Monday, December 5, 2016

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland



*MAKANAN HALAL DI SWITZERLAND

----

"Nah ambik ni. " (bil, travel pass, maps and semua benda psl Switzerland.)
"mana tahu boleh masuk dlm blog nanti"

eceh. ayah pun dah paham perangai anak dia. haha.

---

Alhamdulillah semua urusan, dari sebelum pergi, semasa di sana dan selepas balik, dipermudahkan. semoga allah redha dengan perjalanan aku dah family di sana. So gais ni entry basic saja. entry pengenalan sebelum aku tulis entry yang lebih panjang lebar tentang Switzerland. 

dalam entry kali ini, aku cuma share apa yang aku buat before ke switzerland dan juga share tentang tempat penginapan, pengangkutan dan destinasi pilihan. 


@jungfraujoch ski region tu aku rembat dari kedai makan >.< hahaha

benda-benda yang aku buat before pergi sana :

1. Cari review dari Internet
Benda ni penting supaya kita dapat info atau gambaran awal (sekurang-kurangnya) tentang tempat-tempat yang best, public transport, local behaviour, & ect. dari website rasmi negara tertentu atau dari blog orang yang sudah ke sana.

Untuk itu, terima kasih kepada blog : 
1. KAKIBERANGAN   
2. MYSUPERKIDS.NET
3. TRAVELOG: ME AND OUR JOURNEY

sebab banyak gila entry yang best dan tips tips menarik! :)


2. Beli buku (Travel guide)
Benda macam ni terpulang pada individu masing-masing la. Ada yang selesa, dan cukup untuk cari tahu melalui internet saja, kalau macam aku, mesti ada buku yang boleh di pegang baru rasa puas untuk cari maklumat yang lebih lanjut.  Kalau guna internet saja, rasa sekejap, eh apa eh benda tu, ala kat mana eh? selalunya macam itu la. Kalau nak print, semua benda aku nak print. so senang beli buku yang murah pun takpe tapi lengkap. Untuk kali ini, aku guna Marco Polo Switzerland. 

3. Itinerary
Dah baca review, dah dapat gambaran awal. So buat iti. Selalunya dalam itinerary, aku letakkan tempat penginapan, pengangkutan, tentatif, dan bajet. tapi kali ini aku buat iti ringkas yang cuma ada tarikh dan  tempat-tempat yang menarik. Iti ni penting untuk jadi guide kita. Panduan, jadi tak lah bila sampai tak tahu nak kemana ke apa kan. Cuma be flexible la. Kalau kita kena ubah, ubah je la. Tak dek masalah pun. Ikut selesa masing-masing

Jadi, semua sepakat untuk ke tempat-tempat di bawah : 



Kalau nak ikutkan keluasan dan keindahan Switzerland, semua tempat pun aku nak pergi hatta ke ceruk pedalaman pun. Tapi orang dulu kata, jangan tamak nanti rugi, so aku pun ambiklah pendekatan tak dapat pi semua, jangan tinggal semua. ehe.


Itinerary Switzerland 26 Nov- 3Dec





6.45 am  - ETA Zurich Airport
Zurich Airport –  Bern

🚋

-        Zytglogge (Clock Tower)
-        Old Town,
-        Einstein Hous
-        Dinner, Monbijou
-        Rendez-vous Bundesplatz 2016




🚄

Bern  - Interlaken Ost ( Bahnof Bern – Thun – Spiez – Leissegen – Interlaken West – Interlaken Ost )

Interlaken West - Kleine Schedeigg (Interlaken West – Interlaken Ost (tukar train) Grindelwald – Kleine Schedeigg – Lauterbrunnen – Interlaken Ost.  
                                       


Bern
Gurten Bahn
Bookstore Weltbild



29 NOV

🚄

Bern – Geneva, UN & Lake Geneva

Indian Food, Bombay Restaurant Indien

🚋

Tram 15 ( Geneva – Mole – Butini – Mais de la paix – Sismondi – Nations )

  
30 NOV

🚄

 ( Bern – Thun – Visp – Brig – Domodossola)


1   DEC

🚄

Bern – Olten – Liestal – Basel


2   DEC
Zurich

🚄

Bern  – Hotel ibis budget Zurich Airport, 45
            

🚋

Lindenhof Hill
Old Town, District 1,
Singapore Restaurant

3   DEC

ETD Zurich Airport 9.50 a.m



kitaorang stay di Bern. Dan setiap hari, dari Bern ulang alik ke tempat-tempat di atas kecuali Zurich. Kitaorang balik KL ikut Zurich, so akan stay semalam dekat Zurich.

Ulang alik?

Mesti ada yang fikir, tak jauh ke, tak makan masa ke?

Untuk pengangkutan pulak,

Dari Bern ke tempat-tempat macam yang yang aku nyatakan kat atas tu paling lama perjalanan sehala pun 1 jam 45 minit. So dengan kepantasan dan ketepatan pengangkutan rasmi train SBB CFF FFS, insya-Allah semuanya oke. Tak drag masa ke apa. Yang penting jaga masa. Check schedule train  dan get ready saja lah.



Train SBB dari Bern ke Interlaken OST

Kalau di Bern, Zurich, Basel, Geneva, sendiri, mereka ada tram untuk menghubungkan kawasan ke kawasan yang lain.

Tram di bawah ni contoh tram yang ada di Bern. Dari tempat tinggal di Kursaal, naik train untuk ke Zytglogge, (Clock tower), Barentplatz, Bahnof Bern, Monbijou & ect...


Tram di Zytglogge (Clock Tower)


Untuk maklumat tiket Train SBB boleh refer website SBB Banyak pilihan tiket (fikir dan decide sebaiknya) dan lebih berbaloi-baloi menggunakan train SBB di Swiss dari sewa kereta atau cari tour guide. Haha.  ayah aku ada la juga idea nak  pakai kereta sewa, aku cakap tak payah lah. Dah la mahal nak mati, satu hari seribu lebih (lebih kurang) Pakai SBB sudah. Selesa dan menjimatkan!

Tips: Beli Swiss Travel Pass Boleh refer website MYSUPERKIDS.NET

TIPS : Kemana pun bawak Tiket Swiss Travel Pass bersama passport. Ada masa conducter train akan check passport, ada masa dia tak check. so untuk keselamatan sejagat, bawak je passport. Untuk tram pun sama, ada travel pass pun dah ok.


so cukuplah untuk kali ini.

next entry aku cerita lebih lebih dan lebih lagi. hiks.

Switzerland : Part 2 Zytglogge, Einsteinhaus, Rendez-Vous Bundaplatz


2.21 pagi, 
5 Disember 2016, Kuala Lumpur.



3 comments:

  1. Wah seronoknya..biler nk sampai sana ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu! haha. Seronok cikgu tapi tak tahan sejuk. Insya-Allah, ada rezeki cikgu mesti sampai sana. :)

      Delete
  2. Wah seronoknya..biler nk sampai sana ni....

    ReplyDelete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...