Monday, October 10, 2016

Aku ingat cooling gel pad ini untuk demam je.



Aku tak tahu la. Lately, banyak gila benda jadi. Tapi aku tak tahu nak share dekat mana. Kalau tweet dekat twitter, ada yg menyampah, kalau share dekat fb lagi orang meluat, so aku rasa dekat blog je yang orang boleh chill. Nak baca, baca . Tak nak baca, abaikan. Tak gitu?

masyarakat blog juga yang best! Haha

last week, aku baru balik Bukit tinggi. Kalau nak tahu mana tempat yang best dekat Bukit Tinggi, korang boleh usha dekat entry sini. Tapi hari ini aku bukan nak sambung cerita pasal bukit tinggi tapi aku nak cerita malang itu tidak berbau. sungguhpun!

aku sampai di KLIA 2, jam 10. 30 pagi, lebih kurang la eh. Dah la mengantuk ya amat, tapi dah perut lapar, pergi la makan kejap. Dah makan itu, kitaorang tunggu abang Is ambik.

masa abg Is dah sampai, aku apa lagi tolak lah beg roda itu. Bayangkan mood ke mana, dengan ngantuk macam dengan apa la kan, tolak punya tolak,

waktu kaki jejak (macam tangga) tp bukan tangga sebenarnya, aku pun tak tahu nak panggil apa. sekali bunyi PRAKKKK! Mak aiii bunyi kemain. tengok gambar bawah la gais.


tengok bawah.

wuaaaa! KAKI AKU!
credit gambar : CAHAYA CINTAKU

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.my/2011_09_01_archive.html
@ nampak anak panah merah itu? haa aku nak kata benda tu la. mcm tangga. uhuks uhuks

Kaki aku terseliuh weh. Kaki tak stabil bila landing, terpelecok dengan penuh bergaya la jawab dia. Bayangkan posisi kaki korang nak  bersila itu, itu la gaya aku, Sakit gila sampai aku tak boleh bercakap apa pun. Masuk dlm kereta. Aku diam macam orang bisu. Tahan sakit punya pasal.


Sakit satu hal.
Malu dengan org dekat tepi-tepi satu hal lagi.

Dosa apa lah eh aku dah buat? Ceh.Haha

--

Sampai rumah, alhamdulillah atuk aku  ada untuk urutkan kaki aku. Alhamdulillah, ambik masa juga la, naik baik, aku tak berjalan sangat. Sudahnya ibu beli kan, cooling gel pad. mula-mula mcm, eh aku tak demam. iya la kan, cooling pad ni selalu letak kat dahi je yang aku tahu.



sekali ibu cakap. "Kau baca bagi habis dulu."
Ahaks ahaks. emo betol ibu aku ni.

rupanya baru aku tahu, yang cooling gel pad ni bukan saja boleh guna letak dekat dahi, masa demam, korang juga boleh guna kalau kau serabut belajar ke kerja ke, kau boleh juga lekat kat dahi, lepas sukan ke, rasa tak selesa kat mana mana part body engko, boleh juga letak. bagi relax sebab bendatu kan sejuks.

sukati ko la nak letak mana.

aku letak la dekat kaki aku yang terseliuh itu supaya bengkak yang ada dia macam surut sikit la, lepas itu aku balut  pulak dgn ankle support, setiap kali lepas isya', sebab lps isya je yang kaki aku akan rehat. tak berjalan kan. Oh ya ankle support tu kau boleh beli dekat farmasi, benda alah cooling pad tu beli kat guardian, cari lah jenama yg murah tak yah la yang memahal snagat pun.

aku minta tolong ayah aku beli bandage, dia bawak balik hat ni. haha okay lah memana pun...




alhamdulillah.

beberapa hari ni, kaki aku dah okay sikit. kalau org ajak berlari itu, kira dh boleh la. (carik pasal carik pasal) haha. cuma solat, masih kena solat atas kerusi, sebab aku tak boleh lipat kaki masa tahiyat. aku harap kaki aku cepat sikit lega weh. Rasa awkward juga bila solat atas kerusi.

walaupun memang ada keringanan untuk org sakit tapi still rasa cam...

kalau org pandang, boleh jalan je tapi kenapa kena solat pakai kerusi bagai. hurmm. part lain okay je, kaki sikit je pun tapi sakit tetap sakit wooo!

itu lah, malang tak berbau nama dia.

kalau malang tu berbau asam pedas pun macam best jugak eh?


--

Dah la. itu je aku nak kongsi. Apa-apa pun, kalau korang terbaca entry ni, jangan lupa doakan aku okay? Maceh ? Hashtag muah ciked.



