Tuesday, June 13, 2017

2+1





Asha menutup pintu bilik perlahan-lahan sebelum mengunci  pintu tersebut. Laptop yang dipeluk dari tadi, di letak atas meja kerjanya. Dia menuju ke katil yang cuma tiga langkah dari meja kerjanya. Dia bersila di hujung katil bersaiz queen, bercadar putih bersih. Matanya memandang tepat ke depan. Cermin besar memantulkan wajahnya yang tidak ceria. Dia sengaja menolak rambutnya ke belakang perlahan-lahan sambil mengeluh perlahan. 

Irfan.Balik.Bulan.Depan. 
Irfan.Balik.Bulan.Depan.

Berkali-kali dia ulang ayat yang sama. 

Patut tak aku tempah tiket pergi mana-mana saja? Supaya aku tak payah jumpa Irfan? Dah tu sampai bila nak mengelak dari jumpa Irfan? Lagi satu, tak kan nak cari pasal dengan bos? Program tak selesai lagi, aku dah nak fly entah pergi mana. Haih. Jangan buat kerja gila Asha. Profesional sikit boleh tak? 

Dari bersila, Asha menelentang kan tubuhnya di atas katil. Sebelah tangannya automatik diatas dahi. Terkebil-kebil matanya melihat kipas siling berpusing ligat. Dua bulan lepas, selepas Irfan berkahwin dengan isterinya, mereka terus berangkat ke Dubai. Irfan ada kursus di Dubai. Waktu itu sepatutnya, dia, Iman dan keluarga yang lain menghantar Irfan dan isterinya di lapangan terbang tapi dia cepat saja mengatakan projek amal di Perlis masih belum selesai dan dia memang tak dapat balik semata-mata untuk menghantar Irfan. 

Tapi yang betulnya, projek amal itu sudah selesai seminggu awal. Tiada siapa yang tahu, sebab itu semua orang percaya. Kali ini nak bagi alasan yang sama? Memang tak percayalah diorang. Irfan balik bulan depan sedangkan program bicara buku itu lagi dua bulan. 

"Arghhhhh!" Jerit Asha melepaskan sesak di dada. Semak pula dia rasa bila Iman timbulkan isu Irfan nak balik ni. Tiba tak tiba matanya basah. Come on la  Asha. Benda kecil pun tak boleh nak uruskan sendiri. Dia kesat matanya dengan belakang tangan. 

Iphone diatas meja kerjanya berbunyi kuat. Asha segera bangun untuk mendapatkan Iphonennya .

"Helo?"

Asha menggunam perlahan setelah mendengar butir bicara dari Kak Nawal, merupakan bos merangkap seniornya di fakulti. "Dekat Nexus Bangsar pun boleh."

"Okay jumpa dekat sana. Sejam lagi." Asha matikan telefon. Bergegas dia menuju ke bilik air. Setengah jam kemudian, Asha sudah selesai solat Asar dan mengenakan jubah hitam dan bershawl biru bermotifkan mawar putih. 

Iphone di atas katil dicapai sekali lalu sebelum masukkan kedalam sling bag berwarna peach. Dia memerhatikan dirinya dari atas sehingga bawah. Boleh la eh. Nak jumpa kak Nawal saja pun. Dia bergerak ke pintu bilik namun sekejap dia patah semula ke meja kerja untuk mengambil file berwarna hitam. Tak dek file ini, nak goreng apa depan kak Nawal nanti? Heh. 

***

Sewaktu dia keluar tadi, tidak nampak pulak kelibat Iman diruang tamu. Agaknya sudah terperuk didalam bilik. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Iman. 

'Aku ada meeting dengan kak Nawal. Kalau nak pesan dinner, boleh la.' 

Iphone diletak kan di car holder. Preve kelabu segera keluar dari garaj dan menuju ke jalan besar. Hampir setengah jam dia memandu,  sampai juga di Bangsar Nexus. Sebelum dia keluar dari keretanya, Iphonnenya berbunyi pendek. Tanda ada satu pesanan ringkas yang baru saja masuk. Dia tak terus membaca, sebaliknya berjalan pantas menuju ke lobby. Sebaik pintu lif terbuka, dia meloloskan dirinya kedalam lif tersebut. Di buka mesej yang diterima dari Iman tadi. 

'Boleh la.  Beli je apa-apa je yang kau rasa sedap.' 

Sebaik saja, dia membaca mesej Iman, Asha menepuk dahi. Perangai la si Iman ini. Suka betul pesan 'apa-apa'. 

Ting! 

' Menu 'apa-apa' takdek la Iman. Order makanan betul-betul sikit boleh?' Mesej di hantar sebelum dia keluar tergesa-gesa dari lif,  tak toleh kiri dan kanan. Tahu-tahu saja, ada sikecil yang sudah terseungkur didepannya tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

Ah sudah! Anak siapa pulak yang aku langgar ini. Mati la Asha. Mati la. Itu la, jangan main telefon kalau tengah berjalan. Dia segera bertinggung sebelum mendirikan si kecil yang bergaun putih. Riak si kecil yang berusi dua tahun itu sudah mahu menangis.Asha garu kepala. Allah tak kan nak tengok saja budak kecil ni nak menangis? Si kecil itu pandang dia sekejap, sebelum memandang ke lututnya. Berkali-kali si kecil itu menepuk-nepuk lutut sendiri. Aduh Asha kalau dengan budak kecil memang awal-awal lagi dah gagal. 

"Nadrah..."  Panggil seseorang. 

Asha segera mendukung si kecil sebelum menoleh kebelakang. "Sorry encik, saya tak sengaja." 
Walaupun bukan salah dia sepenuhnya, tapi megingatkan dia bermain telefon tanpa melihat kiri kanan, dia tetap ada rasa serba salah juga. Namun, hatinya sedikit lega apabila lelaki yang sudahpun berdiri hampir dengannya, geleng kepala. Senyum nipis terbias dibibir  lelaki tersebut. 

"Takpe. Bukan salah awak pun. Saya yang biarkan dia berlari-lari kat sini tadi. Tahu-tahu dah jauh."

Asha segera menyerahkan Nadrah kepada lelaki yang ringkas berjeans biru dan bertshirt hitam. 

Lelaki itu membawa Nadrah kedalam pelukan. Di usap belakang badan Nadrah perlahan. Terdengar nadrah mengadu manja. "Syaket la babah. Syaket." 

"Mana, sini babah tengok." Matanya dijatuhkan ke lutut Nadrah. Tiada luka apa pun, cuma mungkin pedih kerana terjatuh. Diusap lutut Nadrah perlahan-lahan. Asha yang masih berdiri itu hanya sempat merakam beberapa saat momen-momen yang dia kira sangat comel itu, sebelum telefonnya berbunyi. 

'Kak Nawal..."

"Allah...aku ada meeting.." Dia segera berjalan laju menuju ke restoran tanpa sempat meminta diri dari lelaki tersebut. Macam mana dia boleh ralit melihat dua beranak itu? Aduh, Asha apabenda kau nih? Serabut betul. 

"err..." Lelaki tersebut mengeluh kecil. Dia belum sempat berterima kasih kepada wanita yang langkahnya laju saja menuju ke restoran paparich tersebut. Nampak kelam kabut betul wanita itu dengan telefon dan file di kedua-dua belah tangan. Nadrah  yang tadi merengek sudahpun kembali ceria. Mulutnya kembali berceloteh dengan bahasa yang kadang-kadang dia  sendiri susah nak faham. 

"Lain kali jangan lari-lari, ok?" Dicuit hidung Nadrah, sebelum mengeletek Nadrah manja.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...