Tuesday, May 30, 2017

Adaptasi Hero Seorang Cinderella





 "Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99% pilih untuk percaya"
- Nura Medina 

"In the situation of 99% of distrust, I am your 0.1 %  that will trust you. Always." 
- Tengku Ian Uzzam 



Tbh, aku  jarang sangat 'melayan' drama adaptasi ini, disebabkan first experience aku layan drama adaptasi dari novel favourite aku agak mengecewakan kan, so bermula dari situ, aku rasa macam, aku tak boleh layan. even orang ajak bagai nak rak pun, aku cam boo layan. heh

Sebab, aku ada expectation sendiri.

bila aku dah baca sesebuah novel itu, aku  dah imagine siapa yang pegang watak-watak dalam novel itu, dan personally, aku tak berapa suka kalau plot cerita sebenar dalam novel di ubah terlalu banyak bila dah jadi drama. so yah. aku tak layan kebanyakkan adaptasi. sebab aku setuju dengan kata-kata mak matluthfi

" imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal" -  (238, Catatan Matluhtfi)

tapi Hero Seorang Cinderella ini aku rasa lain sikit, so far setakat 4 episod yang aku layan ini buatkan aku rasa macam tak boleh tinggal, plus watak Nura Medina yang dilakonkan oleh Miss Fazura  ni bagi aku  sangat 'kuat', unik, emosi turun naik, dan mampu memberi kesan kepada penonton.

tapi kalau nak buat kesimpulan untuk keseluruhan adaptasi ini , memang kena tunggu episod -espiod seterusnya lah.

Buat masa sekarang, HSC dah mendapat tempat di hati, gituhh. hahha. so kita tenggu je lah sampai ending.



pandangan part 1 ,

Athirah Amri
30 Mei 2017


Monday, May 29, 2017

Cara membuat review/ulasan buku #part 1





credit : pinterest

Di temani Alan Walker dengan lagu Alone, aku terasa nak share something. Itu  pun sebab dua hari lepas, ada seorang adik ini , dia DM aku dekat instagram. Soalan dia berbunyi macam ni eh :


" Macam mana nak buat buat review?
 Ada tips tak untuk buat ulasan buku atau novel?"


Aku just nak bagitahu awal-awal, aku bukan orang yang 'ahlinya' nak berikan tips atau apa-apa yang formal kata kalau kau tulis begini dan begitu itu  baru review atau ulasan yang betul tepat dan tak dapat disangkal lagi.

Friday, May 26, 2017

Review Dia, A, Ednin


Cinta pertama itu beracun, melumpuhkan sehingga tak mampu dia berdiri tanpanya





Sinopsis: 

Sepuluh tahun dahulu, Farhan jatuh suka pada Abiir. Apabila rasa hatinya ditolak, dia pergi membawa diri. Book's Cottage menemukan mereka kembali. Dan di situlah Abir berdiri tekun melayan pelanggan. Nampak makin manis. Nampak makin matang. Selepas sepulh tahun...

Namun, Abiir yang sekarang ini bukan seperti Abiir yang Farhan kenal dulu. Hilang sudah Abiir yang sentiasa senyum, ceria dan aktif. Puas sudah dia bertanya, namun tak pernah dia mendapat jawapan. Abiir seperti sedang bersembunyi dan hidup dalam dunianya sendiri. 

"I mungkin sedang hidup, Farhan, tapi sejujurnya I tak pernah rasa hidup'

Sunday, May 21, 2017

Review Novel : Dewi, Part 2





"A woman is like teabag. You'll never know how strong it is untill it's in hot water
- Eleanor Roosevelt."


Aku ambik masa 3 ke 4 hari untuk selesaikan Dewi. Bukan sebab Dewi tak best tapi dlm Dewi ada 7 cerita dari penulis yang berbeza( so aku perlu hadamkan satu persatu, supaya boleh buat review utk satu, satu cerita. Dewi, part1 boleh baca dekat SINI  :)

Tapi yang pastinya, kesemua cerita dalam Dewi memang awesome gilaaaa! Sumpah tak tipu! Setiap kali baca cerita baru, perasaan teruja tu memang datng dengan sendiri. Setiap kali baca, mesti rasa nak tahu apa akan jadi nanti? Kenapa cerita macam ni , macam mana penulis boleh terfikir nak tulis jalan cerita macam ini? Sehingga ke ending! Nice weh!

Tuesday, May 16, 2017

Review Novel : Dewi, Part 1




Selepas dua hari, aku kembali membuat review. Satu pencapaian yang membanggakan untuk seorang kaki buku dan kaki review. Haha. Sebelum aku buat review lebih berjela. Aku nak bagi tahu yang review untuk Dewi akan ada dua part. 

