Posts

Showing posts from 2017

Review Tentang ... Dhiya, Syud

Image
" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud 
"Andai dia menunggu waktu itu mungkin dia akan terlepas  daripada merasakan keindahan titisan hujan."  - Syud 



Tajuk : Tentang... Dhiya Penulis: Syud Penerbitan : Jemari Seni  Halaman : 544


Aku selesai baca Tentang... Dhiya dalam masa satu hari. Alhamdulillah, kembali menjadi speed reader. eheh. Itupun disebabkan assignments dan slides presentation. aku dah settle dengan penuh bergaya. eceh. Jadi dapat lah aku manfaat kan masa cuti aku dengan menghabiskan Tentang... Dhiya yang ditulis oleh Syud. 
Sudah la sewaktu baca Vignette aku menyesal sebab baru tahu karya Syud ni best

Review Re : Kau Ilhamku, Amany

Image
Tajuk: Re: Kau Ilhamku
Penulis: Amany Penerbit: Jemari Seni
Cerita tentang seorang peguam, seorang pencipta perisian ini bagi aku sangat menarik untuk dihadam. Watak perwatakan mereka memberi pendedahan baru buat pembaca yang lebih gemar mengenali tentang pekerjaan dari penceritaan santai. Jalan ceritanya tak berat, jadi sangat sesuai untuk pembaca yang nak kurangkan tekanan yang sedia ada. Haha Sejujurnya, dari awal pembaca sehingga akhir, aku terhibur dengan jalan cerita yang ringkas ini. aku suka setiap satu yang ada didalam cerita ini. Tak nampak atau tak rasa penulis ini try hard sangat. Semuanya namapak smooth. Tak dek satu ketika pun, aku rasa bosan saat meneliti cerita tentang Bany dan Isyraf ini. Boleh jadi, dialog yang diwujudkan dalam cerita ini relaks, buat aku rasa cocok dengan bahasa harian aku sendiri. Kelainan dalam novel ini adalah dari pendedahan pekerjaan seperti peguam dan prosedur/ apa yang berlaku di dalam makhamah. Kerjaya yang jarang di ketengahkan oleh penulis …

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Image
Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 Sem Malaysia Rm 30.00 Sabah/Sarawak


Sekali sekala kita kena hidup dalam fantasikah untuk dapat apa yang kita mahu?
Bagaimana aku boleh tertarik untuk membeli dan membaca Juita, sekaligus berkongsi review dengan pembaca? Ada beberapa kriteria yang menyebabkan aku pilih Juita. Pertama sekali, cover buku Juita itu sendiri. Dengan warnanya yang terang Pink! Walaupun sebahagian yang mengenali aku, tahu yang aku tak gemarkan pink. Haha Tapi sekadar kulit buku apa salahnya! Tajuk Juita, Satu dalam Sejuta itu pula di bold kan dengan warna putih. Memang jelas terang dan nyata dapat menarik mata pembaca. Dan Juita itu sendiri punya maksud yang pelbagai! 
 Ok. Seterusnya.
Sepanjang tiga hari aku membaca Juita, aku rasa penulis ada magic untuk ketengahkan cerita yang berkait rapat dengan dua dunia. Realiti dan fantasi seiring. Haha. Aku pun susah nak explain lebih lebih. Tapi …

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Image
Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, langsung hazaf kan Bromo dari ingatan. Cewah. Drama sangat. Tapi betul lah, lately, Bromo memang salah satu tempat femes yang orang semua nak pergi. sampai harga tiket pun untuk bajet style mcm aku, aku rasa tak berbaloi. Sebab dalam kepala, aku dah sampai Bromo tak kan tak visit Suroboyo, nak juga tahu mitos pertempuran antara ikan dengan buaya yang agak femes tu. 



tapi lek lek je lah. Ada rezeki sampai juga nanti,  ni bajet takat Penang je

Trip He's just not that into you

Image

Cinta itu tidak boleh di pelajari, ia akan datang semulajadi

Image
Hari ini, aku sedar dan aku percaya. Dalam hidup kita, tiada istilah 'bodoh' apatah lagi saat membicarakan hal-hal yang melibatkan soal hati dan perasaan. Hati, perasaan dan perhubungan itu bukan hal yang bodoh atau remeh tapi suatu proses dua jiwa untuk melihat dunia ini lebih jauh. Proses  mengenali personaliti dan identiti, menghayati bahasa tubuh, menghargai kasih

