Saturday, September 10, 2016

JOGJAKARTA : Adisucipto, Jl Malioboro & Pasar Beringharjo .



Januari,

Aku terfikir untuk ke Jogjakarta selepas menonton Filem 'Surga Yang Tak dirindukan' Filem yang dilahirkan oleh Monaj Punjabi ini salah satu filem favourite aku. Kalau orang lain ke sana disebabkan Ada apa dengan cinta 2, tapi aku pergi sebab filem Surga yang tak dirindukan. Mungkin sebab aku tertarik dengan sinematografi dia yang superb! Mungkin juga sebab actor favourite aku berlakon sekali, si Fedi Nuril. Heh.

--
March,

6 bulan sebelum aku gerak ke Jogja, aku ada buat research sikit, (pasal aku ni memang lambat hadam sikit) haha  melalui travel pack yang aku beli dari Kinokuniya. Bagus juga tapi disebabkan buku tersebut terbitan beberapa tahun lepas, jadi ada juga info yang kurang lengkap. Tapi tak pe lah, buku itu masih aku jadikan sebagai guideline. Kemudian, aku jumpa satu website khas untuk backpackers yang nak explore Jogja sendiri. Korang boleh usha www.yogya-backpacker.com. Alhamdulillah website ni lengkap dan memudahkan kita.

--

. ada dua orang member nak ikut aku, so Macam biasa, kalau nak travel dengan aku, aku jenis memilih. Bukan memilih apa. Aku cuma perlukan orang yang suka redah aktiviti yang separa lasak dan tak kisah dengan semua benda plus cepat buat keputusan. Maksud nya, aku tak suka orang cerewet yang everything semua benda kena suap dan nak pergi tempat shopping saja.

--

Flight tiket (return) = RM308
Hostel = Edu Hostel, Female dorm, 4hari 3 malam = Rm74
Tukar Duit = Rm 850 = 2,690,000. IDR 

Duit yang aku tukar itu memang untuk 4H3M di Jogja. Kalau orang kata,mahal, aku iyakan saja. Tapi disebabkan aim aku datang Jogja untuk buat aktiviti mencabar yang feenya agak mahal, sebab itu mahal. Kalau aim nak datang tangok tempat,sekitar Jogja, atau pergi pantai saja bawak Rm500 pun dah cukup.

--


6 Sept 2016,

12.30 waktu jogja, selepas 2 jam setengah berada dalam kapal terbang, aku  selamat tiba di adisutjipto international airport. Setengah jam selepas pemeriksaan dari imegresen,  berjalan kaki 300 meter, dari terminal A ke Terminal B untuk mencari halte bis (stesen bas)



Disebabkan Edu hostel berdekatan dengan Jl Malioboro, jadi dari airport, aku beli tiket ke Jl Malioboro, harga 3500 IDR.  Naik trans jogja bas 1A, lebih kurang setengah jam, selepas empat stesen, baru turun di Malioboro. Dari Jl Malioboro nak ke hostel, lebih kurang 1.8km. Nak jalan kaki pun boleh, tapi dengan matahari terpacak atas kepala, Nak sampai cepat punya pasal, ambik 2 beca, satu beca 25 000 IDR, 2 beca , 50 000 IDR , seorang jatuh 17 000 IDR 

Trivia  (beca) : Boleh tawar lagi harga beca tu. Tapi aku rasa tak tawar pun takpe. Kesian doh, yang kayuh beca tu, orang orang tua. Harga beca sekitar ( 20 000 IDR- 25 000 IDR)

Trivia (bas) :

1.Nak naik bas, tak usah beratur ye. Kalau beratur, kau tak kan dapat naik. haha. (pengalaman sendiri, beratur macam tunggu lrt, baru nak masuk bas, bas dah penuh sebab orang tepi kiri kanan, serbu. maka aku dan kawan-kawan pun berhuhu)

2. Tak perlu risau sesat ke apa, sebab di setiap stesen bas, penjaga bas akan announce pada penumpang, ni stesen untuk turun ke sekian-sekian tempat. Insya-Allah tak sesat. Cuma perlu tahu nak turun dekat mana dan alert dengan penjaga bas itu.

