya kena handle projek lain..." Asha sengaja menayang muka nak menangis. Kak Nawal tergelak. 

"Apa salahnya, kalau akak bagi awak handle pun?"
"Bala." 
"Over!" Balas kak Nawal, sambil mengangkat kening, masih lagi mahu mengusik. 
"Kak Nawalllll, yang ini pun macam orang gila saya nak settlekan...." Dia bukan mengeluh atau tidak bersyukur, tapi dia tahu lah diri dia. Dia tahu lah tahap pencapaiannya macam mana. Kali ini kalau dia ditawarkan gaji yang lebih tinggi pun, dia akan tolak. Sungguh, dia bukan mencari kerja kerana gaji, tapi dia perlukan sesuatu yang dia nak buat sebab enjoy bukan terpaksa atau sebab gaji semata. Tapi bukanlah bermaksud bekerja dengan Kak Nawal ini, teruk sangat. Hmm, macam itu lah. 

"Takdek lah. Tapi akak nak jemput awak datang majlis tu sebagai tetamu." Asha, dari muka nak menangis, terus berubah. Senyum lebar. Dalam hati, Allah lega. Eh kejap. Majlis? Jadi tetamu. Hmm, macam boleh agak. Asha tersenyum senyum. "Kak Nawal nak kahwin?!" 

Sah! Kalau tuan punya badan dah tersenyum sipu, angguk malu-malu. "Congratulations akak! Happy untuk akak." 

"Nanti akak bagi kad, datang tau!" 
Asha angguk laju, tersengih. "Mesti datang." 
"Awak itu pulak bila?" 

Erk! 

"Bila tiba masanya?" 
"Mai-main." Jeling Kak Nawal. 


****


Alhamdulillah, Asha meraup wajahnya setelah memberikan salam. Mujur sempat solat maghrib di surau yang disediakan. Meeting, bersembang  punya pasal sampai terleka. Tahu-tahu maghrib dah nak hujung waktu. Dia menghadap cermin, membetulkan sikit shawlnya sebelum berlalu keluar. Dia menghampiri lif tetapi nampak pula kedai menjual minuman kegemarannya.

Dia menelan liur. Sudah lama juga, dia tak minum disitu. Mujur tiada orang, jadi tak perlu berbaris panjang dan menunggu lama. Dia terus memesan laju tanpa melihat menu yang tersedia. "Horlicks smoothies satu,  Lychee Sago tea smoothies satu." Setelah membuat pembayaran, tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Kau pergi order Lyche Sago tea tu buat apa? Itu favourite Irfan la! Gila betul aku ini. Apa benda la dia hari ini. Perkataan Irfan bagaikan berlegar-legar di dalam otaknya. Dia tepuk dahi dia berkali-kali sehingga juruwang tersebut memandang Asha pelik. "Cik, are you okay?"

Asha tersedar. "Hah?"

"Cik okay tak? Sakit kepala? Dari tadi cik tepuk-tepuk dahi." Wajah pemuda itu jelas nampak risau.

"Oh tak tak. Saya okay. Terima kasih. " Resit diambil dan dia mengambil tempat duduk di luar. Mukanya dah terasa panas. Mahu saja dia terus balik, tapi dia teringin nak minum minuman kegemaran dia. Apa saja la kau hari ini Asha. Sebab satu nama itu saja buat kau huru hara. Ini semua sebab Iman. Sibuk mengingatkan dia tentang kepulangan Irfan.

"Nah... nampak awak macam fikir benda serius..."

Asha terkejut. Lelaki yang mendukung si kecil yang ceria saja bermain permainan yang ada di tangan meletakkan dua bekas minuman yang diorder sebentar tadi diatas meja. Eh.

"Awak fikir apa? Sampai adik itu panggil pun awak tak dengar." Asha menoleh ke belakang, adik itu sudah melayan pelanggan yang lain. Resit di tangan Asha, diambil lalu diberikan kepada adik yang bertugas memberikan minuman. Dia kembali semula lalu duduk dihadapan wanita yang masih nampak terpinga-pinga. Langsung dia tak meminta izin. Dia harap wanita itu tak kisah.

"Terima kasih." Ucap Asha perlahan. Bagi menutupi rasa yang entah apa-apa, dia memberikan senyuman kepada lelaki dihadapan. Senyuman pun tawar saja rasanya.Tapi melihat si kecil yang berambut panjang keperanga-perangan sikit sehingga ke bahu, yang masih leka dengan permainan di tangan itu buatkan Asha terhibur. "Siapa nama anak awak?"

"Nadrah."







No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you