Program Bicara Karya : Kompilasi Travelog : 7 Benua

Image
20 Julai 2017

Just remember that sometimes, the way you think about a person isn’t the way they actually are."— John Green, Paper Towns


Okay aku tahu cerita ni dah basi tapi takpe lah, aku nak share jugak. Haha. Aku berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta bagi program Bicara Karya: Kompilasi Travelog: 7 Benua  pada 20 Julai 2017. Aku dapat tahu program ini pun,

Review Arkitek Jalanan , Teme Abdullah

Image
"Kau dah tumbuh sayap dah pun. Tapi kau takut nak terjun dan terbang. Kau perlukan tolakan keyakinan oleh seseorang"





Tajuk: Arkitek Jalanan  Penulis : Teme Abdullah  Penerbit: Iman Publication  M/s: 330 



Review: 
Beberapa kali aku menolak perasaan ingin tahu keistimewaan buku Arkitek Jalanan ini. Tak ubah seperti aku mula-mula membeli Pelukis Jalanan. Waktu itu, aku masih belum bersedia untuk membaca buku tersebut walaupun aku sudah beli. Sama juga dengan Arkitek Jalanan ini. Aku fikir Teme Abdullah juga seperti  penulis yang aku rasa hanya disebabkan 'terkenal' di media sosial, punya pengikut yang ramai seperti penulis -penulis yang ada kebanyakkan sekarang. Rata-ratanya akan menulis sesuatu yang acah-acah deep. Semua benda nak deep

Tempahan Squareprints di dearmoments

Image
Hai gais, malam ni aku nak kongsi dengan korang tempat paling best untuk print gambar-gambar korang yang terperam dalam handphone, Dslr, GoPro dan memacam lagi itu. Aku dah lama usha satu ig shop ini, korang cari dearmoments. Diorang ini base dekat JB. Perkhidmatan diorang ni memang cool gila. 
Aku dah lama usha dearmoments ni sebenarnya, aku nak print gambar-gambar travel aku jadi square so that aku boleh ja la nak lekat dekat dinding tanpa ragu-ragu. heh. Tapi asyik bertangguh je lah sebab risau. Risau lah kalau aku dah order tapi dapat produk yang tak bagus. Bukan murah aku nak melabur tu.haha Pesen kedekut

Review Dr. Alpha Male, Anjell

Image
Aku tak pasti nak review karya Anjell yang terbaru ni macam mana. Bukan tak best ke apa tapi ia lebih kepada cerita cinta antara student dengan pensyarah. Walaupun ia terjadi  selepas peristiwa yang tak best berlaku kepada Hazel tapi still aku rasa slow sikit dengan cerita Anjell kali ini. Nampak biasa macam cerita-cerita yang lepas. Tak tahu lah. Mungkin aku je lah yang tak mendalami betul betul cerita ni. Plot dia dah biasa di ketengahkan dan ada yang longgar sikit. Mungkin Anjell try untuk ketengahkan apa itu 'alpha male'. Ada tapi tapi tak banyak. Cuma dialog dan watak  yang di olah boleh bikin tertarik untuk meneruskan pembacaan. Gaya bahasa yang santai memang dah jadi trademark Anjell. Ok mungkin point dia pada beberapa bab yang berlaku ketika kuliah, siapkan fyp dan sebagainya mampu buatkan pembaca teringat zaman belajar dulu. Tapi aku sangat berharap Anjell akan buat cerita tentang Dheo pulak lepas ni. Dheo punya aura boleh tahan, lain macam. 
p/s: review kali ini pende…

Review Lapan Tahun Itu, Fizziany

Image
Sinopsis:


Lapan tahun dulu mereka sama muda...
Sama-sama melarikan diri daripada masalah hidup. Adelia lari dari rumah setelah ibunya meninggal dunia dan ayah tirinya mahu menebus dia sebagai bayaran hutang dengan along. Rizman lari dari kampus kerana mahu lepas daripada kongkonga ayahnya yang mahu dia menjadi seorang doktor. Di rumah sewa ala-ala 'Lodging Mak Minah', mereka bertemu; di bengkel basuh kereta, mereka sama-sama bekerja; dan di bawah bahang matahari Kuala Lumpur perasaan mereka membara.


