Monday, September 19, 2016

Jogjakarta :Light Of heaven, Goa Jomblang, Jogjakarta Sept 2016









Orang kata, Goa Jomblang ini best. So aku pun dengan rela hati la letak goa Jomblang sebagai salah satu tempat yang wajib pergi. Dan aku fikir nak masuk goa jomblang ini , macam masuk Gua Kelam. Kahkah.

bila tengok penerangan (refer  gambar atas: Gulp gulp!)

Rupanya tak senang. Dari Hutan Pinus ke base Goa Jomblang ambik masa lebih kurang satu jam. Dan sebelum sampai base, jalan nak ke sana memang geduk gedak. Jalan berbatu batu masuk dalam perkampungan apa tah. Memang harapan la nak rasa perjalanan yang 'smooth' tapi bila dah sampai, alhamdulillah.

Lega.

environment. BEST!
local. BEST!

sebab tempat dia sangat aman. Tenteram. Dingin. Dan ada beberapa penempatan semacam chalet, tapi aku tak sempat nak usha dekat-dekat. Tapi kalau dapat bermalam kat situ sumpah superb weh.

sampai di base, aku terkejut la jugak pasal aku, zara dan zek merupakan orang pertama yang sampai (8.45 pagi). Tapi takpelah, aku lagi suka sampai awal, so takdek lah tergesa-gesa nak uruskan apa-apa hal sebelum itu. selesai membayar seorang 450K IDR dan mendaftar nama, kitaorang lepak kejap dekat halaman. Minum kopi free. Memang di sediakan untuk peserta.

untuk pengetahuan readers,

menurut salah seorang rangers dekat sini, aktiviti caving ini bermula selepas pengembaraan Amazing Race pada tahun 2011, sebelum membuka peluang kepada local untuk menjadikan ia sebagai wisata (persendirian)

Caving, Goa Jomblang ini juga cuma berlaku sekali sahaja dalam satu hari. Maknanya, mereka akan mengumpulkan peserta (kebanyakan foreigner) minimum 20 orang dan paling ramai 70 orang.

Bermula pada jam 10 (turun ke Goa) dan naik semula pada (sebelum) jam 2 petang. So gais, kalau nak buat aktiviti ni make sure datang sebelum jam 10 pagi.  supaya tak menyesal di kemudian hari.

disebabkan, menurunkan dan menaikkan kitaorang ini adalah menggunakan tenaga manusia 100%, so ada juga lah tanya, berat paling maximum yang diorang pernah tarik, paling maximum 104 KG! Apaklah wei, tenaga manusia tarik 104 kg. Kuasa sakti apa diorang pakai. local Jogja powerrr seh!

gambar bawah : tenaga manusia.




Sebelum berkumpul, setiap peserta kena pilih boot memasing, dan memakai helmet serta abah-abah (harness) pada badan. Untuk safety la kan.



Apa yang menarik dan boleh di puji ialah pekerja local (Jogja) meminta izin dan maaf, semasa nak pasangkan abah-abah, ya, pada orang lain mungkin tak rasa apa-apa. Pada aku, peribadi local itu memang patut di contohi dan menunjukkan dia punya respect pada wanita berhijab. Walaupun aku faham ja kerja dia. 

---

Selesai memakai harness, local panggil NUMBER ONE!! apehal oi, group kitaorang nombor satu kut! Tiba-tiba terus datang perasaan menyesal datang awal. Kahkah! 

Zek : Weh aku nak nombor 3.
Zara: Aku tengah!!!
Aku: .... Muka redha. 




Berdegup jantung usah cerita la. Aku bukannya jenis kaki masuk gua apatah lagi hiking yang teruk-teruk. Ingat hati aku boleh tenang ke hah? Ingat hidup dengan mati je lah masa ni, bila jadi orang pertama kena turun sedalam 60 meter. 

dah settle mengucap istighfar bagai,haha dengan muka separa pucat, aku di lepaskan. yeahhhhh!

(gambar bawah: gambar masa naik semula) 

sebab aku tak tahu keadaan yang akan berlaku, aku simpan gopro aku. Hahaha! Padahal bukan kena pegang apa pun, so gais yang turun goa jombang, korang boleh standby apa jenis camera pun dekat tangan. (okay!!) 



Sampai. dan turun bukit dalam setengah jam ke 45 minit. sampai 2nd check point. 
Dekat sini, kena berjalan kaki hampir 200 meter  untuk ke tempat yang dikatakan ada light of heaven dan juga tunggu vertical light.

Tips : Nak masuk Goa, ni prepare la lampu masuk gua tu. (Aku tak tahu nama dia apa weh) Aku memang tak prepare mende pun. Duk minta belas kasihan dari orang france yang sekali dengan kitaorang.

"Light pleaseee!" Hahaha



Hampir beberapa minit duk berjalan sampai ke luweng

(Masing-masing menunggu light of heaven)




( Aku cubalah untuk capture seberapa baik gambar di luweng.)
Light of heaven (Checked!)  

Untuk dapatkan light of heaven, kebiasaan nya, tepat pada jam 12-1 tengah hari (waktu sana) Sementara menunggu itu, aktiviti di dalam luweng adalah beramah mesra dengan traveller lain dan juga abadikan kenangan-kenangan terindah dengan travelmate. Heh. 

Kondisi di dalam luweng dingin, (buat aku rasa ngantuk. haha) dan menenangkan, menikmati desiran air terjun dan juga anak sungai di bawah...


Muka-muka survived! HAHAHA






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...