Monday, November 14, 2016

Birthday Stories, Birthday Far








10 November hari itu, birthday far.

sebelum ini, aku bukan la jenis yang alert sangat dengan tarikh birthday kawan-kawan aku, (ya ya aku tau aku sejenis kawan yang hampeh) tapi mula tahun ni, aku cuba untuk ingat tarikh birthday dan appreciate mereka.

tapi itulah, kadang-kadang tu lupa jugak. haha

aku taktahu macam mana aku boleh tersedar dari hakikat ini, mungkin sebab adalah aku terfikir, yang kita sendiri tak sedar bila kita akan pergi, kita tak kan pernah tahu, atleast if kita celebrate, mendoakan kawan-kawan kita, (yang selalu ada susah dan senang) selalu tanya khabar, kalau jadi sesuatu, kita tak akan menyesal?

harap-harap.
dan bagi aku, salah satu waktu yang sesuai  untuk appreciate mereka adalah time birthday!

----

sebab yang lain jugak adalah kerana, mereka pernah buat surprise dekat aku febuari hari itu.


bayangkanlah.

kalau depa wish macam biasa pun, aku dah terharu apatah lagi bagi suprise cemtu kan? siap dengan bunga, cekelat-cekelat & kad ucaptama (kahkah). siap guna khidmat dari  ig: partyliciousbydyahaha
tah terharu tu sampai sekarang dan benda tu lah buat aku teringat-ingat kan mereka.

"apa yang aku dah pernah buat sebagai tanda menghargai persahabatan?"

sebenarnya, apa yang kita hadiahkan, mahal atau murah bukan 'penanda' sebuah persahabatan itu special ke tak.tapi ia terletak berapa kerap kita mengingati mereka dalam doa. tapi sekali sekali tak salah untuk appreciate dengan cara suprisekan mereka, bagi hadiah atau selalunya, plan untuk keluar makan sesama.

yang paling penting, kita cuba sedaya upaya untuk luangkan sedikit masa kita, untuk menghargai kawan-kawan kita.

---

okay. panjang muakdimah dia.
padahal nak cerita tentang birthday far je. haha.

birthday far haritu, aku dah siap buat reminder tapi tup tup aku terlupa lima belas minit selepas jam 12. nampak tak lupa jugak? haha

tapi aku wish mcm biasa, dan cuba merancang dengan fath nak celebrate birthday far. disebabkan di KL, cuma ada aku, edah dan fath. jadi kitaorang la bertanggungjawab untuk buat suprise dekat far. tikah dkt penang, zek dekat kedah, pikah dekat nilai, masingmasing tong tong (berkongsi) duit. haha.

pagi itu, aku pergi KL sentral. aku cuma tahu minat seorang far adalah membaca novel english dan peminat tegar kpop. tapi aku tak tahu nak cari apabenda barang kpop yang patut aku beli, so aku terus pergi mph nu sentral untuk cari english novel.

dan bila aku nak beli, aku sedar satu benda, berapa lama kita berkawan dengan seseorang, pernah tak kita ambil tahu apa yang kawan-kawan kita suka? apa minat diorang? diornag suka makan apa? warna kegemaran?

rasa jadi kawan lama dah, tapi tu ah terus rasa selama ni jadi kawan tak berguna. *sigh*
tapi seingat aku, far suka haruki murakami.aku cari buku yang latest tapi belum masuk lagi, aku terjumpa birthday stories. aku kira dia macam antologi, so aku terus pilih Birthday stories, selepas bermusyawarah dengan fath haha

yes. birthday stories untuk birthday seorang far. haha
aku harap seorang far suka buku tuuuu! hahah

---

Alhamdulillah,

bawak far pergi cafe Bert's, sebab seminggu sebelum tu, masa diorang celebrate aku convo, dekat Bason, ada la dengar far teringin nak makan dekat Bert's. haha nasib seorang fath sangat peka dengan keadaan sekeliling masa itu.

masa pergi ambik far dkt uitm, dia ingat fath ja yang datang ambik, tapi tengok-tengok ada aku dengan edah. suprise kat situ jadi ah. tapi masa sampai Bert's tak jadi, sebab time aku terbongkok-bongkok dekat parking lot nak tulis wish atas kad punya pasal, far dah perasan. cis cis cis

tapi tak pelah. apa-apa pun,

"sanah helwah far. aku doakan hang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jangan putus asa dan terus mengejar dan mencapai cita-cita hang. semoga hang sentiasa di lindungi dengan segala kebaikan, kerahmatan , keberkatan dari Allah.

aku kenal far ni sebagai seorang yang 'pemerhati', 'pendiam bila keadaan tertentu' dan pendengar setia!

terima kasih sebab selalu jadi pendengar setia. bukan saja setia tapi selalu bagi respon yang WOW dan terapeutik. haha. iloveyou"





aku patut ucap terima kasih dekat fath, sebab bersungguh, plan everything sampai jadi. untuk edah, sebab luangkan masa walaupun masuk kerja pukul 4, haha, sanggup cari kek yang sedap gila, dan ambik kitaorang dkt LRT ara damansara. (lepas tu lepas habis semua, buat voice message dkt aku, kata stuck dlm jam nak pergi kerja, pokok tumbang.haha) nasib semua ok! wee.


sorry takde gambar korang pandang kamera. haha



aku tak tahu kenapa mesti aku tulis entry ni, tapi aku cuma nak appreciate kawan-kawan aku. ya. kawan-kawan yang aku kenal dari form one & form two, dan sampai sekarang (masing-masing dah kerja, dah sambung master) hampir 11 tahun dan aku masih mengira. semoga tuhan redha dengan persahabatan kita.



hashtag :

kawanperempuan bff ex-smkap 11tahundanmasihmengira endorphine  doadanmasauntukmereka :') 

p/s: semoga mereka tak baca entry ini. ameen.haha.satgi diorang ingat aku buang tabiat pulaks. haha


14 November 2016, 
10.11 malam, Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...