Friday, January 13, 2017

Switzerland : Makanan halal di Switzerland


bismillah.

Okay.

kali ini aku bukan topik halal food, nak cari halal food di switzerland agak sukar sebenarnya. Tapi orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. haaa gitew. jadi, aku nak berkongsi beberapa tempat yang menyediakan halal food di Bern, Geneva, Domodossola, dan Zurich. (yang aku singgah masa trip aku hari tu la)

tempat yang aku cadangkan ni mungkin ada yang tak berkenan atau apa, tapi korang tak perlu risau, kalau sampai di switzerland, mana-mana pergi pun, just cari halal food di muslim pro. atau apa-apa apps yang boleh membawa korang menuju ke kedai halal food. haha. senang cerita.

.

bila kita travel, kita tak boleh la nak mkn nasi 3, 4 kali sehari, lauk pauk dan macam-macam, kalau dapat roti dan kebab tu pun dah kira bagus. agak sukar  nak cari halal food dekat switzerland, tapi dengan menggunakan apps macam muslim pro, boleh juga tahu dekat mana ada halal food. haha. sbnrnya aku tahu guna muslim pro je. hekhek.


kalau jenis tak kisah makan roti tetiap hari, tak pe lah. lagi bagus.

tapi aku dengan family jenis kaki makan. haha. seboleh-bolehnya usaha sampai dapat untuk cari nasi. dapat mkn nasi sekali sehari pun tak pe lah. haha benda ni boleh adjust tapi kalau aku, travel dgn family, nasi satu kemestian, melainkan memang tak dek pilihan, so okay je lah. kalau tak dek nasi pun.

.

okay post kali ini, aku sertakan website kedai makan yang halal dan juga location, so korang boleh check betul ke tak ke semuanya lah.
.

Bern

Kalau korang stay di Bern, ada banyak halal food yang terletak di monbijoustrasse. Cuma kena tahu tram no. berapa untuk ke sana dan dalam masa beberapa minit korang boleh sampai di kedai halal food tersebut.

tips: pastikan waktu opening kedai makan tersebut. melalui pemerhatian aku, kalau winter, kedai makan hanya beroperasi seawal jam 5 atau 6 petang dan ke atas.

City Pizzeria, 

dimiliki oleh orang turki sendiri, ia merupakan kedai makan yang menjual makanan halal seperti pizza, set ayam goreng bersama fries, salad, garlic bread dan sebagainya. korang boleh usha di

1. Website
2. location : Monbijoustrasse 26, 3011, Bern Switzerland

Di bawah ni adalah menu pilihan aku sekeluarga.


2 set pouletflugeli ( 6 pieces) dengan french fries 
(berbelit lidah nak sebut, padahal kepak ayam goreng je pun 😂) 
1 set boleh makan untuk 2 org, sedap dan berbaloi-baloi. haha




Geneva 

Bombay Restaurant Indien 

1. Website
2. location:  Rue de Berne 11, 1201 Genève, Switzerland

Di Geneva pula, korang boleh ke Bombay Restaurant Indien.  Restoran India ini menawarkan banyak menu yang sedap tapi bagi aku sedikit mahal. Tapi apa boleh buat, sebab dah lapar sangat, kami order je lah nasi putih, kari daging dan juga kurma ayam. Aku boleh cakap makanan yang dihidangkan boleh diterima tekak. sedap itu sedap la, kalau jenis tak kisah cam aku. haha

tapi sebenarnya, di belakang kedai bombay ini, ada lagi deretan kedai halal food. yang kebanyakkannya turkish food. dan of course lah lagi murah. haha. terkena tapi takpe aku bersyukur juga, sebab dekat bombay ini, owner dia baik hati carikan kami tempat solat, dekat sebelah kedai bombay ada cybercafe dan di bawah itu ada ruang macam stor. so owner tu minta izin bagi pihak kami. serius baik kan? alhamdulillah untuk kebaikan owner kedai bombay, pekerja CC. Moga Allah merahmati mereka dan majukan lagi bisnes mereka. ameen.  

note :  ada gambar restauran ja, gambar makanan lupa ambik sebab dah lapar gila masa tu😞



Zurich

1. Website
2. location : Badenerstrasse 530 8048 Zurich, Switzerland

Yat Restaurant atau di panggil sebagai Singapore Restaurant terletak di  Badenerstrasse, kalau dari Zurich HB, ambil masa lebih kurang 20 - 30 minit. Dekat sini, aku suggestkan korang tanya owner kedai tu sendiri, masa aku pergi itu, en khalid cadangkan menu yang betul-betul halal. ( korang tahu kalau kita di oversea macam mana, so alhamdulillah en khalid baik hati nak cadangkan pada kami semua.) thanks en khalid :)



kami pilih untuk makan bihun dan nasi goreng seafood. sedap gila. tapi aku nak ingatkan, portion untuk setiap menu ni boleh makan untuk 2 orang kalau hat jenis kuat makan, kalau biasa- biasa 3 orang pun boleh. haha. bayangkan portion makanan orang dekat swiss. hui.


* Domodossola, Italy.

Di Domodossola juga, kami sempat lunch di kedai Turki. Alhamdulillah. Orang Turki ini ada dekat mana-mana  je eh? Disebabkan cuaca sejuk, kebanyakkan kedai buka sedikit lewat dan nampak seperti tutup saja. Tapi sebenarnya, buka. bila masuk,

"Halal?"
"Halal halal."

kemudian, dia tunjuk tin arak dalam peti "NO Halal" kami semua senyum. kemudian, ayah aku borak-borak sikit, dia cakap dekat sini, kalau takdek arak macam tak laku kedai. orang italy tak boleh kalau tak dek arak. dia lah cakap. haha.

kami pesan kebab ayam dua, pizza satu. fries 2. dan owner kedai tu sikit punya suka lah, sebab ada muslim yang masuk kedai dia, dia bagi free baklava. haha. kita orang macam "eh tak order..."

"Sadaqah." kata owner tu. Alhamdulillah. semoga owner Kebab fantasy terus dirahmati Allah dan bisnes makin maju. Ameen.




note: cari halal food je dah banyak ibrah. muslim bila jumpa muslim walaupun tak sama warna kulit, tak sama bangsa tak sama bahasa, tapi  rasa macam kenal dan 'dekat' masyaAllah rahmat Allah itu luas. boleh berbual-bual. hadiahkan makanan, hadiahkan doa. ada satu kiosk kecik kitaorang singgah di Geneva, kedai palestin, bila tahu kami dari malaysia, tak putus-putus doakan untuk kami. Allah :') tak cukup doa, sampai harga makanan yang kami beli,  kami kira banyak kali, sepatutnya harga sekian sekian, tapi dia cuma amik beberapa not ja duit. Allah. lepas keluar dari kedai, masing-masing macam speechless.

ada juga pengalaman cari halal food dekat Basel. hampir 45 minit jalan kaki dan hampir sesat, bila sampai, kedai halal tu takdek weh. Nangis kejap sebab penat jalan kaki jauh. haha. taktau lah kedai itu wujud ke tak, tapi dlm muslim pro ada, tapi bila sampai tempat tu, memang tak dek, so gais, check dulu location, opening hours sekian, sekian supaya tak kecewa. kasi double check, baru cari jalan ok?

haha.

okay itu saja untuk halal food di switzerland. harap dapat membantu korang yang nak kesana.
.

terima kasih sudi baca.



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...