Sunday, April 16, 2017

Walimah : Tasneem & Firdaus




2 April 2017, 

First time dapat menghadiri walimah kawan sendiri. (haha) sebelum ini, aku banyak menerima undagan walimah (kawan form 5, kawan form 6, kawan satu batch um pun) tapi aku tak pernah berkesempatan untuk menghadiri. 

Memandangkan aku dah pun berpindah ke Kl semula. jadi, walimah kawan-kawan jauhhhh di utara itu, memang minta maaf awal-awal la. (Tak mampu nak attend.) Kalau dekat pula, kadang-kadang masa itu tengah exam la, apa la, travel la. so memang tak mampu nak adjust. tapi apa apa pun, aku tetap bersyukur sebab dapat jemputan. hehe. 

 alhamdulillah. 

aku dapat pergi walimah Tasneem yang diadakan di Masjid Putra Nilai hari itu, itupun mampu sebab ada kakanda ainun yang menemankan, kalau idak. Tak sampai juga aku rasa (haha) maceh ainun, muah ciked 😘haha. Nak dijadikan cerita, Tasneem ni kawan sekolah rendah, aku pernah la duduk sebelah dia masa darjah enam, bayangkan aku yang tak berapa cerdik ni duduk sebelah orang cerdik (woohaa! terus aku rasa aku dapat aura aura genius dia.heh) 

disebabkan aku dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah since aku pindah perlis, ada dekat 10 tahun jugak tak jumpa diorang, so memang tak boleh lari dari rasa awkward dan krik krik. aku lebih banyak diam la, nak menyampuk pun tak tau celah mana kan. tapi bukan aku pemalu ke sombong ke, cuma tu la, dah lama tak jumpa.. banyak benda dah berubah... so dapat jumpa kawan-kawan dan meraikan hari bahagia Tasneem pun dah alhamdulillah. Kira macam reunion jugak lah, dapat jumpa cikgu kelas waktu darjah 4, cikgu Sahrum. Ustazah Yuspi yang masih maitain awet muda. 


selepas beratur, akhirnya dapat juga bergambar dengan pengantin. 

Barakallah lakuma wa baraka alaykuma wa jama'a bainakuma fi khair, Tasneem dan pasangan. Semoga kekal hingga jannah. Insya-Allah. 

lepas makan+ berborak bagai. wefieeee! Yasss. 


p/s: thank you ainun tolong drive balik kl. Haha. 

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...