Monday, October 10, 2016

Aku ingat cooling gel pad ini untuk demam je.



Aku tak tahu la. Lately, banyak gila benda jadi. Tapi aku tak tahu nak share dekat mana. Kalau tweet dekat twitter, ada yg menyampah, kalau share dekat fb lagi orang meluat, so aku rasa dekat blog je yang orang boleh chill. Nak baca, baca . Tak nak baca, abaikan. Tak gitu?

masyarakat blog juga yang best! Haha

last week, aku baru balik Bukit tinggi. Kalau nak tahu mana tempat yang best dekat Bukit Tinggi, korang boleh usha dekat entry sini. Tapi hari ini aku bukan nak sambung cerita pasal bukit tinggi tapi aku nak cerita malang itu tidak berbau. sungguhpun!

aku sampai di KLIA 2, jam 10. 30 pagi, lebih kurang la eh. Dah la mengantuk ya amat, tapi dah perut lapar, pergi la makan kejap. Dah makan itu, kitaorang tunggu abang Is ambik.

masa abg Is dah sampai, aku apa lagi tolak lah beg roda itu. Bayangkan mood ke mana, dengan ngantuk macam dengan apa la kan, tolak punya tolak,

waktu kaki jejak (macam tangga) tp bukan tangga sebenarnya, aku pun tak tahu nak panggil apa. sekali bunyi PRAKKKK! Mak aiii bunyi kemain. tengok gambar bawah la gais.


tengok bawah.

wuaaaa! KAKI AKU!
credit gambar : CAHAYA CINTAKU

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.my/2011_09_01_archive.html
@ nampak anak panah merah itu? haa aku nak kata benda tu la. mcm tangga. uhuks uhuks

Kaki aku terseliuh weh. Kaki tak stabil bila landing, terpelecok dengan penuh bergaya la jawab dia. Bayangkan posisi kaki korang nak  bersila itu, itu la gaya aku, Sakit gila sampai aku tak boleh bercakap apa pun. Masuk dlm kereta. Aku diam macam orang bisu. Tahan sakit punya pasal.


Sakit satu hal.
Malu dengan org dekat tepi-tepi satu hal lagi.

Dosa apa lah eh aku dah buat? Ceh.Haha

--

Sampai rumah, alhamdulillah atuk aku  ada untuk urutkan kaki aku. Alhamdulillah, ambik masa juga la, naik baik, aku tak berjalan sangat. Sudahnya ibu beli kan, cooling gel pad. mula-mula mcm, eh aku tak demam. iya la kan, cooling pad ni selalu letak kat dahi je yang aku tahu.



sekali ibu cakap. "Kau baca bagi habis dulu."
Ahaks ahaks. emo betol ibu aku ni.

rupanya baru aku tahu, yang cooling gel pad ni bukan saja boleh guna letak dekat dahi, masa demam, korang juga boleh guna kalau kau serabut belajar ke kerja ke, kau boleh juga lekat kat dahi, lepas sukan ke, rasa tak selesa kat mana mana part body engko, boleh juga letak. bagi relax sebab bendatu kan sejuks.

sukati ko la nak letak mana.

aku letak la dekat kaki aku yang terseliuh itu supaya bengkak yang ada dia macam surut sikit la, lepas itu aku balut  pulak dgn ankle support, setiap kali lepas isya', sebab lps isya je yang kaki aku akan rehat. tak berjalan kan. Oh ya ankle support tu kau boleh beli dekat farmasi, benda alah cooling pad tu beli kat guardian, cari lah jenama yg murah tak yah la yang memahal snagat pun.

aku minta tolong ayah aku beli bandage, dia bawak balik hat ni. haha okay lah memana pun...




alhamdulillah.

beberapa hari ni, kaki aku dah okay sikit. kalau org ajak berlari itu, kira dh boleh la. (carik pasal carik pasal) haha. cuma solat, masih kena solat atas kerusi, sebab aku tak boleh lipat kaki masa tahiyat. aku harap kaki aku cepat sikit lega weh. Rasa awkward juga bila solat atas kerusi.

walaupun memang ada keringanan untuk org sakit tapi still rasa cam...

kalau org pandang, boleh jalan je tapi kenapa kena solat pakai kerusi bagai. hurmm. part lain okay je, kaki sikit je pun tapi sakit tetap sakit wooo!

itu lah, malang tak berbau nama dia.

kalau malang tu berbau asam pedas pun macam best jugak eh?


--

Dah la. itu je aku nak kongsi. Apa-apa pun, kalau korang terbaca entry ni, jangan lupa doakan aku okay? Maceh ? Hashtag muah ciked.



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you