3. Kondisi bas itu bagus, walaupun bas pendek tapi masih berhawa dingin :)



Selepas check-in di hostel, solat dulu dan rehat sekejap sebelum keluar makan. Masa ini, kira nampak je kedai makan. belasah je lah. Masing-masing pun perut dah berkeroncong. Setengah jam berjalan dari Edu Hostel, jumpa satu kedai Dapoer lombok. Makan masing-masing ikut paket (Baca: pakej)

(Makanan aku, nasi putih, ayam goreng, lalapan (ulam-ulaman), sambal dan es teh = 12 000 IDR)
Untuk perut yang lapar aku rasa, makanan dia sedap lah hahahhahaa. Dah travel ni janji kenyang je. Ada tenaga layan ah.




Dah kenyang perut, baru best nak berjalan kan? Haha.

Jalan kaki ke Jl Malioboro dan Pasar Beringharjo. Aku terpaksa susun initerari ke  Pasar Beringharjo dan Jl Malioboro dulu disebabkan dua hal.

1. Dua-dua ni kira tempat pelancong yang utama.

2.Pasar Beringharjo tutup jam 4. Kalau bukan hari pertama aku pergi, memang hari seterusnya aku tak kan sempat dapat pergi. Sebab dua hari ke depan, initerari full sampai jam 8 malam.


Jadi aku buru-buru masuk ke Pasar Beringharjo untuk lihat-lihat apa yang ada di dalam. Alang-alang dah sampai, masuk  lah tengok. walaupun tak berniat nak beli apa-apa pun. JL Malioboro pula akan meriah sehingga jam 9- 10 malam.

Kedua- dua tempat ini adalah tempat jualan dan niaga yang menjual macam-macam benda. Tempat souviner la senang kata. Menjual barang yang sama dengan harga yang berbeza. Kalau mengikut kata orang tempatan, harga barang di Pasar Beringharjo lebih murah berbanding di Jl Maliobor. Tapi macam biasa, tetap kena tawar menawar.


Pasar Beringharjo 





Selepas itu, aku jalan -jalan di sekitar JL Malioboro dan mengambil peluang menaiki kereta kuda ke signature JL Malioboro (Tipikal gambar kalau datang ke Jogja)  hahaha. Sebenarnya, aku cuba untuk memenuhi permintaan Zara yang tak pernah naik kereta kuda since di Singapore tak dek kan. haha. Tapi okay jugak lah, seronok juga ambik angin petang, sambil  pusing-pusing tengok kota jogja. Menarik!

Trivia : Kereta kuda itu harga dia 80 000 IDR dr JL Malioboro - pusing bandar Jogja- papan tanda Malioboro - Jl Malioboro semula) Kalau naik bertiga, seorang jatuh , 27 000 IDR




Tipikal. Nak juga macam orang lain. haha


mendelah, tiba-tiba je ada bodyguard kiri kanan >.<


Sekitar Jl Malioboro :) 




Dah seronok bergambar bagai, naik kereta kuda untuk balik ke Jl Malioboro. Sampai je dekat Jl Malioboro, aku terus ke mall Malioboro. Jalan kaki dalam 15 minit. Lokasinya dekat stesen bas yang kitaornag turun dari airport tadi. Aku ke mall ni sebab nak ke Gramedia. Gramedia ini, sebuah toko (kedai) buku yang besar dan lengkap untuk semua jenis buku. Ala-ala MPH, Popular la. Aku memang dah survey karya Asma Nadia. Penulis Indonesia yang suka travel dan dah banyak hasilkan novel. 

