Tuesday, December 6, 2016

Switzerland : Zytglogge, Einstein haus, rendez- vous Bundesplatz


Selepas hampir 14 jam berada di dalam pesawat etihad. Transit lebih kurang 2 jam di Abu Dhabi. Kitaorang sampai di Zurich Flughafen pada jam 6.45 pagi. Dari Zurich, aku dan family bergegas kejar train ke  Bern. Seboleh-bolehnya nak kejar train paling awal dan direct train! First time naik train dkt tempat orang, rasa jugaklah cuak
tu kan.

haha.

Mana tahu tetibe dia kata swiss travel pass yang kitaorang print tak lepas ke, tak valid ke apa ke kan? Tak ke naya?
Tapi alhamdulillah. All is well. haha  Sempat kejar direct train. dan selepas 1 jam 15 minit kitaorang sampai di stesen Sbb Bern. Sampai di Bern, we dah tunggu kitaorang. Kalau baca entry sebelum ni, aku dah explain sikit. Aku dengan family buat keputusan untuk ke Switzerland tahun ni sebab nak  visit nenek sedara kitaorang kat sana dan melancong. Kira 2 in 1 trip la senang cerita.




 sekitar di Stesen Bahnof Bern SBB 

Dari Bahnof Bern ke Kursaal, naik tram. Dalam 10 minit dah sampai rumah we di Kursaal. Rehat kejap, sebelum keluar explore bandar Bern.


Gambar : Selamat pagi Bern! View ni dari rumah we  :) 

Jadi first day di Bern, kemana je kitaorang? 

Oke. 

Tempat pertama kitaorang pergi adalah Zytglogge. Aku tahu korang mesti tertanya-tanya nak sebut cemana. First time masa aku nampak word ni pun aku dah cam, pehal susah gila nak sebut. nak sebut cemana kan? Berbelit-belit lidah nak sebut, tapi masa dalam tram, aku dengar diorang sebut (Zitlogh) Ceh. Sebenarnya takdek lah susah sangat nek sebut walaupun ejaan dia boleh tahan gegegeggege. haha


Zytglogge ( Clock tower )



Zytglogge merupakan lokasi myang menempatkan menara jam yang wajib di kunjungi. Sebagai syarat yang kita dah pernah sampai di negara yang mementingkan ketepatan masa. haha. Memang dekat Swiss ni takdek yang terlewat atau tercepat, semuanya tepat.

Dari menara jam ini, juga kitaorang jalan kaki ke Einstein Haus. Rumah einstein. Saja lah nak masuk kut-kut dapat aura cedik bijak pandai , cemerlang gemilang dan terbilang beliau dekat aku. Haha. Tak. Tak.

Aku saja ja nak tau pasal einstein.


Einstein Haus

muka memasing cam serabut ayam, letih tak habis lagi,haha
 tapi rasa rugi pulak kalau tak start tengok tempat org. 




Dekat Bern ada dua:

1. Einstein haus,
2. Einstein museum.

Kalau Einstein haus ni kena bayar 6 CHF seorang, tapi kitaorang kena 4.5 CHF seorang, diskaun sikit sebab datang dengan family dan kitaorang ada swiss travel pass. Kalau einstein museum, aku tak sure tapi harga tiket lagi mahal. Di einstein  haus, ada tiga tingkat. Tapi ruang kecil saja dan terhad. Tingkat dua ada di pasangkan Video tentang sejarah hidup Einstein, tapi hmm sepatah haram aku tak paham. Haha. Sudahnya baca je lah sejarah dia dekat board board yang dia pasang kat dinding.


Disebabkan hari pertama, kitaorang tak rushing nak kemana pun, jadi ayah ajak naik tram. jalan-jalan naik tram katanya. dari hujung ke hujung. haha. amacam mencabar ke tidak? Haha. Takdek lah, sebenarnya, nak bagi familiar dengan nama dan tempat dekat bern, sebab kitaorang kan stay dekat Bern so senang la kalau nak kemana-mana, kita dah cam tempat kan.

