Tuesday, November 8, 2016

Review Novel : Serendipity, Sharaina










Hai.

Aku nak review novel Serendipity hari ini. Tapi aku dah habis baca novel itu masa 1 November lagi. cuma macam itu lah, macam biasa lah kan aku selalu macam ini. selalu malas nak buat review. Hahaha. Tapi petang ni aku rajin sikit. 

so silakan membaca review.

First impression aku bila tengok novel ni. "Hmm mesti rasa relax je bila aku baca novel ni nanti."

Aku membayangkan, proses pembacaan aku akan lebih relax, santai, dan statik dalam keadaan mood tenang. Mungkin sebab aku terpedaya dengan muka depan novel ini. 

hihs.




dengan cover warna putih. tak penuh dengan kata-kata atau gambar yang serabut? 

Tapi apa yang aku harapkan tak berlaku sama sekali. Sejujurnya aku penat. Penat disebabkan perjalanan cerita dia sangat lambat. Dari satu bab ke bab yang lain. Aku rasa mengah, cuba nak kaitkan satu bab dengan bab yang lain. Pengenalan watak itu dibuat terlalu panjang lebar, tapi dalam keadaan yang tergesa-gesa. 

Jalan cerita dia memang tak sepolos dan setenang cover dia. Haha. Cerita dia agak rumit sampai satu tahap aku rasa nak give up untuk teruskan. Cuma rasa rumit dia tu macam push aku untuk baca supaya nanti dah akhir-akhir aku dapat tahu keseluruhannya novel ni berkisarkan apa. Mungkin penulis menjadikan cerita ini rumit supaya dapat hadirkan unsur saspen dan menjadikan ia sebuah kejutan yang kita tak sangka. Mungkin la. Semua benda boleh jadi. 

sedikit sebanyak itu lah yang aku rasa. dan itu lah yang jadi punca untuk aku review dekat sini. 

tapi kalau korang jenis yang suka membaca something yang banyak konflik, aku cadangkan korang baca serendipity. 

aku sebenarnya okay juga kalau suruh baca something yang banyak konflik, cuma mungkin sekarang bukan masa yang sesuai, atau penulis boleh cuba belajar olah konflik dengan cara lebih baik :) 

Cuma part cover novel itu, aku macam boleh setuju untuk di jadikan simbolik kepada jalan cerita dia. Sebuah diari. Yang kita tahu fungsi diari ini adalah untuk kita merakamkan apa sahaja peristiwa yang berlaku seharian kan? Merakam kan melalui jurnal kehidupan kita, yang mesti ada saat gembira, sedih, kecewa, terharu, rasa benci dan semualah. so aku bagi 3mpat bintang untuk cover yang mampu memperdayakan aku ni. 

Hahaha. 

Untuk penulis, semoga terus sukses dalam bidang penulisan. review ini hanyalah perkongsian peribadi aku saja :) 

7.50 petang
8 November 2016, Kuala Lumpur 





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...