Thursday, December 8, 2016

Switzerland : Interlaken - Kleine Scheidegg



Hari kedua pula, perjalanan kitaorang start selepas breakfast. lebih kurang jam 10.30 pg naik SBB train dari Bern ke Interlaken Ost. Lebih kurang satu jam dalam train, sampai di Interlaken Ost. Interlaken(, Lauterbrunnen)tempat- tempat yang aku teringin gila nak pergi bila duk search dekat internet.

Bern  - Interlaken Ost 
( Bahnof Bern – Thun – Spiez – Leissegen – Interlaken West – Interlaken Ost )


Keadaan ruang  2nd class di dalam train SBB



Interlaken Ost, ni tempat yang memang orang datang singgah sebelum gerak naik ke mana-mana tempat yang tinggi macam, harder kulm, schiltorn, kleine scheidegg, jungfraujoch... dan lain-lain. (bergantung kepada route yang kita nak.)  sebelum aku tulis lagi panjang,
gambar bawah ni sekitar di Interlaken 



Swiss ni memang terkenal dengan chocolate.

dan juga jam tangan yang berjenama, berkualiti dan mahal. Haha diorang jual jam main letak dekat luar je, takde kes curi ke apa. haha. sempoi baq hang.


aku pula jenis suka tengok building depa. macam-macam style, berseni.aku suka tengok tingkap je sebenarnya. tingkap bangunan diorang cute. haha



"pak cik balas wasep sape teww?" haha



di interlaken , kitaorang buat keputusan nak naik harder kulm tapi masa di kaunter tiket, staff dekat situ bagitahu yang harder kulm tutup. Tutup sampai bulan April.Tak tahu sebab apa. Huuu. Aku pun frust jugak lah. Harder kulm punya view lawo gile kut. huhu (nak tengok lawo ke tak, pergi google.) haha

tukar plan naik ke kleine scheidegg.

nak naik kleine schedeigg, route yang di cadangkan oleh staff situ ialah :


 (Interlaken West – Interlaken Ost (tukar train) Grindelwald – Kleine Schedeigg – wengen- Lauterbrunnen –  Interlaken Ost. 
                                        

Naik train ke Grindelwald view dia subhanallah. Cantik! Susah nak describe tapi meh aku share gambar yang aku sempat ambik dari dalam train. (gambar aku tak power mana la, tapi tak pe la) Aku bersyukur sebab waktu ni aku gigih juga buka tingkap train untuk ambik view yang lebih kurang sama di lauterbrunnen.ada hikmah. sebab masa balik, sampai lauterbrunnen dah gelappppp.Wuuuuua! Dah la frust tak dpt naik harder kulm tak habis lagi, ni cita cita nak ke lauterbrunnen pun tak kesampaian.

sob.
sob.
sob lagi.




view dekat bawah ni memang aku dah aim dari malaysia. aku suka tengok view, gabungan tiga kali cemni, biru, putih dan hijau. tah. aku nampak view ni sangat cantik, sedap sejuk je mata memandang.




Sampai je di Kleine Schedeigg, dah  ramai orang main ski, satu kebiasaan local di swiss ialah, ahad tu hari wajib untuk diorang bercuti. dan kebiasaannya, local akan datang dari merata untuk buat activity ski, sliding, hiking dan macam-macam la. so diorang keluar awal-awal pagi dan balik lepas dah gelap. 








makin petang, cuaca makin gelap dan makin sejukkk.


ski region ini, aku rembat dekat kafe mana tah. dia buat alas pinggan oi. haha. 



rasanya cukuplah hari kedua yang memenatkan. dapat rasa nikmat main salji alhamdulillah. haha.

oh ya, dua hari  pertama dekat swiss, hari 'sengsara' untuk aku. ni cuma pengalaman dan pengetahuan aku yang stay tak sampai 10 hari pun dekat swiss. ya lah lain orang, lain pengalaman. dan ini pengalaman pertama, aku di beritahu yang local swiss sangat sangat mementingkan 'privasi'. 

kalau boleh taukid, aku nak taukid lagi sebenarnya. haha ( sangat terlalu paling )


situasi 1 : dalam train balik ke Bern, ada group lebih kurang sebaya aku, bersembang dan ketawa-ketawa. bagi aku, benda itu biasa. sebab taklah kuat sampai mengganggu ke apa. dkt malaysia, okay je. kalau jumpa mcm ni punya spesis.haha

tapi dekat swiss, haha. aku cam terkejut bila ada local, tegur  group tu untuk diam. 

situasi 2 : dalam kawasan perumahan. kebanyakan rumah di bern adalah rumah bertingkat seperti apartmen. So, apa yang nenek saudara aku bagitahu, peraturan rumah ialah, tak boleh bising selepas waktu-waktu tertentu. kalau nak flush dah lepas membuang pun, kena fikir dua tiga kali. LOL. nak masak ke apa. ada dia punya rules tertentu. 

dan  apa yang nenek saudara aku buat, dia bagitahu elok-elok pada jiran tingkat bawah yang diorang akan 'bising' sampai jam 10. maksudnya persediaan, nak masak , anak anak dia nak bermain, come on anak lelaki kecik tengah membesar gais mesti la nak main huha huha. kalau anak perempuan lain cita bg barbie doll, duk senyap dalam bilik. 

situasi 3: kalau dekat malaysia, hari ahad sabtu ahad tu la hari kita nak relax atau nak kemas rumah ke apa, sebab weekdays kita kerja atau ada urusan lain. 

tapi dekat swiss hari ahad hari sepi diorang. maknanya, kalau nak mesin rumput ke vacum rumah ke, apa-apa saja lah yang mengeluarkan bunyi adalah di larang sama sekali. haha. 

hal-hal mcm itu buat hari isnin-jumaat. 

kalau nak buat juga, boleh la. tapi kalau ada sampai polis datang rumah, jangan lah terkejut pulak. hahas. 

----

haha. dua hari aku mcm 'stuck' ya lah duduk dalam rumah  tapi semua benda kena hati-hati, nak buka laci ambik cawan pun macam nak 'mencuri' buka slow-slow. woih trauma aku kot. haha


tapi itu lah. 

mula-mula je lah aku cam negatif sikit. tapi lepas aku fikir balik. kita datang tempat diorang untuk belajar'something' so itu lah yang aku belajar dan aku kena hormat pada 'rules' mereka. belajar untuk faham cara diorang. bukan lama pun nak bertahan. haha

tapi tak semua local swiss mcm yang aku cerita. kebanyakan yang aku jumpa, di tengah jalan, depa boleh ja chill asalkan 'tak bising' haha. dan dari pemerhatian aku, selalunya yang nak 'privasi' lebih ni, golongan veteran.

ehe. 

sekadar tu pengalamn tak best aku. haha

TIPS: Kalau korang nak stay di airbnb atau courchsurfing, aku rasa lebih elok korang tanya, tuan rumah, peraturan-peraturan. lebih mudah kita tahu awal, so kita boleh kawal. haha

JANGAN BISING. JANGAN BERLARI DALAM RUMAH, JANGAN FLUSH JAMBAN. haha




9.53 malam, 
8 Disember 2016, Kuala LUmpur.





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...