Sunday, April 16, 2017

Review Buku: Pena & Picagari, Dr. Khairul Hafidz







Tajuk : Pena & Picagari 
Penerbit : Puteh Press
M/s: 230 
Rating: 4/5 


Pena & Picagari tulisan Dr. Khairul Hafidz ini merupakan sebuah buku yang wajib dimiliki oleh setiap individu. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua... semua boleh baca dan memanfaatkannya. Aku tak kan suggest kalau buku ni tak bagus. Kenapa aku suggest kan buku ini kepada semua? 

Selain dari cover dia yang memang menjadi simbol kepada penceritaan dan pengalaman seorang pegawai perubatan, buku ini juga memiliki beberapa subtopik yang boleh relate dengan kehidupan kita seharian. 

Membongkar mitos, adalah bahagian yang aku paling suka. Suka sebab, mitos-mitos yang aku dengar sebelum ini akhirnya terjawab dengan penjelasan dari ahli yang betul -betul ahli, bukan baca dekat internet terus percaya bulat-bulat. lepas itu semua rasa serba tak kena. Bagi aku, penjelasan yang ditulis oleh Dr. Khairul Hafidz ni umum dan disampaikan dengan bahasa yang santai dan tidak terlalu berat. Ialah, kalau kita bukan belajar bidang perubatan, harus lah kita krik-krik sikit kan bab term-term perubatan. Tapi insya-Allah, selepas membaca bahagian membongkar mitos, kita akan rasa sedikit cerdik dalam bidang doktor-doktor ini (Haha) 

Selain membongkar mitos, ada juga bahagian-bahagian lain yang boleh memberikan kau rasa nak ketawa, tercuit hati, geleng kepala, bila baca bahagian cerita seorang doktor, dan bila kau (aku yang tgh down, disebabkan kerja aku sekarang, bila baca bab semangat profesi, terus rasa macam bersemangat balik. Serius tak rugi, kalau korang masih ada rasa teragak-agak untuk beli Pena & Picagari ini. Ada juga diselitkan part  media sosial dan mahasiswa & housemanship. 

******

"Pak cik tekanan darah tinggi lagi. makan ubat tak? Ada dua jenis ubat, kan?"

"Ubat dah lama tak makan, doktor. Sekarang makan ubat tutt... tuttt... tuttt.."

"Kenapa makan ubat tu?"

"Pak cik baca testimoni di Facebook, mereka kata ubat tu bagus doktor, tekanan darah turun!"

Periksa tekanan darah, 205/120. TESTIMONI...

"i.kenot.brain.dis."

Pena & Picagari ini aku beli di Kedai Buku Hasani dekat Setapak Central. Kalau korang nak beli buku ini, boleh juga tunggu PBAKL2017 : 28 April sampai 7 Mei 201.  Mana tau diorang nak kasi diskaun banyak-banyak ke? Mana tahu! Haha. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...