Posts

Showing posts from June, 2017

Review : Akhawat Pakai Hoodies, Inche Gabbana

Image
Tajuk: Akhawat Pakai Hoodies  Penulis: Inche Gabbana  Penerbit: Penerbitan Wahai M/s: 320 
"Kerana akhirnya Akhawat itu seorang perempuan juga!"


First time aku tengok buku ni aku terus cakap "Cool gileh cover dia" Haha. Cool apa, perempuan pakai hoodies? Ke tak? Okay okay kalau tak, takpe je. Tak yah buat muka.Tapi bagi aku cover dia yang simple tapi lek lek ini la yang buat kan aku teruja nak beli dan nak tahu isi dalam dia. Belek sikit sikit, aku tengok macam oh, ni pasal perempuan. so aku rembat yang ni je ah masa pbakl2017 hari itu, walaupun sistor yang jaga booth Penerbitan Wahai itu cakap,

2+1

Image
"Akak happy sangat tengok Asha sekarang. Kerja pun makin baik. Lepas ini, kalau ada projek, akak dah tak payah cari orang lain, boleh terus bagi Asha je."  Ayat panjang lebar dari Kak awal buat Asha terdiam. Rasa takut untuk menerima pujian tersebut. Terlalu awal untuk dia terima pujian dari seniornya yang sorang itu. 
"Banyak lagi yang saya kena belajar kak. Tapi okay lah, masa mula-mula dulu rasa bodoh, sekarang dah rasa macam tak bodoh sangat." Balas Asha sambil tersengih. 
Kak Nawal tergelak. "Merendah diri sangat." 
Sebetulnya, Asha langsung dia tak rasa bangga. Malah dia rasa takut. Takut kalau expectation orang tinggi sangat tetapi pencapaian kerjanya masih di tahap biasa-biasa lagi. Tapi dia tetap cuba menyelesaikan tugasan nya sehabis baik. 
Keupayaannya menguruskan persediaan sebelum program, masih lagi belum mencapai tahap Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Heh. Cuma apa yang dia boleh katakan, sepanjang bekerja di bawah kak Nawal, dia belajar …

2+1

Image
Asha menutup pintu bilik perlahan-lahan sebelum mengunci  pintu tersebut. Laptop yang dipeluk dari tadi, di letak atas meja kerjanya. Dia menuju ke katil yang cuma tiga langkah dari meja kerjanya. Dia bersila di hujung katil bersaiz queen, bercadar putih bersih. Matanya memandang tepat ke depan. Cermin besar memantulkan wajahnya yang tidak ceria. Dia sengaja menolak rambutnya ke belakang perlahan-lahan sambil mengeluh perlahan. 
Irfan.Balik.Bulan.Depan.  Irfan.Balik.Bulan.Depan.
Berkali-kali dia ulang ayat yang sama. 
Patut tak aku tempah tiket pergi mana-mana saja? Supaya aku tak payah jumpa Irfan? Dah tu sampai bila nak mengelak dari jumpa Irfan? Lagi satu, tak kan nak cari pasal dengan bos? Program tak selesai lagi, aku dah nak fly entah pergi mana. Haih. Jangan buat kerja gila Asha. Profesional sikit boleh tak? 
Dari bersila, Asha menelentang kan tubuhnya di atas katil. Sebelah tangannya automatik diatas dahi. Terkebil-kebil matanya melihat kipas siling berpusing ligat. Dua bulan…

2+1

Image
pinterest

"Tak kelakar la iklan tisu ini. Aku ingat ending dia sedih, aku dah sedia tisu tau."  Asha toleh kekirinya dengan dahi yang berkerut. Iman yang bersandar di sofa disebelahnya, masih lagi dengan muka bengang. Asha geleng kepala seraya tersenyum kecil melihat kotak tisu sememangnya ada di atas meja kopi didepan mereka. Kemudian, dia menatap kembali ke skrin laptop di atas riba.
"Kau dah kenapa? Sedia tisu bagai? Ingat semua iklan kena  menangis ke apa?"
"Takdeklah, intro dia je dah sedih"  Ulas Iman pendek sambil mencebik. Asha mendengar saja, malas mahu menambah. Dia masih khusyuk dengan kerjanya. Dari tadi, dia sibuk mendaftarkan penyertaan peserta-peserta secara manual  untuk program bicara buku yang bakal diadakan lagi dua bulan. Kemain rancak program bos merangkap seniornya ini apabila mendapat sambutan dari pelbagai pihak.
"Apa yang buatkan kau rasa iklan ini nak jadi sedih? Tak kan sebab intro saja?" "Malas jawab. Nanti kena…

member aku nak bertunang, aku chill je dulu

Image
mana satu F? Haha

tengah malam semalam, aku dengan member aku, F ada balas balas whats app. Dah lama juga since aku sibuk dgn freelance job hari itu, dia sibuk dekat court. Kami duk sibuk bincang nak buat trip pergi Bromo, tapi tiket mahal gak. Macam tak berbaloi sangat kalau nak pi pun. Cadangan lain, pergi Jogja. Since aku dah pergi Jogja tahun lepas, dia takut la aku tak nak join. Aku kata aku insyaAllah boleh nak join kalau tempat yang dia orang nak lajak tu bukan tempat yang aku pernah pergi. Jogja berlambak kot attraction dia kan. so aku harap, dia plan untuk pergi tempat-tempat yng aku tak pi lagi la. haha

dalam duk sibuk bincang sana sini, tiba-tiba dia balas whats app aku

'habes time hujung ogos itu hang tak boleh?' 

'tak boleh. aku ada family trip, kalau tarikh itu kita pi jugak berapa lama ja kita dpt spent time dekat jogja?'

'dak-dak ni bukan pasal trip. ni pasal aku aku bertunang.'

dia hantar whatsapp itu tengah malam, sahur esok tu baru aku baca ba…

Review: Fir & Anne, Rodier

Image
Tajuk: Fir & Anne  Penulis: Rodier Penerbitan: Jemari Seni  Muka surat: 570  ISBN: 9789670851846
*Spoiler* 
'Hati itu misteri yang tak terungkap, menyukai tanpa sebab, membenci tanpa alasan'




Sinopsis:


Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangkaan itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, 'seseorang itu' akan terkesima.
Sampai teringat-ingat...
"Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?"


Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an 'e' itu.

"Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?"

Review Novel : Hanya Itu Pintaku, Farisya Natasha

Image
Tajuk : Hanya Itu Pintaku   Penulis : Farisya Natasha  Penerbitan : Penulisan2u  Muka surat : 470  ISBN : 978- 967- 2102- 14- 4
" Pandang lah aku walau sesaat"



Sinopsis:
Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu  bersama perempuan lain, rupa-rupaya ini yang dia terima setelah kesetiaanya di pertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. 
"Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu." - Benjamin 
"Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?" - Aulia 
"Exactly, He lost his memory for an entire ten years before the accident . Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There's no you in his memory. You do not exist anyone" - Benjamin 
Aulis pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali tetapi Eiman yang menol…