Sunday, January 15, 2017

Switzerland : Reihen, Basel & (Domodossola, Italy)




Bismillah.




Post kali ini, aku nak sambung sikit lagi berkenaan trip Switzerland hari itu. Sikit lagi? Haha. Okay sikit ja lagi, ( tinggal dua post berbaki. eheh) tapi dalam post ni, aku gabungkan dua atau tiga tempat, atas beberapa faktor. Tempoh hari, kami ke Reihen. Reihen ni macam mana nak cakap eh, kalau mengikut apa yang aku faham. Reihen ni masih di dalam Switzerland tapi bersempadan dengan Jerman  atau sebenarnya dia boleh jadi, Reihen, Switzerland dan juga Reihen, Jerman. Macam padang Besar, Perlis, atau Padang besar Thailand? huhu

tapi kalau mengikut pemerhatian dan pengetahuan aku yang tak seberapa ni, Reihen yang kami jejak ni, ialah Reihen, Switzerland, Sebab dari Basel ke Reihen cuma dalam 5-10 minit. Kalau Reihen German, makan masa hampir 3 jam lebih kurang.

ok.

sebenarnya, ke Reihen ni macam main redah saja. Aku tak buat reseacrh pun pasal Reihen ni. Cuma ambik kesempatan ke Reihen, apabila tahu yang dia bersempadan dengan German dan juga Reihen ni termasuk dalam route yang di tawarkan oleh SBB train dengan menggunakan swiss travel pass. so tak payah bayar apa lagi.

jadi, dekat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat dirakam. ewah. punyalah, tak buat preparation apa pun untuk ke Reihen. Kami saja jalan-jalan sesuai dengan moto satu keluarga, 'janji sampai' Hahah. pekdah sungguh.

okay, mungkin korang tertanya-tanya, kalau nak ke Reihen ni macam mana? Okay, kalau korang stay di Bern, ambik direct train dr Bern ke Basel. Sampai di Basel, tukar naik train  Basel bad BF ke Reihen. 5-10 minit, sampai lah di train Reihen.


platform di bawah ni platform di Basel untuk menuju Ke Reihen. 




bila dah sampai Reihen, kena jalan kaki sekitar 15 minit untuk ke tempat tram. (supaya boleh explore Reihen) ok, aku takdek pengalaman naik tram dekat Reihen, sebab kitaorang punya misi asal jejak tu buatkan kitaorg, stuck dekat tengah-tengah pekan tu. haha tak tau nak kemana, padan muka. sapa suruh tak caritahu pasal Reihen.



jadinya, amik gambar cemtu je lah. dan lepas amik gambar dekat taman, naik train semula balik ke Basel. Tiba di Basel, niat di hati nak cari halal food, guna muslim pro, kena jalan 45 minit gitu. yang jadi kelakar dan buat kami frust ialah, dah sampai restauran tu, hmm dukacita sungguh. restauran tu dah takdek.  bangunan tu dah tukar jadi ofis. frust. rasa nak menangis, semua ada lah. dah la penat oi jalan kaki , sesat lagi. haha. sekali sampai-sampai, ofis what ofissssss???  pffft.


gambar di Basel.





aku tak sure, dari segi bangunan atau pun tempat tarikan, Basel macam Bern atau Zurich atau mana-mana sekali pun, tempat yang famous adalah museum. so macam okay je la. kitaorang just jejak kai sat. pastu, balik semula ke Bern. 😂

.

hari sebelumnya, kami ke Domodossola, dengan moto satu keluarga yang masih sama, asal sampai, kami ke sana seawal jam 8.30 pagi dan tiba di Domodossola jam 9.30 pagi.

Ok.

Domodossola, ni dah masuk Italy, tapi masih boleh kesana dengan SBB train dan juga swiss travel pass, cuma sampai je di Domodossola, akan ada  yang bertanyakan passport kita. gambar di bawah ialah gambar yang aku ambik sekitar domodossola, sebuah pekan kecik yang pemandangannya



masyaAllah.

pekan Domodossola ini dikelilingi oleh gunung ganang sepeti yang korang boleh nampak dalam gambar pertama tu. disebabkan dia hanyalah pekan kecik, jadi kedai makan, supermarket, bas (utk pelancong) bermula lewat. hampir jam 10.30 ke 11 baru semuanya beroperasi. jadi sepanjang berada di sana, kami semua jalan kaki.





bagi aku yang menariknya domodossola ni selain pemandangannya, ialah kedai buku dan mini library yang bersepah. Bersepah. sebab baru jalan, jumpa kedia buku, jalan lagi jumpa library. dan bila sampai domodossola ni feeling milan sikit ahh. nak pergi milan tak mampu. haha.

boleh pergi milan dari domodossola tapi kena tambah lagi 50-60 CHF seorang. ok takpa takpa. kalau ada rezeki, insya-Allah sampai Milan pula. *berangan* hahaha.

oh ya. dah nama pun pekan jadi domodossola ni, tak crowded sangat dengan local, plus sunyi sepi je.


okay apa lagi aku patut cerita.

hmm, rasanya dah takdek kot. di domodossola ni kami jalan-jalan je lah. tengok tempat orang katanya. tapi itu la, kalau ada hasrat di hati nak jejak domodossola ni, aku suggestkan ambik train tak awal sangat la. sebab macam aku cakap sebelum ni, domodossola ni, semuanya buka lambat. haha.

.

ok

.
itu je kot.
.
terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you