Saturday, January 7, 2017

Motivasi daripada hadith nabi


Salam, 
.

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi meh aku perkenalkan satu buku yang aku kira sangat bagus untuk di baca pada awal tahun 2017 dan mungkin juga buku ini boleh menjadi pendamping setia kita kemana saja sehingga ke hujung tahun. Hiks.



Itu benda pertama yang terlintas dalam fikiran aku sebaik membaca tiga subtopik awal berkenaan niat, istiqamah dan permudahkan urusan yang baik. 

Aku terkesan apabila membaca bait-bait di dalamnya. Mungkin perkara sebegini sudah biasa kedengaran tapi bagi aku, ia tetap menjadi satu permulaan yang baik dan secara tak langsung ia mengingatkan kita semula. 

tentang niat, 
Aku simpulkan terus untuk memendekkan apa yang aku baca, hehe : Buku ini menggalakkan kita supaya memperbanyakkan niat yang baik. Niat lah apa saja kebaikan yang terlintas di fikiran. dan juga niat untuk meninggalkan kemaksiatan juga, satu kebaikan.

kenapa kita di galakkan untuk banyak berniat tentang hal-hal yang baik? (walaupun kadang-kadang kita sedar yang kita hanya mampu berniat, tapi tak mampu melakukan?) 

Pertama, dengan niat kita mudah untuk mendapat pahala. Bagaikan petik jari, berniat- pahala. 
Kedua, jangan sesekali memandang rendah dengan kuasa dan kehebatan niat. 
Kata Ibn Al-Mubarak 

" Boleh jadi amalan yang kecil itu menjadi besar kerana niat yang baik dan boleh jadi amalan yang besar itu menjadi kecil kerana niat yang salah" 

istiqamah, 

di awal-awal tahun ni, kita selalu berazam atau menanam target atau tujuan. Ada yang mahu begini, begitu dan sebagainya. dan kita cepat rasa nak give up bila target kita tidak tercapai. kalau ada yang dari pembaca, memang setiap target di capai. Thumbs up. Alhamdulillah. Tapi bagi insan seperti aku.haha, selalunya give up itu merantai hati apabila target tertentu tak dapat dicapai, jadi disini lah peranan satu hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 

"Lakukan amalan-amalan sekadar yang kalian mampu, sesungguhnya Allah tidak akan bosan sehingga kalianlah yang akan bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."


so gais, tak pe je kalau kita ada matlamat/target/azam semacam dua atau tiga tapi kita tetap istiqamah melakukannya. amalan/matlamat itu bukan dinilai  dengan kuantiti sebaliknya dengan melihat kualiti amalan tersebut. pegangan aku sendiri.

dan permudahkan urusan yang baik


kita permudahkan urusan orang lain insya-Allah urusan kita juga bakal dipermudahkan. dan selebihnya, kalau kita melihat satu kekhilafan yang di lakukan oleh orang lain, cuba melihat ia dari satu sisi yang berbeza, bukan terus menghukum sebaliknya memahami apa yang berlaku. 


baru baca yang ini saja, hati sudah berkembang mekar, berkobar-kobar untuk memulakan sesuatu perubahan dalam hidup. semoga ia kekal berjalan, kalau ditakdirkan jatuh sekalipun, biar aku bangkit dengan tennag. 

.

sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan oleh penulis tentang niat, istiqamah dan permudahkan urusan yang baik, tapi ini cuma satu ringkasan dari pembacaan aku sendiri, untuk bab- bab yang pertama. sekiranya ada mana-mana kesilapan, bukan  dari buku tersebut, tapi kesilapan aku sendiri. hihi. sedia menerima teguran.  

.

Kalau ikutkan, sebelum-sebelum ni aku agak liat nak membaca sesuatu seperti ni, tapi mungkin tahun ini tahun terpilih dan terbaik untuk aku menambah genre bahan bacaan.

Motivasi daripada Hadith Nabi ini merupakan sebuah buku yang dituls oleh saudara Ad-Dien Abdul Kadir. Ia mengetengahkan kumpulan nasihat dan kisah-kisah nabi untuk memotivasikan kehidupan kita setiap hari. Bagi aku, ia sesuatu yang menarik apabila hadith yang dikemukakan di hubungkan dengan aktiviti-aktiviti seharian dan kita akan selesa dengan gaya penulisan penulisa yang santai 

Kita sedih, kita gembira, 
semuanya yang terjadi memotivasikan kita
sekiranya kita mengambil kira dari sudut positif. 

Buku ini mengandungi 44 topik. Aku target untuk habiskan 3 subtopik sehari. Dan aku tak kan habiskan membaca hanya semata-mata untuk menaikkan percentage aku di goodreads, sebaliknya aku membaca buku ini untuk aku sendiri, fahami dan hayati. Tak rugi untuk yang ingin memiliki buku ini, sebab dia sangat 'dekat' dengan kita yang perlukan motivasi untuk mendepani hari-hari kedepan.


.


Kita, motivasi. penghijrahan. 💓
Selamat tahun baru.
semoga tahun ini, tahun yang berterusan dengan kebaikan.


.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...