Sunday, May 21, 2017

Review Novel : Dewi, Part 2





"A woman is like teabag. You'll never know how strong it is untill it's in hot water
- Eleanor Roosevelt."


Aku ambik masa 3 ke 4 hari untuk selesaikan Dewi. Bukan sebab Dewi tak best tapi dlm Dewi ada 7 cerita dari penulis yang berbeza( so aku perlu hadamkan satu persatu, supaya boleh buat review utk satu, satu cerita. Dewi, part1 boleh baca dekat SINI  :)

Tapi yang pastinya, kesemua cerita dalam Dewi memang awesome gilaaaa! Sumpah tak tipu! Setiap kali baca cerita baru, perasaan teruja tu memang datng dengan sendiri. Setiap kali baca, mesti rasa nak tahu apa akan jadi nanti? Kenapa cerita macam ni , macam mana penulis boleh terfikir nak tulis jalan cerita macam ini? Sehingga ke ending! Nice weh!




Cepu Kayu Buat Latifah Fatihah Pauzihal

Apa itu Cepu? Okay boleh dapatkan Dewi di kedai berdekatan. lol.  Okay mula-mula aku baca tajuk pun aku pun tak tahu, sebab itu kita kena mmebaca ya. Haha. Aku boleh cakap, cerita yang digarap oleh kak Fatihah Pauzihal ini ada lain sedikit dari segi latar masa. Cerita ini buatkan kita kena bayangkan zaman mak-mak kita. (ya la kot) zaman hidup yang memerlukan banyak pengorbanan. Zaman hidup makan seadanya, kais pagi makan pagi, hidup dalam serba sederhana, zaman bantu mak ayah jemur ikan masin, angkat ikan dari bot nelayan. Cerita yang membuatkan aku membandingkan life anak prempuan zaman dulu dan zaman sekarang. Terlalu banyak beza. Huhu. Selebihnya, cerita kak fatihah ini buat kita fikir, apa pun yang kita rancang dan rasa perkara itu sesuai untuk kita, kita tak kan pernah tahu sebenarnya yang lebih berhak menentukan,rancangan dari Tuhan. 


Cukuplah Sekali, Dillah, Noor Suraya.

Aku selesai baca cerita Dillah dan tanya dengan diri sendiri, macam mana kak Su boleh terfikir nak jadikan ending dia macam itu? Haha. Kisah Dillah ini, sebenarnya 50-50 cliche. cuma part ending tu memang da bomb, langsung tak sangka. Kisah Dillah ini lebih kepada mengetengahkan watak perempuan yang suka berpegang pada janji untuk setia, tapi dia sendiri tak tahu atas sebab apa perlu setia. Setia yang membuang masa dia. Cerita ini cuba bagi tahu yang, kau rancang nak akhiri hubungan kau dengan si A, tapi sebenarnya jodoh kau dengan B tapi cuma sementara untuk dibuat pengajaran lalu jodoh sebenar kau adalah orang yang langsung kau tak sangka. Haha.  Aku suka cara kak su endingkan cerita ni plus, kak su punya ayat sangat smooth sampai aku tak sedar nak habis dah baca. heh. 


Jika Kutulis di Sini, Aylanins 

Untuk  yang suka travel macam aku, kisah Aylanins ini memang 'kena' dengan soul aku. Haha. Bukan sebab main character dia yang struggle jadi cikgu dekat pedalaman ja aku suka tapi sebab ada part Jogjakarta! The best place ever kot. August hari itu aku baru kesana, dan apa lagi setiap perincian yang ada dalam cerita ini aku dapat bayangkan dengan penuh keseronokkan dan bangga. Lol. Tapi kaki travel tak semestinya boleh layan dengan sama kepala, ( tapi aku memang berharap partner aku pun kaki travel gak. baru boleh tadabbur alam sesama. haha) =P  Ending trip trans-Siberian memang sesuai and sweet nyah! 💓

dan cerita terakhir sekali

Kulit, Kamalia

untuk cerita pendek aku rasa aku dapat terima kelainan cerita kulit ini. kalau diingat balik, cerita ini memang lain daripada yang lain, bukan pasal cinta tapi pasal putih itu cantik dan diiktiraf dan semua orang nak cantik, putih untuk diterima ramai. Macam zaman sekarang, definisi cantik? Mesti PUTIH. Pfft. Penjualan Kopi yang mahal boleh buat orang jadi putih dan kalau minum lebih boleh jadi halusinasi dan bunuh diri, lain weh! Zaman sekarang, pakai krim, minum product A boleh terus putih. Kerja gila gais, tak fikir ke kesan kemudian hari? Hewhew Sedikit sebanyak, bila baca kulit ini aku teringat Divergent. Haha. Tak tahu kenapa aku boleh teringat. Maybe sebab dalam cerita Kulit ada pembahagian manusia mengikut warna kulit. Apa apa pun cerita ini best! Aku boleh hadam. haha. 


Ketujuh2 cerita ni ada keunikan masing-masing tapi kesemunya menambat hati aku untuk terus stay dan baca, sampai selesai.  Korang yang belum ada, dan rasa ragu ragu nak beli ke tak, aku nasihatkan beli la naskhah Dewi, tak rugi. pergi beli dan hadamkan! Confirm tak rugi! 🌸 Thanks for reading gais. Jumpa nanti lagi ok? 


p/s : sejujurnya naskhah Dewi memperkenalkan aku dengan penulis JS yang baru. (aku la yang baru tahu dan kenal, ehe. ) sebab sebelum ini aku tak pernah baca lagi karya-karya penulis diatas. Mungkin lepas ini, aku dah boleh shopping online untuk novel diorang.hahaha. Kenapa tulis cerita best best sangat?  Wuuuu 

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you