Sunday, March 26, 2017

Review Novel : Dia... Pelengkap Hidupku, Farisya Natasha.



Rasa macam dah lama, aku tak review novel. Tapi bila ingat-ingat semula, baru dua tiga minggu je pun. Alhamdulillah. Untuk korang yang singgah baca review dan still menjadi pembaca secara rahsia, thank you ok! Walaupun blog ni sepi je, tapi aku percaya masih ramai peminat novel yang tegar menanti review yang aku buat (Tak keterlalun sangat ke tahap perasan aku ni? :3) 

Dua tiga minggu ni, aku boleh cakap yang aku masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Yeah, walaupun hanya freelance, kerja tak selalu ada, tapi ada masa kerja tu datang dan aku tak boleh bangun dari menghadap laptop pun. Nak pergi mana-mana pun, kena tengok tahap kerja tu macam mana. Aku kena  belajar kawal emosi, kena belajar faham perangai orang. Kalau dulu, aku sorang buat apa pun boleh. 

selepas tiga minggu ni baru aku rasa free sikit dan aku dah boleh adapt dengan cara bekerja aku sendiri, senior dan juga bos aku. Haha. Buat masa sekarang, aku kerja dengan bos, senior dan laptop. haha.

okay sudah lah, aku tak berniat nak berkongsi lebih-lebih tentang kerja aku sekarang, memandangkan aku pun baru bekerja  lebih kurang sebulan. so aku teruskan kepada topik utama aku ok? 

*******





Tajuk : Dia ... Pelengkap Hidupku
Penerbit: Idea Kreatif
M/s : 577 
Rating :  5/5 

****

Dia... Pelengkap Hidupku ini merupakan keluaran 2015. Aku terlepas pandang dengan kewujudan novel ni mungkin disebabkan tahun itu final year aku, so memang aku tak ambik port sangat pasal novel ni. So macam mana aku boleh beli novel yang dah terbit tahun 2015 ni?

Aku ada mengikuti instagram Farisya Natasha. Dan aku juga dah beberapa kali terbaca review dari pembaca lain, dan juga teaser-teaser berkaitan novel ni, jadi aku tertarik tanpa dipaksa-paksa. Haha. Aku bercadang untuk beli novel DPH ni sewaktu pbakl2017 nanti, tak lama dah pun, lebih kurang sebulan je pun. Kata kak Farisha, beli saja di pabakl nanti, harga jauh lebih murah. 

Tapi memandangkan waktu kritikal seperti kekangan ekonomi dan mood membaca ke laut, aku perlu kan buku atau novel yang betul-betul berbaloi, kalau aku beli, aku tak rasa menyesal, aku tak rasa rugi dan paling penting aku  nak baca something yang boleh relate dengan kehidupan aku. so yeah, aku beli DPH dekat Hasani bookstore di Setapak Central.  Guna kad ahli dapat la diskaun. 

ok. aku terus pergi review. banyak betul cerita sampingan. haha

*****

Aku suka semua tentang novel ni. Dari cover depan sampai kebelakang. Haha .Cover dia memang relate dgn cerita. Dari bab 1 sampai bab akhir, aku enjoy tak rasa boring ke, rasa lambat ke well, korang kena tahu keunikan novel kak Farisya ni, jalan cerita dia selalu laju. So tak berjanggut la nak tunggu nak habiskan.

.

Ada beberapa kekuatan yang menarik perhatian aku untuk terus baca DPH, antaranya konflik yg diketengahkan itu sendiri, yg jarang jarang disentuh oleh penulis lain. Kedua, bonding adik beradik. (aku memang suka baca novel yang bagi gambaran tentang bonding adik beradik) adik beradik ni bagi aku sangat penting, waktu susah waktu senang. 

dalam bonding ni ada dua jenis bonding, satu bonding yang adik beradik yang sangat ambil berat antara satu sama ( adik beradik luthfi) dan jenis bonding kedua, jenis adik beradik yang lebih penting kan orang luar dari adik beradik itu sendiri. (abang Amanda) 

.

Terakhir sekali, aku dapat jelajah beberapa negara dalam novel ni walaupun penulis sentuh tidak secara keseluruhan. Tapi still, aku boleh bayangkan scene luth dan amanda di sydney dan venice. 
.


Dan sekarang aku dah faham kenapa ramai pembaca jatuh cinta dengan keperibadian seorang Luthfi Irsyad 💓


******

Sunday, March 5, 2017

Review : Salina, A.Samad Said.







... Saya lihat sendiri, dan saya tahu sendiri Idah tak mau jadi itu semua. Memang begitu selalu Idah, orang takmau jahat kalau boleh.

Saturday, March 4, 2017

Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika










Warning: Post ni agak panjang tapi  menarik untuk dibaca. Haha. Selamat membaca gais.
Ok.
Mungkin ada yang tertanya-tanya,apa yang aku buat sebelum ni kan? Kalau ada lah, kalau tak dek pun tak pa. Fyi, aku-budak-baru-lepas- grad-October 2016. Jadi sebelum grad dan selepas grad, pengalaman bekerja aku memang tak banyak melainkan sewaktu intern dan juga menjadi volunteer untuk beberapa event. Hanya itu.
Jadi  tahun 2017 adalah tahun untuk bekerja!Haha. Sebenarnya, telinga aku dah penat dengar parents aku suruh aku cari kerja. Aku tak nak lah sampai diorang warning aku "Kau dah kalau liat sangat tak nak kerja, biar ibu cari calon, kau terus kahwen. Senang!" Jangan sampai gais, jangan sampai ok.

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...