Tuesday, December 13, 2016

Switzerland : Onion Market & pesta confetti!




Hari ketiga adalah hari yang menggembirakan walaupun hanya berada di sekitar Bern. Jam 9.30 pagi, berjalan-jalan di sekitar Zytglogge dan Barenplatz untuk merasai kemeriahan event tahunan di Bern iaitu 'onion market'

sampai je dekat Zytglogge tu, amboi bau bawang boleh tahan. Semerbak! haha.

Ada berpuluh-puluh kiosk yang menjual bawang. Aku tengok bawang dekat sini dah macam masuk fashion show dah. Dari bawang biasa itu, di hias macam-macam style. Dan harga bawang-bawang tersebut boleh cecah 10 CHF. Kalau convert cam tak berbaloi nak beli. hahahs. 



Selain kiosk yang menjual bawang, ada juga kiosk lain, yang menjual makanan, shawl@mafla, coklat, dan macam-macam lagi, 





dan ada jual yang menjual confetti! 

dekat bern ni baru aku tahu confetti tu apa. gigih tau aku cari kat google. hahahs. confetti tu semacam kertas warna warni yang di gunting-gunting halus itu. diorang jual ikut paket. Paket kecil harga dia 1CHF , paket besar 8 CHF. 





















si penjual confetti yang comel dan confettinya!😎


Kegunaan confetti masa onion market.

Confetti yang di beli adalah untuk baling kepada sesiapa saja yang kita suka. Haha. Cool ke tidak? Sekati la nak baling kat siapa pun, peluang ni jangan disia siakan. 😈Hari ini kalau baling confetti, ketuk orang dengan tukul permainan itu pun tak dek siapa boleh marah. 

Dengar macam, “WOW kan?!”

Mula-mula macam haisyh cuak la jugakkan. Boleh ke main baling sesuka hati, tapi bila ada local yang baling dulu apa lagi, “PERANGGGGG! Hahaha.”

Video ni aku save dari instastory, kena baling dgn confetti lagi cool dari kena ketuk kepala.Budak lelaki tu gigih betul lari-lari semata nak baling dkt aku. Tapi sebab confetti dkt tangan aku dah habis, aku gelak je la. Siot je an.

amaran: mute kan video itu kalau korang tak nak kena sakit jantung.haha takpun Aku harap korang bertabah lah dengar gelak-tak-ikhlas aku tu. 😜


video



suasana ketika Onion market. 



muka happy sebab dapat baling confetti dkt org lettew. πŸ˜†



dekat sini, perasaan negatif aku tentang local swiss terhakis la sikit. Haha. Walaupun Cuma satu hari saja, kira okay apa. Boleh balas dendam. Haha. Pesta confetti ni berlangsung satu hari dari pagi sampai petang. Waktu ini, nak baling confetti dkt sesiapa pun terserah, tapi kita kena chill je lah relax, kalau ada orang baling confetti dekat kita pulak. Jangan lah marah diorang keapa. Memang hari tersebut, adalah hari ornag bergenmbira, membaling confetti dan mengetuk orang dengan menggunakan permainan ala-ala tukul itu. Aku tak tahu pulak nama dia apa.

Beberapa jam di onion market, kami ke gurten mountain. Agak jauh jugak dari Zytglogge. Kena tukar beberapa tram dulu sebelum sampai.dan aku terlupa cara-cara nak datang sini. haha Gurten mountain ni boleh menampakkan seluruh bandar Bern. Untuk photographer yg byk ‘gear’boleh la try ambik gambar dekat sini. Aku tak dek gear. Haha. So gambar pun cam, asal ada la.



Naik cable car, 8 minit camtu. dah sampai. 



View bandar Bern, dari gurten mountain.



Bagi aku, gurten mountain ni memang sesuai kalau dtg dengan family. Sebab, parents boleh layan view yang masyaAllah.  Anak-anak boleh main playground dia boleh tahan besar dan kalau  keadaan cuaca elok, boleh main toboggan, mcm slidding la kut. Time kitaorang pergi, cuaca ok tapi anginaterlalu kuat. so memang nan hado la. Kitaorang lunch dekat sana, lepas itu stay kejap. Tadabbur alam. Ewah. Lepas tu turun semula. sebelum pergi  melawat bangunan kedutaan Malaysia.


Walaupun hari ketiga tak jalan jauh. Tak keluar dari bern tapi boleh di katakan hari yang paling gembira bagi aku. Sebab tak terkejar ke sana sini, semuanya relax dan boleh menghayati satu-satu kawasan tu lama la sikit. Beberapa kali turun naik tram, aku perasan ada beberapa kawasan yang penduduk nya ramai muslim. Tapi itu lah, aku pulak tak terfikir nak simpan nama kawasan itu. Kalau tak boleh juga korang yang nak pergi sana usha  tempat situ. Ada logic nya, kalau kawasan tersebut ramai muslim, itu bermakna keberangkalia untuk berjumpa dgn halal food adalah sgt tinggi. Hee.


petang itu,  jalan-jalan tengok pasar . Macam Pasar malam dekat sini lah. 







sorry lambat update. wifi takde. huuuu

13 Disember 2016,
11.08 malam, Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...