Review Novel : Wedding Debt, RatinatiF











Sinopsis.

Laki laki tinggi bermata biru itu datang dan mengubah seluruh hidupku. Dia berutang lima miliar! Lima miliar, bayangkan apa saja yang bisa kubeli dengan uangan sebanyak itu? Laki-laki jahat itu memintaku menikah dengannya, dan utang ayah akan dianggap lunas.

Masa depanku terjual, tetapi benar-benar tak ada cara lain. Aku tak mau Ayah menanggung semuanya sendirian. Akhirnya, aku rela menikah dengan laki-laki dengan wajah di penuhi cambang itu. Aku rela demi mama dan ayah.

Namun, benarkah semuanya demi Ayah dan Mama? Llau, mengapa aku jadi begitu resah saat tahu laki-laki itu ternyata menyimpan rahasia? Tentang perempuan bernama Clara dan perempuan lain ia tunggu dari masa lalunya?

Aku hanya menikah kerana utang Ayah, aku tahu itu. Aku tak akan pernah jatuh cinta kepadanya.

Kita bisa saja terus mengingkarinya, terus mengingkari keberadaannya. Namun, diam-diam kita tahu, cinta tak akan pernah bisa terbayar lunas.

Review 

1. Cover berbunga-bunga!

Salah satu sebab kenapa aku pilih novel ini sewaktu di Gramedia di Jogjakarta tempoh hari. Jarang sangat aku jumpa novel melayu yang mempunyai cover yang fresh seperti ini. Lain daripada yang pernah aku jumpa. Lagi pula, aku memang suka tengok bunga-bunga warna warni (walaupun pada hakikatnya, aku bukan lah peminat bunga pun) aha

2. Tajuk dalam English.

Aku tak perlu komen kut.

3. Jalan cerita

Pada pendapat aku, jalan cerita yang di ketengahkan dalam Wedding Debt ini sebuah jalan cerita yang 80% cliche, yang ada dalam kebanyakkan novel melayu sekarang. Kisah Kinan yang terpaksa bernikah dengan Mas Pras disebabkan hutang lima miliar.

Kinan terpaksa terima Pras dan melepaskan Danny juga, kerana dia hormatkan kedua ibu bapa dia. Itupun setelah macam-macam hal yang dia buat, supaya perjanjian dua keluarga itu terbatal. Macam-macam hal sampai Pras percepatkan tarikh nikah. Dalam masa yang sama,  selain ingin memenuhi kehendak ibunya, dalam diam,Mas Pras sudah lama menaruh hati pada Kinan sejak dia terlantar sakit. Cuma Kinan yang tidak tahu.

Cerita tersembunyi,

berlaku apabila Kinan tidak tahu hal sebenar. Hal sebenarnya bukan keluarganya berhutang lima miliar, cuma ayah Kinan mahu Kinan bersatu dengan Pras sebab Pras tu sendiri, baik. Cuma konflik semakin bertambah apabila datang Clara yang entah dari mana, cuba mempertikaikan pernikahan Pras. dengan menyatakan Pras menyayangi perempuan lain

dan disebakan salah faham itu, Kinan cuba untuk berpisah dengan Pras kerana kehadiran perempuan lain yang dicintai oleh Pras sendiri, tanpa mengetahui perempuan tersebut adalah dirinya sendiri!

4.Bahasa Indonesia

boleh katakan, aku merangkak juga la nak memahami bahasa indonesia yang di tulis. Tapi aku enjoy je la. Masih boleh di fahami kalau kita hadam betul-betul. pengalaman menarik juga sebenarnya bila dapat baca karya Indonesia. Buatkan kita rasa lebih menghayati.

--

Keseluruhannya, aku okay je dengan novel dia sebab aku dah dapat agak jalan cerita macam mana. Tapi itu lah, aku okay sebab ini pengalaman pertama baca novel indonesi. haha . itu je lah buat aku rasa seronok lebih! =P



Sunday, October 9, 2016

Review Novel : Shhhh... I Love you, Farisya Natasha







"Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?" - NADIA
"Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?"- AIDAN 








Hai gais.

Hari ini aku nak review Shhh... I  Love you, yang ditulis oleh saudari Farisya Natasya. Di terbitkan oleh Penulisan Enterprise. Aku pernah nampak novel ini tersusun rapi di kebanyakkan bookstore tapi aku tak tergerak hati nak membeli sehinggalah aku terbaca sebuah review yang di muatnaikkan di Instagram milik Farisya Natasha sendiri.

sebelum ini,

mungkin di sebabkan oleh cover dia yang seolah-olah menunjukkan jalan cerita yang cliche. sebab itu aku tak beli. Aku bukan apa, aku cuma dah jemu nak baca pasal kawen paksa. (yang dalam cerita itu, cuma nak kisahkan akhirnya mereka kahwin dan bahagia) Aku dah terlalu tua untuk itu. aku perlukan novel bertemakan cinta tapi yang informatif.


