Wednesday, January 4, 2017

Review Novel : Once upon a time, Inawza



note: 2/30 



'Kerana hidup itu tak pernah sempurna, biar pun seluruh rasa itu benar.'



Review:


Akhirnya, Inawza kembali lagi setelah menyepikan diri. Haha. Aku agak je lah, sebab selepas odybm tiada novel baru dari beliau sehinggalah hujung dec 2016 yang lepas.(atau aku yang terlepas pandang) Alhamdulillah, tahniah Inawza untuk kelahiran  novel terbaru yang dinani-nantinkan oleh peminat anda. eheh! πŸ‘

aku tak tunggu lama untuk membeli OUAT di expobuku1malaysia bulan dec hari itu, sebab aku memang dah jatuh cinta dengan penulisan inawza walaupun masa mula-mula baca odybm, aku kurang gemar. tapi sebab semakin aku menginjak usia, aku perlukan satu bahan bacaan yang tak-langsung 'lovey dovey' tapi tetap menarik dan menghiburkan! 

kalau ada orang tanya best tak novel ni? 

"best kalau kau jenis yang tak mengharapkan dialog-dialog sweet."heh.

Apatah lagi dengan kehebatan inawza dalam menulis jalan cerita yang sentiasa bertemakan, kekeluargaan, cinta, persahabatan dengan menimbulkan kebanyakkannya, konflik persepsi anak muda tentang sebuah 'pencarian' dan kehidupan, sesuatu yang sedikit sinis dan sarkastik. tapi masih mampu menjadi panduan buat pembaca! 

--

aku masih dapat menghayati gaya penulisan yang agak baku dan tersusun malah lebih tersusun dari odymb. syabas! kalau boleh, biar gaya penulisan ouat dijadikan benchmark untuk novel-novel seterusnya. masih dapat menghayati lenggok bahasa dalam penulisannya dan tidak terlalu boring untuk sebuah bacaan yang santai. 

untuk setiap dialog yang tertulis, perjalanan cerita dari satu bab ke bab yang lain, sejak dulu tidak dapat disangkal lagi, aku memang jatuh cinta. gaya beku, selamba dan bersahaja itu sudah cukup buat aku tidak meninggalkan hatta satu bab pun. 

memang tak boleh skip bab, oke? haha. 

setiap kali baca, aku  berjaya berada di dalam situasi mereka bertiga. 

Bagi aku gabungan watak Jay, Lily, Ed , Bella dan semua yang ada di dalam cerita ini sangat hidup. dan aku tak tahu kenapa, satu telahan yang aku buat mengena. bila part affendi tak sampai hati nak kenakan Athirah (maybe nama aku athirah, so aku dapat rasakan. eceh. haha) dan tiba tak tiba, aku sayang gila watak affendi dan athirah, cuma aku tak suka ending seorang affendi. huuuu. 

konflik yang di ketengahkan kurang satu level dari odybm, so tak berat sangat. cuma benda itu masih boleh relate dengan kita. 

"kadang-kadang gurauan kita belum tentu dapat di terima oleh orang lain. berhati-hati semasa bergurau, melawak ke apa ke... boleh jadi kerana gurau yang kita anggap gurauan tu boleh jadi asbab untuk orang berdendam dengan kita. Kita tak kan pernah tahu kemampuan seseorang itu."

cuma cerita inawza tidak akan lari dari 'seseorang yang meninggalkan keluarga kerana terdesak atau tiada pilihan.' dulu odymb, cerita tentang ehsan. sekarang ouat, cerita tentang Jay. kalau dibandingkan, cerita ehsan lebih realistik berbanding Jay. haha. Kisah Jay ni kalau jadi dalam masyarakat melayu- tiada maaf bagimu dah aku rasa.πŸ˜†boleh get lost! 

dari dulu, sampai sekarang kekaguman aku dengan penulisan beliau masih berterusan. haha. bilamana sekarang semua mahukan penulisan yang sweet sampai kena diabetes, dan dia masih menulis dengan selamba dan bersahaja. 

okeh, aku rasa itu je kot. aku tak review setiap satu benda, sebab bagi aku tak adil la untuk korang buat satu anggapan novel ni bagus ke tak hanya dengan membaca review yanga ku buat. so kalau nak tahu betul best ke tak, boleh dapatkan menerusi online di www.karyaseni.my :)

oke. aku mengharapkan satu hari nanti, aku boleh berjumpa dengan inawza yusof! πŸ™†πŸ™†haha

kalau korang tak faham apa yang aku merepek ni, boleh baca sinopsis πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

-------------

Sinopsis:


Siapa yang tak inginkan sebuah cerita yang serba indah, ibarat fairytales yang membuai tinggi nun ke langit sana?

Tapi… Realitinya tak pernah sama apatah lagi melibatkan Jay.

Lily sebenarnya penat! Sudahlah ditinggalkan sesuka hati oleh lelaki itu seminggu sebelum perkahwinan mereka. Tiba-tiba sekarang, apabila dia mula bahagia, Jay kembali dengan muka selambanya.

“Whatever, Jay. Kalau kau nak jadi pengecut, jangan heret aku sekali. You’re incapable of loving anyone else but yourself. I should have known better.” - LILY

Bagi Jay pula, kepulangannya hanya untuk menamatkan sebuah kisah yang dibiarkan tanpa penghujung. Namun seperti biasa, perkara yang melibatkan Lily tak pernah mudah. Siapa sangka Cik Pinokio itu sudah jumpa pengganti baru? Setelah mengetahui calon penggantinya, lagilah Jay tak boleh duduk diam.

Bukankah orang kata keinginan hati itu harus diperjuangkan?

“Once upon a time, you’d lie for me. In fact, you’d do anything for me. But then, I broke your heart.” – JAY

Punya dua sahabat yang penuh dengan pelbagai helah tak sihat seperti Jay dan Lily cukup buat kepala Ed pusing. Terutama apabila dia kini tersekat antara mempertahankan perasaan sendiri ataupun persahabatan yang sudah bertahun lama.

Masalahnya, bila masing-masing perangai macam con artist, boleh ke dia percaya?

“Once upon a time, there were three silly kids. They were selfish, they were rotten. They lied. They hurt people.” – ED

Eh, siapa pula Si Helena ni? Kenapa beria-ia sangat nak buat hidup orang susah? Haishhh!

Ini cerita tentang masa lalu, tentang tipu helah, tentang depresi, tentang perjalanan tiga manusia menjadi seseorang yang lebih baik, tentang semua yang tak indah dalam hidup dan semestinya tentang cinta, cita-cita dan persahabatan.

Kerana apa itu hidup tanpa cinta, cita-cita dan teman?
 

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you