Friday, October 7, 2016

Short Vacay # 10 tempat menarik yang boleh di kunjungi di bukittinggi




scenery @ Kopi Kiniko Batu Sangkar


Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 


Entry terakhir aku, adalah pada 20 September yang lepas. Rasanya tak dek lah lama sangat aku tak menulis kan. Selepas balik dari Jogja, hari itu, aku rehat sat. (ikutkan banyak lagi tentang Jogja aku nak tulis) tapi macam biasa la aku pending la sat. (Aku mengharapkan level kerajinan aku sentiasa ada! Doakan. Haha) Spend time dengan family macam biasa. Bergelumang dengan novel-novel yang aku dah beli tapi baru nak baca, 

baru-baru ini pula, aku ke Bukit Tinggi dan Padang. Tapi kebanyakkan masa di Bukit Tinggi la. (Ikut trip ibu dan kawan-kawan) Tiada dalam perancangan aku langsung. Tapi orang kata rezeki. Alhamdulillah dapat tengok Indonesia dari sisi yang berlainan pula. Perbandingan mungkin tak patut berlaku, apabila setiap tempat mempunyai keistimewaannya tersendiri tapi aku lebih suka untuk highlightkan apa yang 'famous' yang ada di negara yang aku pernah sampai. 


---

Selama 4 Hari 3 malam, aku menginap di Bunda Hotel. Baik di Bukit tinggi mahupun di Padang. Bagi aku, Bunda Hotel ini salah sebuah hotel yang baik dari segi kemudahan dan keselesaannya. Sesuai lah untuk sesiapa yang nak travel ke Bukit Tinggi. 

Beberapa hari di Bukit Tinggi, aku dapat rumuskan yang Bukit Tinggi ini istimewanya dari scenerynya dan juga tempat sulaman. Antara tempat yang sempat di bawa oleh pak Benny ialah :

1. Air terjun lembah anai. 

Cuaca sejuk gila. Boleh mandi juga (tapi aku tak mandi sebab masa agak terhad) Tapi kalau ada masa pun aku malas nak mandi sebab malas nak tukar bagai. Hahahaha


2. Sungai Landia, 

 Di lereng bukit, beberapa kelok  untuk sampai ke sini. Pemandangan yang boleh kita dapat            sekiranya kita melepak di kedai kopi mereka. Selain itu juga dekat sini, ada perniagaan barang kulit. 



3. Rumah Buya Hamka,

Aku tak minat sangat dengan sejarah ni tapi bila sampai di rumah Buya Hamka, dengar cerita dari anak saudara Buya Hamka, rasa seronok pula dengar sejarah tentang Hamka. Banyak cerita yang kita terlepas pandang dan bila kita dengar kita jadi kagum. Dan di rumah buya Hamka ini pun, ada beberapa judul buku yang ditulis oleh ahli keluarga Hamka. 

berhadapan dengan rumah Buya Hamka ialah Tasik Maninjau yang aku kira sangat cantik. Tapi sayang aku tak berpeluang untuk menangkap gambar tasik maninjau  tersebut atas faktor faktor tertentu.

4. Jam Gadang
5. Ngarai Sianok.
6. Lobang Japang

7. Pandai Sikek,

Satu tempat yang mempunyai rumah gadang yang ada sejarah tersendiri. Dan dekat sini kita dapat mengetahui sedikit sebanyak, tentang ruangan yang ada di dalam rumah gadang dan fungsi-fungsinya. Antara perkara yang menarik yang aku ingat ialah, anak-anak lelaki yang berusia 10 tahun (kalau aku tak silap) kebanyakan masanya akan berada di surau, sebelah siang mengaji, sebelah malam belajar ilmu mempertahankan diri. 

dan disini juga, kita boleh mencuba pakaian tradisi minang :) dengar harga 35 K IDR. Lumayanlah untuk pengalaman sekali seumur hidup. 

8. Sulaman Hj Rosma 
9. Istana Pagar Ruyung
10. Tasik Sinkarak
11. Kopi Kiniko Batu Sangkar


Tips:

12. Untuk yang datang dengan tujuan ingin membeli belah, aku nasihatkan korang untuk berbelanja di Pasar Atas (tingkat dua), (Berdekatan dengan Jam Gadang) Kalau korang pergi dengan agent, kebiasaannya mereka akan bawak korang ke butik, walaupun  di butik harga menunjukkan sudah murah tapi percayalah bahawasanya harga di Pasar atas lebih lebih lebih murah! Dengan kualiti yang sama! 


contoh harga material dan motif kain pasang yang latest, di butik 1 juta IDR. Di Pasar Atas, dia letak 600 000 IDR, belum tawar lagi. Kalau tawar tak ke lagi murah, lagi jimat, lagi banyak benda boleh beli? Hah. 

So bijak lah berbelanja! Berbelanjalah menggunakan akal bukan guna nafsu. 
AHAH! supaya tak menyesal di kemudian hari, gituuu. 

--

Insya-Allah itu saja perkongsian aku tentang Bukit Tinggi :) Semoga ada manfaat. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...