Monday, November 21, 2016

Jogja : Aktiviti Adrenalin Gondola, Pantai Timang



kalau orang tanya aku, aktiviti mana yang aku tak kan lupa sampai bila-bila, aku tak teragak-agak untuk jawab aktiviti di pantai timang!!!!!!!Apa lagi kalau bukan naik gondola adrenalin! wehoo! sampai ke hari ini pun aku masih terbayang-bayangkan perasaan, suasana dan keadaan dekat sana!  

aku sampai di pantai timang lebih kurang jam 2 petang. waktu yang sangat cun untuk menyeberangi laut dan ombak besar. 


untuk sampai ke pantai timang ni, aku kena naik ojek.
(tumpang motor mas enggar.) naik ojek dalam 50 000 IDR. dalam masa 10-15 minit. mas enggar hantar dan tunggu sampai aku selesai buat aktiviti gondola. oh ya kalau tanya aku kenapa nama dia gondola, aku tak dek jawapan. haha

 sebenarnya aktiviti gondola ni, dia tak mencabar seperti ber'caving' di goa jomblang!  aku rasa sebab aku tak fit kut, tu yang rasa ber-caving tu cam erghh, bila nak habis! bila nak habis! haha. tapi alhamdulillah, semuanya selamat. aku happy dan puas! hehe

oh ya kalau nak baca entry tentang jogja sebelum-sebelum ni, boleh klik dekat link di bawah:


selain gondola tu sendiri yang unik, aku suka kan suasana dan pemandangan dekat pantai timang! hati yang tengah rusuh pun tiba-tiba boleh jadi tenang dan sejuk. magic ke magic? haha



satu-satunya gambar aku naik gondola yang aku ada. heh. 

cuma masa nak naik itu je lah rasa takut. berderau.. ye lah, nak redah dari satu point ke satu point yang lain dan kau boleh nampak secara jelas ombak besar lagi ganas. Kau fikir ada ke yang senang hati? kalau jatuh cemana? kalau masa itu tiba-tiba cuaca tukar jadi cuaca buruk! nak patah balik cemana oi? haha.

istighfar dan mengucap lekaih.

dan gondola ni 100% di tarik oleh tenaga manusia. tawakal tu alallah.

aku tengah pegang tudung tu weh, kalau tak pegang boleh terbang cita dia. haha


alhamdulillah. hampir 1 jam setengah aku dekat sini. cuaca baik, redup. orang tak ramai. yang ada pun, sepasang mat dan minah salleh, seorang jejaka kacak yang melemparkan senyuman padaku (hiks.) haha, zek dan juga zara!

masing-masing layan perasaan.

aku tak buat apa pun melainkan, mentadabbur alam sepenuhnya. cewah. ayat nak yizlamik sangat kan. tapi itu lah yang aku buat. duduk tengah-tengah tuh. semua buat hal sendiri. tenang, damai, yang penting perasaan puas itu. Puas sangat!!!! haha tak sia sia datang lepas dah penat caving. ahhh puas nya ya Allah! air ombak membasahi pipi, angin kuat tapi menenangkan. apa lagi yang aku nak untuk buat beberapa tika ini?

credit pic : miss zek dan zara. 




nak naik gondola ini harganya 200 000 IDR + ojek 50 000 IDR
so semuanya 250 000 IDR. Insya-Allah pengalaman dan kepuasan itu berbaloi-baloi. Aku balik semula pada jam 4.30 petang. Kalau ikut hati memang tak nak balik. Haha. tapi tu lah, kalau tak balik nak jadi apa  duk tengah tengah tu. ahaha. :')

tapi cita dia,


Tak rugi okay tak rugi :) Kalau korang plan nak ke jogja, dan masih ragu-ragu nak letak dalam iti, maka aku sarankan korang pergi! jangan berkata tidak lagi! haha okay dah la cukup lah merepek. okay rasanya ini last entry, tentang Jogja. semoga kita jumpa di tempat yang lain pula! haha. woots.



21 November 2016,
10.48 malam, Kuala Lumpur.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 589 (ALL IN)*
    RM 439 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal


    Pakej termasuk
    ● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you