TAPI, Takdir telah menulis along itu dapat mencari Adelia, ayah Rizman berjaya mencari Rizman, lalu mereka terpaksa berpisah tanpa sebarang pesan, tanpa sepatah kata. Hilang tanpa alamat. Yang tertinggal hanyalah luka.


Lapan tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Adelia sebagai mangsa kemalangan. Rizman sebagai doktor yang merawatnya. Tapi, dapatkah mereka sama-sama menjahit luka perpisahan dulu?

Review:


Lapan Tahun itu,  . . .
Kedua-dua bertemu di rumah sewa Aunty Kimah. Kedua-dua…

Review Izinkan Kupergi (Damya Hanna)

Image
Review:

2004, tahun permulaan aku berjinak-jinak dengan hobi, membaca. Thank you penerbitan alaf21 kerana telah menerbitkan novel Damya Hanna yang pertama iaitu Bicara Hati. Aku baca Bicara Hati dengan penuh rasa seronok. Ialah first time baca buku tebal-tebal, lepas itu jalan ceritanya menarik, penuh dengan mesej, bahasa pula ditulis dengan ayat-ayat tersusun dan hampir puitis serta mampu meninggalkan kesan terhadap pembaca. Sehingga sekarang pun,kalau ada yang menyuruh aku untuk bercerita semula tentang novel Bicara Hati, aku boleh describe watak Zahlia dan Tg. Shahran serta jalan cerita dia.
.
.
.
2017, novel terbaru Damya Hanna pula telah keluar. Kali ini novel bertajuk Izinkan Kupergi. Ya ya tajuk sama seperti

Review : Backpack Pusing Jerman & ... Belanda | Denmark | Sweden | Republic Czech | Austria ( Normi Nas)

Image
Review Travelog Tajuk : Backpack Pusing Jerman &... Belanda|Denmark| Sweden | Republic Czech|Austria Penulis: Normi Nas
Penerbit: Kasi Terbit
M/s: 219 
Setelah berkurun tak membaca travelog, akhirnya Backpack Pusing Jerman &... Belanda|Denmark| Sweden | Republic Czech|Austria telah berjaya membuatkan aku kembali mengembara walaupun hanya melalui aksara-aksara yang ditulis kemas oleh saudari Normi Nas  . Pengalaman mengembara Normi Nas secara solo ke Jerman dan lain lain negara hampir sebulan pada bulan Ramadhan membuatkan aku kagum dengan kekuatan mental dan fizikal

Review : Kerana Kasih, Aisya Sofea

Image
Tajuk: Kerana Kasih  Penulis: Aisya Sofea Penerbit: Alaf 21 M/s: 471



Buang emak buang saudara, KERANA KASIH aku turutkan. 

Pertama sekali, sewaktu aku membeli Kerana Kasih, aku tak baca pun sinopsis di belakang novel tersebut. Aku beli novel ke-15 yang di tulis oleh Aisya Sofea ini kerana NAMA Aisya Sofea itu sendiri yang terkenal dengan cerita-cerita yang sangat dekat dengan jiwa, meninggalkan kesan dan sangat deskriptif apabila mengeksperikan perasaan dan menjelaskan gerak - geri setiap watak. 
Dan ketika aku mula membelek sinopsis sebagai persediaan awal membaca, aku fikir cerita ini cerita yang biasa-biasa.  Dengan tagline yang seolah-olah mengajak kita membelakangkan keluarga hanya kerana cinta, sejujurnya aku rasa perkara tu sangat tidak berbaloi. 
Cinta dan kasih seorang lelaki hendak dibandingkan dengan cinta dan kasih seorang ibu?  Mustahil!
Sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana Cinta? Mengarut!

Review : Akhawat Pakai Hoodies, Inche Gabbana

Image
Tajuk: Akhawat Pakai Hoodies  Penulis: Inche Gabbana  Penerbit: Penerbitan Wahai M/s: 320 
"Kerana akhirnya Akhawat itu seorang perempuan juga!"