Tapi itu lah orang dah kata. Don't judge a book bt its cover. Kan dah rugi beberapa bulan. heh.

Jadinya,selepas aku baca review di ig, aku bergegas ke bookstore berdekatan. Kalau sesiapa tinggal di sekitar Sri Gombak mesti tahu kedai Pustaka Rakyat di Prima. Kan Tahu kan? Haha bagus.

---


Novel ini berkisarkan tentang Nadia yang  telah di sahkan menghidap miokarditis yang juga di kenali sebagai keradangan otot jantung. Basically, Cerita bermula selepas 10 tahun, selepas Nadia menjalani pemindahan jantung yang didermakan oleh seseorang yang sudah berikrar untuk menjadi penderma organ.

tapi Nadia sendiri tak tahu siapa penderma tersebut.

Nadia yang bekerja di Blusky travel, menjalani hidup seperti orang biasa cuma dia perlu bergantung dengan ubat anti rejection seumur hidup. Dan disebabkan hal itu, dia terpaksa pendam hasrat hati untuk bercinta, mulakan hubungan dengan lelaki. Bagi dia, sekiranya dia berkahwin, dia akan menyusahkan lelaki tersebut.

tapi lain pulak dengan hasrat keluarganya yang mahukan dia berumah tangga, supaya Nadia ada yang menjaganya.

Berkenalan dengan Naufal, seorang peguam, tidak membuatkan dia gembira. Naufal dengan kemewahan dan kemegahan yang dia ada manakala Nadia mahukan yang menyayangi sepenuh hati dan boleh terima keadaan dan risiko.

---

Dalam masa yang sama Nadia berjumpa dengan Aidan, seorang captain. Itu pun selepas beberapa peristiwa yang lucu. dan menyakitkan hati. Tapi kalau bukan kerana Diana dan Ain, mesti tak jadi juga hubungan mereka.

---


Aidan yang lebih banyak berdiam diri, disebabkan peristiwa yang lepas. Aidan pernah bertunang dengan Sumayyah. Dan seminggu sebelum bernikah, Sumayyah meninggal dunia, Nadia hanya

mengenali Aidan dalam masa yang singkat dan hal tersebut buatkan Nadia gembira namun tanpa Nadia sedar Aidan memilihnya bukan kerana Nadia sendiri tapi kerana peristiwa lepas. Aidan memilih Nadia kerana penderma yang mendermakan jantung kepada Nadia! Siapa?


---


Boleh agak ceritanya ke arah mana?

Aku nak cerita lagi tapi karang jadi spoil pulak. So aku tinggal kan setakat ini sahaja.

Cuma apa yang aku boleh katakan, selain berinformatif, novel ini sarat dengan kasih sayang keluarga. Ikatan antaran adik beradik Nadia dan Aidan. Ya aku memang suka kalau inti novel itu berkaitan dengan keluarga.

Selain itu, novel ini juga berlatar belakangkan banyak negara, seperti Turki dan Korea. Menjadi bonus buat aku yang dapat membayangkan kedua dua negara tersebut sebab aku dah pernah sampai ke sana.

BEST!

Cerita yang betul betul menepati citarasa aku sebagai pembaca. Tidak mengecewakan. Malah rasa lega sebab finally, masih ada lagi novel yang jalan cerita dia tak cliche!. Hahaha.

---

Plot cerita walaupun ringkas tapi aku suka sebab tiada benda mengarut yang berlaku. Tah la. Aku cuma yakin kalau sesiapa yang membeli novel ini, dia tak akan menyesal. Oh ya ini novel pertama karya Farisya Natasha yang aku baca. Sis you got one more fan!. Hahahahaha. Gais, korang boleh cari novel ni sebelum habis stok, harga dia murah saja RM22. Gerenti tak nyesal!