Ok. Dewi ini menghimpunkan 7 cerita yang ditulis oleh 7 orang penulis perempuan Jemari Seni yang mana mereka sudah menghasilkan tiga buah  karya dengan JS dan juga Adiwarna.

Sunday, May 14, 2017

#Bookends (Local Books Readathon) : Review : Cinta Menyala di Constantinople , Fahd Razy.




Bulan lepas, aku mampu buat satu review saja, memandangkan aku busy menyesuaikan diri dengan kerja aku. Basically, aku cuba menjadi seorang freelance secara part time. Aku fikir mudah tapi sebenanya tidak. (Okay memang akan selalu macam itu punya. Huh) Aku ada plan untuk tulis pro and cons jadi kerja freelance vs kerja 8-5, tapi rasa macam tak cukup input nak share pun tapi tengoklah dulu, kalau aku ada kesempatan dan dapat ilham, aku tulis ok? 

Hari ini, aku buat review sepantas kilat sesudah membaca Cinta Menyala di Contstatinople. Sepantas kilat? Sebab aku saja nak support ' Bookends Local Books Readhaton for 48 hours' dari 13 May - 14 May.

Sepatutnya ia proses membaca tanpa henti. tapi memandangkan aku kena attend seminar dan sebelum tu pulak, aku kena uruskan hal keluarga so aku support juga aktiviti ini dengan ubah style sikit la, tapi okay apa, aku berjaya juga khatamkan buku ini. ehe. 

Oh ya, korang boleh follow instagram : @bookendsmy ( ig itu banyak juga buat contest/aktiviti menarik untuk pembaca dan peminat buku) 



( nasib yang jadi model adik sendiri, tak payah bayar >.<) 


Cinta Menyala di Constatinople ini aku beli ketika pbakl2017 tempoh hari. Aku pernah baca tulisan Dr. Fahd Razy dalam Cakar Ayam Doktor dan lepas tu aku rasa penulisan beliau santai dan sempoi. Sebelum aku decide nak beli buku yang mana, aku rajinkan diri usha Facebook page Katar-Pilar Book. Rambang mata seh, diorang punya buku colourful dan fresh! Tapi itu lah, kekangan kewangan semasa membuatkan aku terpaksa memilih satu dari berpuluh jenis tajuk. eh. 

2 Sebab kenapa aku tertarik dengan CMDC:

CMDC ini aku pilih sebab tajuk dia sendiri 'Cinta Menyala di Constatinople'(jangan kecam aku seh) haha. Cinta ni maksud dia luas dan bagi aku, semua orang perlu ada rasa cinta, tak kisah la dalam ruang lingkup apa pun. Dan kalau korang baca kumpulan cerpen ini, korang akan faham cinta yang di ketengahkan, di tujukan kepada siapa.

Kedua, muka depan CMDC  itu yang menarik perhatian aku. Image Blue mosque (kalau aku tak silap, kalau silap mohon betulkan) Colour purple, remang senja yang ditonjolkan itu bagi suatu semangat yang lain. haha. (Tak over sangat ke ? Tapi itu lah yang aku rasa bila tengok buku ini)

Sinopsis yang aku rasa jujur.  'Persembahannya terencam menjangkau muansa kasih-romantis kepada suspens dunia pra-apokalips, bahkan turut menjelajah jauh ke ranah sejarah. CMDC adalah ungkapan rindu dua kekasih yang terpisah oleh tembok agam, sengketa empayar dan akidah.'

*****

Memuatkan cerpen-cerpen yang ditulis oleh Dr. Fahd Razy (salah seorang ahli panel sewaktu Perhimpunan 1000 Penulis )  dari awal penulisan beliau.uma dalam CMDC ini gaya bahasa ini  lebih puitis dan sastera sungguh. Jauh  beza dari Cakar Ayam Doktor, tapi ialah dah cerpen kena ayat puitis baru feel. Cerpen yang paling menarik dan memberi kesan ialah : 

1. Cinta Menyala di Constantinople
2. Sedingin Cinta Ibrahim 
3.Tulis Masih Merah di Istanbul 
4. Rekah-rekah di Andalusia

Nampak tak cerpen menarik bagi aku semuaya ada perkataan 'cinta'? Hahahahahaha. Okay bai. Btw, korang boleh pergi usha Facebook page : Kata-Pilar Books,ESOK LAST promosi online  harga macam dekat PBAKL2017


14 Mei 2017 
11.59 malam.

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...