First time aku tengok buku ni aku terus cakap "Cool gileh cover dia" Haha. Cool apa, perempuan pakai hoodies? Ke tak? Okay okay kalau tak, takpe je. Tak yah buat muka.Tapi bagi aku cover dia yang simple tapi lek lek ini la yang buat kan aku teruja nak beli dan nak tahu isi dalam dia. Belek sikit sikit, aku tengok macam oh, ni pasal perempuan. so aku rembat yang ni je ah masa pbakl2017 hari itu, walaupun sistor yang jaga booth Penerbitan Wahai itu cakap,

2+1

Image
"Akak happy sangat tengok Asha sekarang. Kerja pun makin baik. Lepas ini, kalau ada projek, akak dah tak payah cari orang lain, boleh terus bagi Asha je."  Ayat panjang lebar dari Kak awal buat Asha terdiam. Rasa takut untuk menerima pujian tersebut. Terlalu awal untuk dia terima pujian dari seniornya yang sorang itu. 
"Banyak lagi yang saya kena belajar kak. Tapi okay lah, masa mula-mula dulu rasa bodoh, sekarang dah rasa macam tak bodoh sangat." Balas Asha sambil tersengih. 
Kak Nawal tergelak. "Merendah diri sangat." 
Sebetulnya, Asha langsung dia tak rasa bangga. Malah dia rasa takut. Takut kalau expectation orang tinggi sangat tetapi pencapaian kerjanya masih di tahap biasa-biasa lagi. Tapi dia tetap cuba menyelesaikan tugasan nya sehabis baik. 
Keupayaannya menguruskan persediaan sebelum program, masih lagi belum mencapai tahap Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Heh. Cuma apa yang dia boleh katakan, sepanjang bekerja di bawah kak Nawal, dia belajar …

2+1

Image
Asha menutup pintu bilik perlahan-lahan sebelum mengunci  pintu tersebut. Laptop yang dipeluk dari tadi, di letak atas meja kerjanya. Dia menuju ke katil yang cuma tiga langkah dari meja kerjanya. Dia bersila di hujung katil bersaiz queen, bercadar putih bersih. Matanya memandang tepat ke depan. Cermin besar memantulkan wajahnya yang tidak ceria. Dia sengaja menolak rambutnya ke belakang perlahan-lahan sambil mengeluh perlahan. 
Irfan.Balik.Bulan.Depan.  Irfan.Balik.Bulan.Depan.
Berkali-kali dia ulang ayat yang sama. 
Patut tak aku tempah tiket pergi mana-mana saja? Supaya aku tak payah jumpa Irfan? Dah tu sampai bila nak mengelak dari jumpa Irfan? Lagi satu, tak kan nak cari pasal dengan bos? Program tak selesai lagi, aku dah nak fly entah pergi mana. Haih. Jangan buat kerja gila Asha. Profesional sikit boleh tak? 
Dari bersila, Asha menelentang kan tubuhnya di atas katil. Sebelah tangannya automatik diatas dahi. Terkebil-kebil matanya melihat kipas siling berpusing ligat. Dua bulan…

2+1

Image
pinterest

"Tak kelakar la iklan tisu ini. Aku ingat ending dia sedih, aku dah sedia tisu tau."  Asha toleh kekirinya dengan dahi yang berkerut. Iman yang bersandar di sofa disebelahnya, masih lagi dengan muka bengang. Asha geleng kepala seraya tersenyum kecil melihat kotak tisu sememangnya ada di atas meja kopi didepan mereka. Kemudian, dia menatap kembali ke skrin laptop di atas riba.
"Kau dah kenapa? Sedia tisu bagai? Ingat semua iklan kena  menangis ke apa?"
"Takdeklah, intro dia je dah sedih"  Ulas Iman pendek sambil mencebik. Asha mendengar saja, malas mahu menambah. Dia masih khusyuk dengan kerjanya. Dari tadi, dia sibuk mendaftarkan penyertaan peserta-peserta secara manual  untuk program bicara buku yang bakal diadakan lagi dua bulan. Kemain rancak program bos merangkap seniornya ini apabila mendapat sambutan dari pelbagai pihak.
"Apa yang buatkan kau rasa iklan ini nak jadi sedih? Tak kan sebab intro saja?" "Malas jawab. Nanti kena…