Friday, October 7, 2016

Short Vacay # 10 tempat menarik yang boleh di kunjungi di bukittinggi




scenery @ Kopi Kiniko Batu Sangkar


Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 


Entry terakhir aku, adalah pada 20 September yang lepas. Rasanya tak dek lah lama sangat aku tak menulis kan. Selepas balik dari Jogja, hari itu, aku rehat sat. (ikutkan banyak lagi tentang Jogja aku nak tulis) tapi macam biasa la aku pending la sat. (Aku mengharapkan level kerajinan aku sentiasa ada! Doakan. Haha) Spend time dengan family macam biasa. Bergelumang dengan novel-novel yang aku dah beli tapi baru nak baca, 

baru-baru ini pula, aku ke Bukit Tinggi dan Padang. Tapi kebanyakkan masa di Bukit Tinggi la. (Ikut trip ibu dan kawan-kawan) Tiada dalam perancangan aku langsung. Tapi orang kata rezeki. Alhamdulillah dapat tengok Indonesia dari sisi yang berlainan pula. Perbandingan mungkin tak patut berlaku, apabila setiap tempat mempunyai keistimewaannya tersendiri tapi aku lebih suka untuk highlightkan apa yang 'famous' yang ada di negara yang aku pernah sampai. 


---

Selama 4 Hari 3 malam, aku menginap di Bunda Hotel. Baik di Bukit tinggi mahupun di Padang. Bagi aku, Bunda Hotel ini salah sebuah hotel yang baik dari segi kemudahan dan keselesaannya. Sesuai lah untuk sesiapa yang nak travel ke Bukit Tinggi. 

Beberapa hari di Bukit Tinggi, aku dapat rumuskan yang Bukit Tinggi ini istimewanya dari scenerynya dan juga tempat sulaman. Antara tempat yang sempat di bawa oleh pak Benny ialah :

1. Air terjun lembah anai. 

Cuaca sejuk gila. Boleh mandi juga (tapi aku tak mandi sebab masa agak terhad) Tapi kalau ada masa pun aku malas nak mandi sebab malas nak tukar bagai. Hahahaha


2. Sungai Landia, 

 Di lereng bukit, beberapa kelok  untuk sampai ke sini. Pemandangan yang boleh kita dapat            sekiranya kita melepak di kedai kopi mereka. Selain itu juga dekat sini, ada perniagaan barang kulit. 



3. Rumah Buya Hamka,

Aku tak minat sangat dengan sejarah ni tapi bila sampai di rumah Buya Hamka, dengar cerita dari anak saudara Buya Hamka, rasa seronok pula dengar sejarah tentang Hamka. Banyak cerita yang kita terlepas pandang dan bila kita dengar kita jadi kagum. Dan di rumah buya Hamka ini pun, ada beberapa judul buku yang ditulis oleh ahli keluarga Hamka. 

berhadapan dengan rumah Buya Hamka ialah Tasik Maninjau yang aku kira sangat cantik. Tapi sayang aku tak berpeluang untuk menangkap gambar tasik maninjau  tersebut atas faktor faktor tertentu.

4. Jam Gadang
5. Ngarai Sianok.
6. Lobang Japang

7. Pandai Sikek,

Satu tempat yang mempunyai rumah gadang yang ada sejarah tersendiri. Dan dekat sini kita dapat mengetahui sedikit sebanyak, tentang ruangan yang ada di dalam rumah gadang dan fungsi-fungsinya. Antara perkara yang menarik yang aku ingat ialah, anak-anak lelaki yang berusia 10 tahun (kalau aku tak silap) kebanyakan masanya akan berada di surau, sebelah siang mengaji, sebelah malam belajar ilmu mempertahankan diri. 

dan disini juga, kita boleh mencuba pakaian tradisi minang :) dengar harga 35 K IDR. Lumayanlah untuk pengalaman sekali seumur hidup. 

8. Sulaman Hj Rosma 
9. Istana Pagar Ruyung
10. Tasik Sinkarak
11. Kopi Kiniko Batu Sangkar


Tips:

12. Untuk yang datang dengan tujuan ingin membeli belah, aku nasihatkan korang untuk berbelanja di Pasar Atas (tingkat dua), (Berdekatan dengan Jam Gadang) Kalau korang pergi dengan agent, kebiasaannya mereka akan bawak korang ke butik, walaupun  di butik harga menunjukkan sudah murah tapi percayalah bahawasanya harga di Pasar atas lebih lebih lebih murah! Dengan kualiti yang sama! 


contoh harga material dan motif kain pasang yang latest, di butik 1 juta IDR. Di Pasar Atas, dia letak 600 000 IDR, belum tawar lagi. Kalau tawar tak ke lagi murah, lagi jimat, lagi banyak benda boleh beli? Hah. 

So bijak lah berbelanja! Berbelanjalah menggunakan akal bukan guna nafsu. 
AHAH! supaya tak menyesal di kemudian hari, gituuu. 

--

Insya-Allah itu saja perkongsian aku tentang Bukit Tinggi :) Semoga ada manfaat. 



Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...