Tengok novel Indonesia je dah buat aku excited gila weh. Paling teruk, bila tengok cover je semua fresh gila lah weh! Nasib baik aku beringat yang aku datang sini bawak belanja pun tak banyak, kalau tak selamat la. Kahkah. Kalau aku perhatikan, kebanyakkan novel terhasil daripada tulisan-tulisan yang bermula dari wattpad. Kiranya dekat Indonesia atau Jogja sendiri, Wattpad ni dah maju la dalam bidang penulisan. Kalau dekat Malaysia sendiri, aku kira masih baru. oh ya lagi satu, tittle buku banyak dalam bahasa inggeris, tapi belek, la cerita dalam bahasa indonesia. haha





Antara novel yang menarik perhatian aku adalah wedding debt dan Maps. 90% di sebabkan cover dia sendiri. English style orang kata. Lepas baca sinopsis sikit. Aku rasa boleh pergi jauh. Maknanya, aku boleh baca. Haha Harga novel dekat sana, lebih kurang dengan novel di Malaysia. (sekitar 55 000 IDR- 70 000 IDR)

sebelum gerak cari makan malam, kitaorang terpaksa lepak  J CO,  macam Big apple la. semata mata nak dptkan wifi free. Kah. So beli ice lemon tea je pun, 22 000 IDR, dlm nak guna wifi, tapi rasa cam di tipu bila wifi tak dapat connect. kah. rasa nak baran tapi tak tahu nak baran kat sapa. haha. lepas itu. rasa cam bengong-bengong pasal kena handle duit ribu riban. haha. walaupun dah pernah guna IDR, tapi still rasa sesak juga.bila masuk bab kira-kira. Haha.

bila dah cool, tenang, pergi JL Malioboro,

cari kedai makan di Jl Malioboro. Sepanjang Jl Malioboro memang berlambak kedai makan, tapi aku nasihat kan tak payah la makan Jl Malioboro. Kondisi kedai okay tapi, kurang bersih. Dan harga pun agak mahal. Maksud mahal ini bukan lah mahal apa, tapi kita boleh makan  dkt kedai yang lagi mewah, makanan yang lebih sedap dengan harga yang lebih murah. tapi sebab kitaorang dah  terjebak dan malas nak fikir lagi. belasah je lah.

( Menu : Nasi putih 2. Ayam, burung puyuh dan bebek goreng, ulam-ulaman, es jeruk, air putih = 121 000 IDR) Kalau bahagi 3, seorang kena 40 000 IDR


Habis makan, kitaorang jalan-jalan sebelum balik ke hostel. Sambil jalan kaki, sambil survey harga souviner. haha. Takat survey je lah. Sebelum, prepare untuk besok hari. Untuk hari pertama tiba di Jogja, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Hari pertama lebih kepada lepak dan observe jalan ulang alik dari edu hostel ke Jl Malioboro, local behaviour, harga beca dan  lain-lain.

Contohnya di airport, pemandu teksi menawarkan perkhidmatan mereka tapi disebabkan aku menolak dan beritahu aku memang nak cuba menaiki bas., langsung mereka menunjukkan jalan ke halte bas. (Tidak ada paksa-paksa.)

Apa yang aku boleh katakan, pertama kali tiba di Jogja, orang tempatan itu sendiri  aku kira sangat peramah dan tidak keberatan untuk membantu, kalau perlukan bantuan. Berbeza dengan beberapa tempat di Indonesia yang lain yang aku pernah sampai,  agak sukar untuk mencari yang betul betul ada good manners.

--

Belanja untuk hari pertama: 

Bas (dari airport) - Jl Malioboro =  3  500 IDR
Beca Jl Malionoro - Edu Hostel = 17  000 IDR

Makan Tengah hari                     = 12  000 IDR
Kereta Kuda/ seorang                 =  27 000 IDR
Mkn Malam                                =  40 000 IDR
Roti                                             =    7 000 IDR
Ice lemon tea                               =  22 000 IDR

Total IDR                                    =  128 500 IDR
Total RM                                    =  RM40.00

Total tak termasuk dengan novel-novel yang aku beli. Harga 4 buah novel = 295 000 IDR

* Bajet/ Belanja itu lebih kurang saja. Tak tepat sangat. Pertukaran duit mengikut semasa.

p/s: Aku berkongsi melalui penceritaan, bukan details yang lengkap (itinerary). Kalau ada soalan berkenaan trip ni, boleh tinggalkan komen di ruangan bawah atau isi contact form saja :)
Terima kasih sudi baca!




1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb


    ReplyDelete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...