Friday, January 20, 2017

Switzerland : Zurich



Bismillah.

Ok.

Malam ni aku sambung tulis tentang Zurich pula. Mungkin juga post malam ni post penutup untuk trip Switzerland. yahoo!

.

Selain Bern dan Interlaken, aku juga tertarik dengan suasana di Zurich. Zurich ni  merupakan bandar terbesar di Switzerland, so kemeriahan dia memang tak dapat disangkal lagi. Kalau ke Basel, suasana dia lebih tenang, kalau Zurich lebih meriah. Meriah tapi tak sampai serabut. haha. Kami bermalam di Zurich semalam, sebelum bertolak balik ke KL (flight awal pagi) Jadi, kami bermalam di  Hotel Ibis Budget Zurich airport terletak di Unterriet, hanya  lima minit dari zurich airport dengan menggunakan (tram)


untuk mengisi masa yang ada, kami ke bandar Zurich. dari hotel ke bandar Zurich, 30 minit (tram.)
Lindenhof Hill, ada salah satu tempat yang menarik di Zurich. Menarik bagi seorang yang sukakan panorama yang masyaAllah.

untuk sampai ke lindenhof ni, kena mendaki sikit la. kena menapak pun ye gak.
haha.

bagi aku, lindenhof hill ni merupakan sebuah taman yang terletak di atas bukit. dikelilingi bangunan-bangunan tinggi dan juga rumah-rumah. boleh juga nak riadah dekat sini pun. heh ramai juga orang yang datang ke lindenhoff hill ni. ada local ada juga pelancong. yang paling penting sini bolek lepak lama, relax sambil makan chipsmore dan amik view lelawo.

dekat bawah ni aku kolaj kan gambar. supaya korang tak senak mata untuk tengok gambar besar-besar. haha


LINDENHOF HILL

gambar atas: view dari atas lindenhof hill
gambar bawah: view sekeliling lindenhof hill



gambar 1: lindenhof hill.
gambar 2: senja di bridge, balik dari lindenhof hill
gambar 3: tram di zurich city
gambar 4: lampu di old town
gambar 5: Iddi di lindenhof hill
gambar 6: Airport Zurich


gambar terakhir,seawal jam 7 pagi. dalam tram menuju ke airport zurich. muka baru bangun tidur je memasing pun. haha.

sebenarnya Zurich ni banyak lagi tempat best. orang kata kalau nak shopping di switzerland, shopping la di zurich. haha tapi kami tak dek lah nak shopping kan. dapat sampai Switzerland, menghayati view yang tak dek dekat Malaysia pun dah syukur, alhamdulillah.

sebelum post trip switzerland ni berkahir, aku kira Switzerland ada:

Tiga perkara yang best:


  1.  Negara yang wajib di lawati, kerana tempat-tempat yang menarik, Interlaken, Bern, Zurich, Geneva
  2. Aktiviti-aktiviti outdoor yang memang best gila nak mati snowboarding, toboggan, ski, (tapi i got no money, so tak main apa pun. haha) 
  3. Public transport yang superb. Cth:  (Swiss Travel Pass), tiket yang flexible, mudah ke sana sini, menjimatkan, selesa, on-time. 
  4. Walaupun ia bukanlah negara yang muslim-friendly seperti Jepun, tapi tetap negara yang selamat untuk dilawati walaupun female traveller. Insya-Allah, kalau yang berhijab ni, local lebih menghormati. 
Tiga perkara yang tak best : 

  1. Sabtu/Ahad- mereka bercuti so banyak kedai tutup. Kalau weekdays, kedai buka sampai jam 5, kalau di Bern, hari khamis, kedai buka smapai jam 8 mlm. 
  2. Local yang lebih berusia lebih sensitif dengan bunyi bising. cth : di dalam train, jgn sesekali bergelak tawa/ berhura hura tak ketahuan,/berbual dengan nada yang kuat, kalau tak,  nanti kena tegur dengan local. jangan dengar lagu/bacaan quran/zikr tanpa earphone. Melalui pemerhatian aku, generasi muda, lebih relax. 
  3. Toilet mereka ada dua jenis. Jenis yang memang awam tak perlu bayar. Jenis yang kena bayar, kena bayar 2 CHF
  4. Peraturan kejiranan yang aku kira terlalu 'melampau'. Kalau korang duduk rumah orang, perkara yang korang kena tahu atau ambik tahu, adalah, peraturan rumah tersebut. Cth: aku duduk dirumah nenek saudara aku, sebelah malam, kalau nak flush tandas pun kena hati-hati, nak berjalan pun tak boleh nak lari-lari anak ke apa. kanak-kanak, adik dan pakcik aku yang umur 10.11 tahun tu tak boleh lari sesuka hati, kalau weekend, tak boleh nak buat bising, macam vacuum rumah ke, potong rumput ke. Weekend, waktu mereka 'rehat' dan 'sepi' sesepinya.
Ok.

aku rasa itu je lah kot, yang aku boleh update tentang pengalamaan aku yang tak seberapa tentang trip ke Switzerland tempoh hari. Rasanya dah tulis memacam. kalau ada something yang korang ada nak tanya, just tinggalkan komen dekat ruangan komen tu je. insya-Allah nanti, aku reply. 

.

terima kasih sudi baca. 
jumpa post akan datang pula. 

.

have a nice weekend gais. 


1 comment:

  1. xleh bising2 marah anak2 tak solat pon leh kene saman erk., huhu2

    ReplyDelete

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...