Wednesday, December 21, 2016

Review Novel : Demi Cinta, Farisya Natasha







Novel yang bakal di review ni merupakan novel edisi terhad yang di tulis oleh Farisya Natasha. Novel, Demi Cinta ini aku beli sewaktu buku expo 1 Malaysia tempoh hari. Aku bukan nak kata, tapi kalau korang peminat novel melayu tegar, agak rugi lah kalau tak menjengah ke expo tersebut. Aku rasa harga yang ditawarkan sangat lah berbaloi-baloi. 



Eheh.

Ok. Nak cakap lebih pun, expo tu dah berlalu. Haha. Jadi,
aku teruskan je lah dengan review ringkas ini. Nak mengarut panjang, aku tak rasa semua orang sudi nak baca. Sobs.

--




Demi Cinta  merupakan novel edisi terhad yang aku kira ia sebagai pengubat rindu pembaca kepada Farisya Natasya sendiri. Gaya penulisan yang santai, penuh dengan peristiwa yang menyentuh hati, sarat dengan tema kekeluargaan dan cinta serta ilmu baru tentang postpartum depsression merupakan kekuatan novel ini.

Penulisan yang bersahaja ni buatkan aku mampu menghabiskan pembacaan dalam beberapa jam. Beli tengah hari, aku baca petang, tengah malam sadaqallahu a’zim. Begitulah ceritanya. Aku bukan apa, Cuma aku ni dah lama tak jadi ‘speed reader’. Memang dah lama snagat. Jadi bila dapat habiskan novel itu dalam masa beberapa jam, aku kagum dengan diri sendiri. Ahaks. Ahaks.

Walaupun cerita dia biasa-biasa saja, tapi kekuatan yang aku sebutkan di perenggan atas tadi dah cukup buat aku terhidur dan memanfaatkannya.

Aku terhibur dengan ragam keluarga dan adik beradik Syad yang mencuit hati. Dengan perangai Syad yang tekad tu pun satu hal. Aku jadi sensitive bila ada bab yang menceritakan tentang Zahra yang perlu buat macam-macam hal supaya kehadirannya di terima oleh ibu kandungnya sendiri. Dan dalam masa yang sama Zahra yang terlalu ambitious untuk membina ‘nama sendiri’. Walaupun pada awalnya , aku mengatakan cerita ni bersahaja dan santai tapi setiap konflik yang di ketengahkan di olah dengan tersusun, jadi sebagai pembaca kita tak perlu pecah kepala nak fikir teruk-teruk.

--

Rasanya itu je kut untuk review kali ini.
Oh ya, bagi mendapatkan novel ini, boleh terus ke Instagram farisya_natasya Kalau dah rezeki, stok masih ada, dapatlah korang bersantai-santai dengan novel Farisya Natasya yang limited edition nih 😙

-- 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you