Tuesday, May 16, 2017

Review Novel : Dewi, Part 1




Selepas dua hari, aku kembali membuat review. Satu pencapaian yang membanggakan untuk seorang kaki buku dan kaki review. Haha. Sebelum aku buat review lebih berjela. Aku nak bagi tahu yang review untuk Dewi akan ada dua part. 

Ok. Dewi ini menghimpunkan 7 cerita yang ditulis oleh 7 orang penulis perempuan Jemari Seni yang mana mereka sudah menghasilkan tiga buah  karya dengan JS dan juga Adiwarna.
Part 1, aku selesai membaca cerita yang ditulis oleh Rodier, Ika madera dan juga Ijazati Habib. Aku terpaksa baca separuh-separuh dulu, dan buat review separuh separuh. Kalau baca semua, makan masa dan nanti aku dah terlupa nak review apa benda. (haha)






Assalamualaikum Amna, Rodier. 

"berdebar pulak rasa, kalau tak menepati citarasa pm je lah ye." 

Haha. Okay Kak Rodier dah boleh tarik nafas lega bila baca review saya ini. Saya rasa 'Assalamualaikum Amna' sebagai pendahuluan cerita dalam Dewi  menjadi faktor untuk saya nak teruskan bacaanlagi. (bergantung kepada pembaca) Saya perasan watak  Asyraf dalam Ash tapi saya tak pentingkan pun sebab dia sejenis yang entahpape. Haha. Saya tak suka mamat yang tak dek pendirian.

Tapi dalam Assalamualaikum Amna, ini saya pulak yang macam haih, apa ni Asyraf. Dah behave dah ada prinsip sendiri dan tambah markah bab luahkan rasa hati , direct dekat Amna. Sweet secara wasatiyah betul Asyraf ni. Lol. Manusia memang boleh berubah, nak dengan tak nak je. Asyraf perlukan peluang kedua atau ketiga? Amna pula terjatuh cinta tanpa sedar, dikurniakan rasa sayang yang dia tak pernah rasa. Betul. Cinta dan sayang bukan suatu yang boleh dipaksa-paksa. 

Saya tak mahu jadi spoiler. Haha. Tapi bila part di 'hospital' Masa itu, perasaan saya macam nak menangis tapi dalam masa relax-relax. Kenapa kak Rodier buat cerita macam ni, sedih tahu? Perasaan sedang bahagia, tapi tiba-tiba ada ujian yang kita langsung tak bersedia nak hadapi? Tuhan saja yang tahu. Saya rasa kasihan pada Asyraf tapi dalam masa yang sama saya lagi kasihan atau simpati pada Amna. Pengorbanan dan ketabahan Amna dan Asyraf 💪👍

Saya suka Amna. Karakter Amna lebih kurang saya. lol (jangan muntah please 😆) 
Keseluruhannya, saya 💓 Assalamualaikum Amna. Tahniah akak! Next novel.  


Bloomsbury, Ika Madera

'Take all the time you need'

Terima  kasih sebab memahami saya yang memerlukan masa untuk baca dan review, kak ika. I love you 😝 ahaks. Nak compare Jet Jonah, Dapur Wawa dan Semusim di Divvone  dengan Bloomsbury sangat tak patut. Tapi saya cuma nak jujur dengan akak, yang saya suka gila-gila  Bloomsbury. I love Nadine too. Mark? Si lalat tu kita cerita kemudian. haha

Saya baca cerita Nadine, macam puzzle kak, Setiap watak ada peranan yang kuat dan saling melengkapi. Saya fikir akak cuma nak ketengahkan watak seorang perempuan yang mahu berdikari, cuba hidup di luar comfort zone sebagai bukti. Hanya itu, Tapi bila masuk part Jane dan Yaseen, saya tahu cerita Nadine lebih dari seorang perempuan yang mahu berdikari dan berada di luar dari zon selesa. 

Cerita ini walaupun pendek, (tak cukup kak tak cukup) terlalu banyak pengajaran. Jane dan hubungannya. Nadine dan kenangan bersama Yaseen. Sejarah antara H dan Mark, si lalat tu kemain pandai baca mata Nadine. Padahal dah tahu jalan , lagi mau tanya nadine. 

Tak nak jadi spoiler. Haha Cuma nak cakap saya suka watak Nadine! yang periang, suka buku, kerja dekat kedai buku H. Dari seorang yang nak cari 'something', dia boleh dijadikan sumber inspirasi sebab kedatangan dia ke London, bagaikan memberi harapan kepada  orang lain berhijrah. Dia seorang yang baik, susah macam mana pun dia nak deal dengan Jane, dia tetap jumpa Jane dan bagi Jane harapan untuk berubah. #friendshipgoals 

oh ya, dari saya langsung tak bercita-cita nak travel ke London. sekarang saya dah pasang niat untuk kesana. Haih. Congrats kak Ika. Next novel please :p 


Semerah Daun Maple, Ijazati Habib


Dalam Semerah Daun Maple ini, saya suka dengan keakraban hani dan ariana. bestfriend forever. Daripada dalam Jodoh Sambal Hitam itu lagi, persahabatan diorang tu memang first class. haha gila-gila. Dalam Jodoh Sambal Hitam, cerita tentang Zach dan Ariana. So, Semerah Daun Maple ini turn hani. 

Hani ini dia kurang bernasib baik apabila berkenalan dengan Thoriq. boleh thoriq balik Malaysia dan beritahu nak kahwin dengan orang lain? dengan alasan Terpaksa? Come on la, ingat Hani slow macam dulu ke? Haha Yang bagusnya Hani ini di terjemahkan sebagai seorang perempuan yang cool, Tak frust menonggeng sangat, walaupun dia pergi call Ariana tengah malam,gelabah mak buyung tu. haha. 

Pertemuan Hani dan Han Dong Sun bagi saya sweet dengan cara mereka. Macam dalam cerita Korea. Tak perlu ayat-ayat manis bergula sampai kena diabetes pun dah sweet. Cuma part Han tak kenal Hani selepas beberapa tahun itu yang macam sedih sikit. Kasihan Hani. 

Tak nak jadi spoiler juga. Haha

Keseluruhannya, saya suka bila Han dan Hani berjumpa semula di Malaysia dengan kejadian yang tak disangka-sangka. Part yang passport hilang itu pun bagus juga, atleast  bagi info secara santai pada pembaca yang selalu travel tapi bila passport hilang, tak tahu  nak buat apa.  

Tahniah kak pija. Novel seterusnya ya kak ? 😋


*****

11.04 pm
16 Mei 2017


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Izinkan Kupergi (Damya Hanna)

Review: 2004, tahun permulaan aku berjinak-jinak dengan hobi, membaca. Thank you penerbitan alaf21 kerana telah menerbitkan novel...