Tuesday, November 8, 2016

#Bookhaul (November) : Buku-buku yang menanti untuk di baca. Eh.




Salam alaik.

Sebenarnya aku tak dek buat apa sangat dekat rumah, semenjak aku jadi penganggur terhormat ni. cuma itu lah, dah tak dek kerja pun still malas lagi nak update blog. haih. Sedih dengan perangai diri sendiri. haha.

tapi takpe.

tiba-tiba je
, sekarang ni aku rasa macam rajin gila. tiba-tiba aku jadi rajin nak berkongsi dengan korang (peminat buku) tentang bookhaul aku untuk bulan november. Eceh tetibe dah pandai nak ber-bookhaul bagai. Padahal sebelum ni, takdek pun. sebelum ni redah je pergi kedai buku, kalau ada buku best, ada lah benda nak baca bulan itu. Kalau takde, takde lah.

tapi sejak aku mengikuti akaun Bookends dekat twitter. Aku dapat la kenal denga dua tiga orang  yang minat dengan buku-buku ini. (walaupun kitaorang minat genre yang berbeza) tapi still bagi support antara satu sama lain. jadi dari situ lah, aku tengok diorang punya bookhaul itu huihs kemain meriah. Ada sorang akak ni, tiap tiap bulan mesti lebih 10 buah dia dapat baca, padahal dia kerja, ada life lain jugak kan. Tapi power tak power boleh bagi masa jugak untuk baca buku, novel & ect.

jadinya, mula dari situ lah, aku berazam untuk menjadi seperti mereka. haha

eeei berazam sangat. haha. come on, tolong lah support aku. bagi kata-kata semangat ke apa. aku nak cuba untuk bulan november.

fighting fighting. haha


"Read the best book first, or you may not have a chance to read them all" 
- Booknerd, Twitter 






Ada beberapa judul buku yang aku nak kongsikan dengan korang. Mana tahu korang tergerak hati untuk baca ke kan? Novel dan buku ni aku beli sebelum november lagi tapi itu la, mood baca tu tak datang-datang. So November ni fighting je lah~ 

Antara buku-buku yang menarik perhatian aku adalah seperti berikut :  ;)

  1. Serendipity, Sharaina - REVIEW
  2. Antara Langit, Bumi dan Dua Hati -  REVIEW
  3. Lelaki Bona Fide - REVIEW
  4. Jilbab Traveller Love Sparks In Korea
  5. Menangislah Cinta
  6. Travelog Tarbiah
  7. Tenggelamnya Kapal Van dervick
  8. Lelaki Januari
  9. Maps
  10. Ayah

So itu sajalah. Jumpa next entry okeng?! 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...