member aku nak bertunang, aku chill je dulu

Image
mana satu F? Haha

tengah malam semalam, aku dengan member aku, F ada balas balas whats app. Dah lama juga since aku sibuk dgn freelance job hari itu, dia sibuk dekat court. Kami duk sibuk bincang nak buat trip pergi Bromo, tapi tiket mahal gak. Macam tak berbaloi sangat kalau nak pi pun. Cadangan lain, pergi Jogja. Since aku dah pergi Jogja tahun lepas, dia takut la aku tak nak join. Aku kata aku insyaAllah boleh nak join kalau tempat yang dia orang nak lajak tu bukan tempat yang aku pernah pergi. Jogja berlambak kot attraction dia kan. so aku harap, dia plan untuk pergi tempat-tempat yng aku tak pi lagi la. haha

dalam duk sibuk bincang sana sini, tiba-tiba dia balas whats app aku

'habes time hujung ogos itu hang tak boleh?' 

'tak boleh. aku ada family trip, kalau tarikh itu kita pi jugak berapa lama ja kita dpt spent time dekat jogja?'

'dak-dak ni bukan pasal trip. ni pasal aku aku bertunang.'

dia hantar whatsapp itu tengah malam, sahur esok tu baru aku baca ba…

Review: Fir & Anne, Rodier

Image
Tajuk: Fir & Anne  Penulis: Rodier Penerbitan: Jemari Seni  Muka surat: 570  ISBN: 9789670851846
*Spoiler* 
'Hati itu misteri yang tak terungkap, menyukai tanpa sebab, membenci tanpa alasan'




Sinopsis:


Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangkaan itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, 'seseorang itu' akan terkesima. Sampai teringat-ingat...
"Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?"


Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an 'e' itu.
"Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?"

Review Novel : Hanya Itu Pintaku, Farisya Natasha

Image
Tajuk : Hanya Itu Pintaku   Penulis : Farisya Natasha  Penerbitan : Penulisan2u  Muka surat : 470  ISBN : 978- 967- 2102- 14- 4
" Pandang lah aku walau sesaat"



Sinopsis:
Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu  bersama perempuan lain, rupa-rupaya ini yang dia terima setelah kesetiaanya di pertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. 
"Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu." - Benjamin 
"Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?" - Aulia 
"Exactly, He lost his memory for an entire ten years before the accident . Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There's no you in his memory. You do not exist anyone" - Benjamin 
Aulis pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali tetapi Eiman yang menol…

Adaptasi Hero Seorang Cinderella

Image
"Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99% pilih untuk percaya" - Nura Medina 
"In the situation of 99% of distrust, I am your 0.1 %  that will trust you. Always."  - Tengku Ian Uzzam 


Tbh, aku  jarang sangat 'melayan' drama adaptasi ini, disebabkan first experience aku layan drama adaptasi dari novel favourite aku agak mengecewakan kan, so bermula dari situ, aku rasa macam, aku tak boleh layan. even orang ajak bagai nak rak pun, aku cam boo layan. heh

Sebab, aku ada expectation sendiri.

bila aku dah baca sesebuah novel itu, aku  dah imagine siapa yang pegang watak-watak dalam novel itu, dan personally, aku tak berapa suka kalau plot cerita sebenar dalam novel di ubah terlalu banyak bila dah jadi drama. so yah. aku tak layan kebanyakkan adaptasi. sebab aku setuju dengan kata-kata mak matluthfi

" imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal" -  (238, Catatan Matluhtfi)
tapi Hero Seorang Cinderella ini aku rasa lai…

Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Image
credit : pinterest
Di temani Alan Walker dengan lagu Alone, aku terasa nak share something. Itu  pun sebab dua hari lepas, ada seorang adik ini , dia DM aku dekat instagram. Soalan dia berbunyi macam ni eh :


" Macam mana nak buat buat review?  Ada tips tak untuk buat ulasan buku atau novel?"

Aku just nak bagitahu awal-awal, aku bukan orang yang 'ahlinya' nak berikan tips atau apa-apa yang formal kata kalau kau tulis begini dan begitu itu  baru review atau ulasan yang betul tepat dan tak dapat disangkal lagi.