Wednesday, November 16, 2016

#bookhaul : Apa buku pertama korang?




aku sangat percaya, setiap dari kita yang suka membaca mempunyai titik permulaan dalam aktiviti tersebut. iyalah, bila kita start membaca, apa buku pertama yang kita baca, kenapa kita boleh suka pada satu genre tertentu, siapa yang bagi galakkan ...

semua itu mesti ada alsan-alasan yang tersendiri.
yang tahu sudah pastilah, tuan empunya badan.

jadinya, apa buku pertama aku?




Aku mula membaca pada umur 12 tahun, dan novel pertama aku adalah  'BICARA HATI' yang di tulis oleh kak Damya Hanna. Dan kalau korang nak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan novel ni, dan macam mana membaca boleh jadi hobi aku sampai sekarang, korang boleh baca dekat

SINI

Pertama kali aku baca BH, terus aku jatuh cinta. Haha. Aku tak tahu kenapa, mungkin ni novel pertama yang aku pernah baca.Mungkin juga aku tak baca buku lain tapi memang aku suka gila-gila dengan semua yang ada dalam novel ni.

oh ya, aku suka penulis dia juga.
sebab kak Damya seorang yang peramah, dan suka melayan pembaca. haha
dalam keadaan tertentu, dia suka juga tanya pendapat pembaca  tentang sesuatu hal berkenaan novel.

terus rasa di hargai. haha

---

disebabkan aku tak pernah buat review BH, jadi aku nak buat review sikit lah.

tapi kenapa aku tak buat sebelum ni?
sebab,

1. aku baca Bh masa tahun 2005.
2.masa tahun 2005, aku takdek blog lagi.
3. bila aku dh ada blog, aku pulak tak tahu function blog ni utk apa. haha
da ect ect ect. kihki

so korang yang baru nak berjinak-jinak untuk membaca novel terutamanya novel melayu, aku suggestkan membaca Bicara Hati. aku tak tahu kalau minat kita tak sama, atleast aku try untuk bantu korang untuk dapatkan view tentang novel melayu. hew

" BH ni lahir masa 2005. masa 2005, masih belum banyak novel di terbitkan. jadinya, jalan cerita dia ketika itu fresh dan aku boleh katakan cerita itu ada nilai nilai islam. walaupun bukan secara
menyeluruh tapi still ada.

Tg Shahran dan Zahlia bertemu disebabkan kemalangan kecil. dan dari situ, zahlia dan Tg shahran perlu melengkapi antara satu sama lain kerana 'keperluan' masing-masing. Zahlia nak bantu kawan baik dia yang sakit kanser. manakala Tg Shahran perlu mengelakkan diri daripada berkahwin dengan linda.

kisah Tg Shahran dan Zahlia ni berkisarkan life selepas berkahwin. macam mana dua orang yang masih belum kenal hati budi terpaksa pegang peranan sebagai suami dan isteri.
ada masa okay, ada masa mereka tak okay. walaupun asal usul dan darjat menjadi perbezaan ketara dalam cerita ini, tapi aku tak rasa kak damya nak highlightkan benda itu, dia just sentuh secara surface  yang boleh jadikan konflik.

dalam novel ni, aku paling suka watak Zahlia.

Zahlia ni diceritakan sebagai seorang perempuan yang boleh dijadikan contoh. walaupun di gelar anak tidak sah taraf, duduk dengan mak Azizah, tapi dia still kuat, tabah. dia ada ijazah perakaunan tapi sebab sayangkan anak-anak yatim, dia berkhidmat di sinar iram. dalam novel ni juga, Zahlia ni digambarkan sebagai muslimah yang menjaga aurat dan batas-batas. tetap teguh dengan prinsip. kadang-kadang dia berlemah lembut, kadang-kadang dia tegas dan degil.

Tg Shahran pula di tonjolkan dengan sikap yang sangat setia. ada part dia dengan Nazirah. aku tak tahu lelaki macam ni still wujud ke tidak. walaupun nazirah itu dah pergi lama, tapi Tg shahran tetap tak boleh move on. sekali dia jatuh cinta, selamanya dia akan setia. ibaratnya seperti itu la.

konflik tu  banyak, tapi aku boleh terima sebab konflik tu di ceritakan dengan satu persatu. takdeklah aku tetiba lost ke apa kan.

tapi serius lah, aku baca BH ni dah tak terkira bilangan dia. haha. cerita dia sangat menyentuh hati. aku macam boleh rasa, cinta sejati itu macam mana. rasa je lah. nak bercinta aku tak mampu lagi. haha.

jadi itu je lah,


oh aku pernah jumpa kak damya! hahaha. masa itu tahun 2013. 





4.40 petang, 
12 November 2011, Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you