Stop dekat Monbijou,


muka-muka tahan kesejukan. Sejuk gila weh!


ayah aku ajak cari halal food. haha. ayah aku memang rajin bab-bab ni, sebab dia tahu anak dia memang perut tak internasional sangat. kahkah. family aku memang cemni, wajib cari halal food, kalau ada malay cuisine, akan cari sampai dapat, kalau tak, pun turkish food, indian food pun dah okay.

cari punya cari guna muslimpro. jumpa satu. Aku tak sempat snap gambar kedai itu. Tapi kalau tak silap, nama kedai itu City Pizzeria, siapa yang akan ke Bern, Swiss. Korang boleh try makan makanan dekat City Pizzeria, owner dia org turkey. Dekat je dengan stesen Monbijou. untuk lunch dan dinner petang itu, order :

 3 set Pouletflugeli ( 6 pieces) with french fries,
nama berbelit, padahal ayam goreng je. haha



Perut dah kenyang , baru boleh jalan lagi. Malam itu di Bern, ada light show di bangunan parliamen. Malam terakhir. Kira event tahunan la. Dari Monbijou terus ke Barenplatz. Sampai di Barenplatz awal lagi. Show start jam 7, kitaorang sampai jam 6.


waktu aku tengah tunggu light show mula, aku tunggu dekat bawah pokok, ada kerusi so lepak situ. Makin lama, makin ramai orang. Dari aku duduk sampai lah aku kena bangun dan berdiri atas kerusi. Local yang datang melaut kut. haha.

masa ini ada local bawak anjing, anjing dia gebu. lalu depan aku, haha, aku pun sebab hormat dia senyum  je la. niat aku untuk hormat dia la, dah dia pulak fikir aku suka dekat anjing dia,*tepuk dahi* dia hulur kat aku.

adoi. haha

aku pun senyum je la, dan cari ruang untuk kebelakang. aku pun faham la, yang diorang tak tahu muslim tak boleh pegang anjing kan. so relax je lah.

tapi itu lah yang aku perasan.

local swiss ni diorang memang lebih gemar bela anjing, dah la anjing diorang cecomel.macam-macam baka aku tengok, ada yang kecik macam teddy bear, ada yang besar macam anjing campur serigala mcm dlm cerita twillight pun ada jugak. diorang suka  bawa anjing diorang riadah. tak kira jalan kaki, naik tram, naik train. dan diorang sangat berlaku ihsan pada haiwan, lagi time winter, anjing pun pakai baju gais.

aku ada juga terbaca, disebabkan kos sara hidup kat sana tinggi, so diorang lebih senang bela haiwan peliharaan dari ada anak sendiri. betul ke tak, wallahualam la.

ok dah lah cerita pasal itu.

gambar bawah adalah gambar yang aku sempat ambik ketika light show dah start. atau dalam bahasa mereka, disebut sebagai rendez- vous Bundesplatz



nampak tak melaut local yang datang? Haha. Tapi best show dia, tak sia-sia tunggu dekat sejam, berasak-asak berdiri atas kerusi. Dekat bawah ni video 20 saat light show yang masih ada dalam simpanan aku. tapi kualiti tak helok sangat la. haha  yang lain, aku dah delete, sebab phone aku tak boleh simpan byk video. LOL

video


Jadi untuk hari pertama, aku rasa bern ini okay, best sebab banyak benda yang kita boleh explore, bangunan -bangunan lama yang cool, berseni, view dia lawa lagi kalau stay dekat kursaal,tapi  bila dah sampai rumah semula, nenek sedara aku cerita pasal peraturan local di swiss. lepas dengar terus aku down kejap. rasa tak best dan nak balik malaysia terus. 

haha. korang mesti nak tahu benda apa kan? 

nanti aku sambung la eh. untuk kali ini, da cukup kot. oh ya terima kasih pada yang sudi baca entry yang lepas  :) Muahciked. HAHAHA.



2.53 pagi, 
6 Disember 2016, Kuala Lumpur 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...