Tuesday, June 13, 2017

2+1




"Tak kelakar la iklan tisu ini. Aku ingat ending dia sedih, aku dah sedia tisu tau."  Asha toleh kekirinya dengan dahi yang berkerut. Iman yang bersandar di sofa disebelahnya, masih lagi dengan muka bengang. Asha geleng kepala seraya tersenyum kecil melihat kotak tisu sememangnya ada di atas meja kopi didepan mereka. Kemudian, dia menatap kembali ke skrin laptop di atas riba.

"Kau dah kenapa? Sedia tisu bagai? Ingat semua iklan kena  menangis ke apa?"

"Takdeklah, intro dia je dah sedih"  Ulas Iman pendek sambil mencebik. Asha mendengar saja, malas mahu menambah. Dia masih khusyuk dengan kerjanya. Dari tadi, dia sibuk mendaftarkan penyertaan peserta-peserta secara manual  untuk program bicara buku yang bakal diadakan lagi dua bulan. Kemain rancak program bos merangkap seniornya ini apabila mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

"Apa yang buatkan kau rasa iklan ini nak jadi sedih? Tak kan sebab intro saja?"
"Malas jawab. Nanti kena 'proses' dengan kau. Buat sakit otak je." Iman menjeling kearah Asha sebelum bangun menuju ke dapur.

Asha sengih. Iman bukan tak tahu, masa degree dulu Asha pernah ambik beberapa subjek asas untuk kaunseling dan psikologi, sedikit sebanyak, kalau dia dah tanya macam gitu, memang buat otak dia sakit je lah. Cari pasal nak kena proses namanya. Baik tak payah layan soalan Asha lebih-lebih.

Iman kembali ke ruang rehat dengan dua mug putih. "Nah."
Asha menyambut mug yang dihulur oleh Iman dengan sebuah senyuman lebar. "Kau memang kawan dunia akhirat aku tau Iman."

"Aku tak makan puji tau."
"Tahu. Sebab kau tahu makan nasi dengan ayam goreng je kan?"

Iman mendengus apabila tersedar dia diperli oleh Asha.

"Bak balik la nescafe tu... kerja nak perli aku je."
"Buruk siku lah!" Asha minum lagi nescafe suam. Iman yang mula terasa bosan dengan tayangan di televisyen. Di tekan punat merah pada remote controller, skrin televiyen gelap serta merta. Dia menoleh ke kanannya. Asha berkerut dahi. "Apasal tutup tv?"

"Dari tadi aku tengok kau hadap laptop, tak settle lagi ke kerja kau?" 
Tanpa memandang Iman, Asha menjawab perlahan. "Selagi program itu tak selesai, selagi itu lah kerja aku tak kan habis."

"Kata kerja freelance tapi dah macam apa je aku tengok..."
"Tahu takpe. Kau ingat kerja freelance, goyang kaki? Silap besar la kalau kau rasa macam itu." 
Iman menjuihkan bibirnya sebelum melelapkan matannya. Setengah jam kemudian, Iman bersuara tapi berhati-hati.

"Asha."
"Apa?"
"Irfan nak balik kan minggu depan?"

Mendengar saja nama Irfan, Asha terus rasa tidak keruan .Jari jemarinya yang tadi rancak menaip sesuatu kaku seketika. Dia menghela nafas perlahan. Cuba bertenang. Mengharap dia tidak lagi terkesan dengan nama tersebut tapi ternyata harapannya tinggal harapan. Nama Irfan sudah bermain-main semula difikirannya setelah lama tidak bertandang. Ya. Dia masih lagi terganggu dengan nama tersebut. Kalau ikutkan hati, dia malas mahu mengiyakan soalan Iman tapi kalau tak dijawab nanti Iman pelik pula.

"Hmm.. iya la kot." Tidak berminat untuk bercerita lebih. Dia harap Iman tak bertanya lanjut. Iman mengangkat kening. Bukan dia tak perasan riak muka Asha sedikit berubah gadis itu nampak terganggu apabila nama Irfan disebutnya sebentar tadi.

"Kau macam tak berminat je..."
Laptop diatas riba, Asha angkat lalu di letakkan di atas meja kopi dihadapan kakinya. Kemudian, dia bersila sambil menghadap Iman. Dia mengangkat keningnya, memeluk tubuh. "Kau nak aku buat apa kalau Irfan balik?"

Iman terdiam.  Mereka merenung antara satu sama lain. Nampaknya, Asha memang terganggu betul dengan topik Irfan ini. Dia senyum nipis apabila melihat Asha meraup wajahnyatiba-tiba. Rasa serba salah pula menimbulkan topik si Irfan ini. "Sorry Asha. Aku just curious nak tahu, kenapa kau dengan Irfan lain macam betul sejak..."

Asha mengeluh kecil. Rasa tidak sedap apabila tak semena-mena dia meninggi kan suaranya kepada Iman. Kedua-dua belah tangannya digosok perlahan sebelum disapukan ke muka. Entah kenapa dia buat macam itu pun dia tak tahu. Mungkin kalau buat macam itu, dia rasa tenang sikit. Kot? "Tak payah la nak sorry. Aku je yang sensitif tah apa-apa tah. Tak dek benda pun yang jadi antara aku dengan Irfan. Cuma, sejak dia berkahwin, aku memang kalau boleh tak nak rapat macam dulu..."

"Asha, kau pernah..."

Belum pun Iman menghabiskan ayatnya, Asha bingkas bangun. Dia mencapai laptop diatas meja dan dia berdiri di tepi sofa sambil berpaling mencari wajah Iman yang masih bersandar si sofa. "Aku nak naik atas la Iman. Bateri laptop aku nampak nazak betul ini." 

"Ahhhh Okay." Balas Iman ringkas. nampak sangat bagi alasan nak melarikan diri. Dia tahu ada sesuatu yang tak selesai antara Asha dan Irfan. Dia membiarkan saja matanya menyoroti langkah Asha yang sudah sampai ke kaki tangga. Beberapa saat langkah Asha di lihat berhenti sebelum memijak anak tangga pertama. 

"Untuk soalan kau tadi itu Iman, betul la macam aku cakap sebelum ini. Dia dah berkahwin, jadi tak elok kalau aku masih rapat dengan dia macam selalu... Hmm Ya tak elok Iman. Jadi, ada baiknya aku ambil langkah berhati-hati."

"Dengan jauhkan diri daripada dia terus ?" Tembak Iman terus. Asha dipandang dengan pandangan redup. 






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...