Posts

Showing posts from September, 2016

Review hostel : Edu Hostel, Jogjakarta

Image
KENAPA EDU HOSTEL?

Malam ini, aku terfikir nak review hostel yang aku duduk dekat Jogja hari itu. Apa yang bestnya Edu Hostel ini?

Umumnya, Edu hostel ini hostel backpackers yang menawarkan bilik-bilik dengan harga yang murah. Memang murah, kalau trip  hari itu, aku stay 4 hari 3 malam, aku cuma perlu bayar RM74. Bagi aku itu dah cukup murah. 
1. JENIS BILIK
Ada pelbagai jenis bilik yang disediakan antaranya :
1. 6 Bed Private Dorm 2. 4 Bed Private  Dorm 3. Single Bed Shared Male Dorm 4. Single Bed Shared Female Dorm
dan family room.

---



Bilik kitaornag hari itu. Bilik ini tidak besar dan tidak terlalu kecil tapi sudah cukup selesa bagi aku, dan boleh memuatkan 6 orang, dengan jenis katil double decker. Tuala, selimut dan locker peribadi disediakan. Tak perlu risau. 
Tips : 1. Beli kunci mangga untuk locker.             2. Bawak tuala besar sikit, tuala dia bagi sebesar alas kaki >.<
Macam mana nak tahu katil dan locker kita yang mana satu? Senang, masa daftar masuk, receptionist akan…

Jogjakarta :Light Of heaven, Goa Jomblang, Jogjakarta Sept 2016

Image
Orang kata, Goa Jomblang ini best. So aku pun dengan rela hati la letak goa Jomblang sebagai salah satu tempat yang wajib pergi. Dan aku fikir nak masuk goa jomblang ini , macam masuk Gua Kelam. Kahkah.

bila tengok penerangan (refer  gambar atas: Gulp gulp!)

Rupanya tak senang. Dari Hutan Pinus ke base Goa Jomblang ambik masa lebih kurang satu jam. Dan sebelum sampai base, jalan nak ke sana memang geduk gedak. Jalan berbatu batu masuk dalam perkampungan apa tah. Memang harapan la nak rasa perjalanan yang 'smooth' tapi bila dah sampai, alhamdulillah.

Lega.

environment. BEST!
local. BEST!

sebab tempat dia sangat aman. Tenteram. Dingin. Dan ada beberapa penempatan semacam chalet, tapi aku tak sempat nak usha dekat-dekat. Tapi kalau dapat bermalam kat situ sumpah superb weh.

sampai di base, aku terkejut la jugak pasal aku, zara dan zek merupakan orang pertama yang sampai (8.45 pagi). Tapi takpelah, aku lagi suka sampai awal, so takdek lah tergesa-gesa nak uruskan apa-apa hal sebe…

Jogjakarta : Prambanan & Borobudur w (Student Card)// 2nd day

Image
Dari Merapi ke Candi Borobudur, ambil masa sejam ke dua jam. Lebih kurang. Dalam perjalanan ke Borobudur, kitaorang sempat la makan roti yang di beli dari bakery semalam itu. Sepanjang perjalanan ke Borobudur, sempat la juga berborak dengan mas Agung tentang serba serbi kehidupan di Indonesia. Banyak benda yang mas agung share. Kata dia, harga untuk aktiviti jeep merapi 350 K Idr itu boleh makan untuk seminggu bagi satu family. What?

Jogjakarta : Aktiviti Jeep Merapi yang best gila!

Image
Rancangan asalnya, aku berniat untuk explore dan survive sendiri ke tempat-tempat yang dah di listkan dengan menggunakan public transport seperti bas. Seperti hari pertama. Tapi bila memikirkan ketepatan masa public transport, kondisi trafik dan juga risiko

JOGJAKARTA : Adisucipto, Jl Malioboro & Pasar Beringharjo .

Image
Januari,

Aku terfikir untuk ke Jogjakarta selepas menonton Filem 'Surga Yang Tak dirindukan' Filem yang dilahirkan oleh Monaj Punjabi ini salah satu filem favourite aku. Kalau orang lain ke sana disebabkan Ada apa dengan cinta 2, tapi aku pergi sebab filem Surga yang tak dirindukan. Mungkin sebab aku tertarik dengan sinematografi dia yang superb! Mungkin juga sebab actor favourite aku berlakon sekali, si Fedi Nuril. Heh.

--
March,

6 bulan sebelum aku gerak ke Jogja, aku ada buat research sikit, (pasal aku ni memang lambat hadam sikit) haha  melalui travel pack yang aku beli dari Kinokuniya. Bagus juga tapi disebabkan buku tersebut terbitan beberapa tahun lepas, jadi ada juga info yang kurang lengkap. Tapi tak pe lah, buku itu masih aku jadikan sebagai guideline. Kemudian, aku jumpa satu website khas untuk backpackers yang nak explore Jogja sendiri. Korang boleh usha www.yogya-backpacker.com. Alhamdulillah website ni lengkap dan memudahkan kita.

--